suria

Kecewa anak dapat duit raya RM3 je, netizen ‘sekolahkan’ bapa tak reti bersyukur... Zaman ‘post pandemic’ orang bagi tu dah kira bagus

Kata netizen, tindakan lelaki itu tidak wajar memandangkan nilai duit raya merupakan pemberian ikhlas atas kemampuan seseorang individu. (Gambar Hiasan)

PEMBERIAN duit raya sudah menjadi tradisi setiap kali kedatangan 1 Syawal.

Di sebalik kemeriahan menyambut Aidilfitri, terdapat segelintir individu yang tidak tahu bersyukur dengan mempertikaikan nilai duit raya.

Seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar posting Facebook mengenai rungutan seorang individu gara-gara anak-anaknya hanya diberikan duit raya 'ciput' daripada tuan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Instafamous masih terkesan bapa 'pergi' mengejut, ibu beri semangat sambut Aidilfitri - "Saya pernah kumpul duit raya sampai RM1,500"

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini buat drama air mata pagi raya, di sebalik 'sampul duit' berbaloi rasa perit menganggur lebih 6 bulan

"Saya pergi la beraya rumah saudara-mara kelmarin, bawa anak-anak saya sekali. Bila nak balik, saudara-mara bagi la duit raya kepada anak-anak saya.

"Tiga ringgit je. Ada lagi zaman sekarang bagi tiga ringgit. Macam zaman 90-an. Orang cakap orang-orang kita ni kaya-raya.

"Kalau saya beraya rumah kawan-kawan di Pulau Pinang, paling biasa RM5 atau RM10 seorang dapat. Janganla kedekut sangat kita ni. Dengan budak-budak pun nak berkira," tulis lelaki itu yang menggunakan dielek Kelantan.

raya3

Tidak lengkap rasanya Aidilfitri tanpa tradisi pemberian duit raya. (Gambar Hiasan)

Menerusi posting sama, dia turut memuat naik foto, memaparkan tiga keping wang kertas RM1.

Difahamkan, posting tersebut pernah dikongsikan sebelum ini, namun hangat diperkatakan di Twitter sejak lewat malam Jumaat.

Sehingga kini, tangkap layar yang dikongsi oleh pengguna Twitter berkenaan meraih hampir 3,000 ulang kicau (retweet).

Rungutan tersebut mengundang kecaman dalam kalangan pengguna Twitter yang menyifatkan individu berkenaan tidak mengenal erti syukur.

Tiga ringgit je. Ada lagi zaman sekarang bagi tiga ringgit. Macam zaman 90-an.

BAPA

Menurut netizen, tindakan lelaki itu adalah sangat tidak wajar, lebih-lebih lagi ramai yang masih terjejas dari segi pendapatan berikutan pandemik Covid-19.

"Dah dapat tu kau bersyukur je lah, zaman post pandemic ni dengan keadaan ekonomi sekarang orang dah bagi tu kira bagus lah juga. Memberi ni niat untuk bersedekah dan ikhlas, memang tak tahu bersyukur. Apa punya perangai lah main compare compare.

'raya2

Tangkap layar komen netizen di Twitter.

"Aik? Hairanlah mak dan bapa yang bising. Anak dia tak bising pun. Siapa yang punya duit raya sebenarnya ni? Tiga ringgit tu kira banyak dah tu. Fikir yang memberi tu memang bagi duit raya dekat dua tiga orang je?

"Tak wajar dia cakap macam tu. Sesungguhnya area kampung-kampung pedalaman, warga-warga tua dan orang kampung ada je yang bagi RM2 atau RM3 kepada budak yang datang beraya... Mereka sedekah ikut kemampuan mereka sendiri.

"Kau nak beraya sambut kemenangan sebulan berpuasa ke kau nak ajar anak-anak kutip cukai? Esok cucu-cucu kau pun sama je perangai," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain