suria

Pemuda rasa bersalah! Teringat ketuk pintu rumah minta duit raya... tak tahu keluarga susah, rupa-rupanya makanan pun tiada

Beraya keliling kampung antara aktiviti yang disukai kanak-kanak. - Foto Butterkicap

DUIT raya merupakan kegembiraan kanak-kanak dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri.

Maka tidak hairanlah mereka sanggup berjalan keliling kampung dan mengetuk pintu setiap rumah untuk beraya.

Namun, bukan semua tuan rumah mampu memberikan duit raya kepada tetamu yang hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa anak dapat duit raya RM3 je, netizen ‘sekolahkan’ bapa tak reti bersyukur... Zaman ‘post pandemic’ orang bagi tu dah kira bagus

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini buat drama air mata pagi raya, di sebalik ‘sampul duit’ berbaloi rasa perit menganggur lebih 6 bulan

Berkongsi pengalaman sewaktu zaman kanak-kanak, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Anor berkata, dia pernah beraya bersama sepupu di sebuah rumah yang kelihatan usang.

Menurutnya, ketika itu dia mengetuk pintu rumah sambil memberitahu hajat terlebih dahulu untul mendapatkan duit raya.

Anor menceritakan pengalaman masa kecilnya ketika beraya.

Anor menceritakan pengalaman masa kecilnya ketika beraya.

"Sebenarnya aku teringat masa kecil, aku pergi pusing beraya dengan sepupu. Sampai satu rumah yang agak usang, aku ketuk dan cakap 'kami datang nak duit raya'.

"Masa tu, aku tak tahu yang mereka orang susah. Apabila dah beraya dan makan kuih sikit, aku terdengar mak dia minta duit anak-anak untuk bagi pada aku dan sepupu," tulisnya menerusi satu ciapan pada Ahad.

Mengimbau kenangan, ujarnya, situasi yang berlaku membuatkan dirinya berasa bersalah.

Malah katanya, rasa kesal dan bersalah itu dirasai setiap kali pulang ke kampung halaman kerana mengingati peristiwa tersebut.

Kanak-kanak beraya. - Gambar hiasan

Kanak-kanak beraya. - Gambar hiasan

"Setiap kali balik kampung mesti teringat dan rasa bersalah. I hope that family dimurahkan rezeki.

"Maafkan perangai aku yang nakal masa aku kecil dulu-dulu," luahnya sambil disertakan emoji menangis.

Katanya lagi, apa yang lebih menyedihkan adalah keluarga berkenaan pernah ketiadaan makanan di rumah.

Keluarga tu dah pindah, jadi aku tidak dapat pergi beraya. Hanya doa yang baik-baik untuk famili tu.

ANOR

"Sepupu ada cerita, semasa dia nak pergi hantar kek dekat rumah tu... dia terdengar anak keluarga tersebut cakap lapar. Kemudian ayahnya pula berkata 'rumah tiada makanan'.

"Selepas dapat (kek), dia cakap 'alhamdulillah rezeki dapat makanan'.

"Lagi la rasa bersalah. Tetapi keluarga tu dah pindah, jadi aku tidak dapat pergi beraya. Hanya doa yang baik-baik untuk famili tu," ujarnya lagi.

Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa ibu bapanya tidak mengajar untuk meminta duit raya apabila berkunjung ke rumah orang.

Kuih raya antara yang diminati. - Gambar hiasan

Kuih raya antara yang diminati. - Gambar hiasan

"Tapi masa tu budak kan, ikut kepala sendiri je. Benda ni boleh dijadikan pengajaran dekat diri dan jika ada anak-anak nanti," katanya.

Perkongsiannya itu diulang kicau lebih 2,900 kali di laman Twitter dan menerima lebih 8,500 tanda suka.

Kebanyakan warganet turut berkongsi pengalaman masing-masing dan rata-ratanya pernah melalui situasi sama.

Menurut Myra, dia pernah diberi beberapa keping duit syiling lima sen ketika beraya.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Pernah juga! Kecil-kecil dulu pergi beraya. Kemudian sampai di sebuah rumah yang kelihatan usang, dalam itu ada pasangan berusia 80 tahun.

"Masa tu memang dah berpakat dengan sepupu nak skip sebab fokus ambil duit raya, tapi disebabkan nenek panggil beraya... jadi pergi juga. Masa tengah makan ketupat, datuk kira duit syiling lima sen untuk bagi pada saya dan sepupu.

"Selepas itu, datuk dan nenek ucap terima kasih sebab datang bawa rezeki ke rumah dia. Mereka tidak ada anak dan cucu sebab meninggal kemalangan. Nenek bercerita semasa tengah makan ketupat, tahun kemudiannya kedua-dua mereka meninggal dunia selang satu hari," ciapnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain