suria

Kempunan makan bihun sup dengan arwah ibu, jejaka ini buka cerita kisah baju Melayu hitam di Aidilfitri... 5 tahun tak pernah ganti

Iman berkongsi kisah di sebalik baju Melayu hitam yang dipakainya sejak lima tahun lalu setiap kali tibanya Aidilfitri.

SETIAP kali tibanya 1 Syawal, sambutan dan penerimaan bagi setiap individu pastinya berbeza-beza.

Ketika ramai bergembira meraikan hari kemenangan umat Islam, ada juga berduka tatkala mengenangkan pemergian orang tersayang.

Bagi pemuda bernama Mohamad Izalman Mat Yusof, 26, kisah baju Melayu hitam yang dipakainya sejak lima tahun lalu tanpa jemu menarik perhatian di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Raya terkejut, lagi mengejutkan terima ‘baju raya Badang’ malam raya... terus terbayang pak imam pandang atas bawah

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain shopping baju raya, wanita ini sibuk pilih batu nisan... reda hanya sempat bergelar ibu tak sampai sehari

Bercerita kepada mStar, Mohamad Izalman yang mesra disapa Iman berkata pakaian itu dibelinya sebagai tanda mengingati pemergian ibu bapanya.

Bagi Iman, kehilangan dua insan istimewa itu menjadi titik hitam dalam hidup sehingga kini.

"Segalanya bermula pada tahun 2018, saya tidak pernah terfikir tahun itu akan buat saya rasa hilang separuh daripada diri ini. Mula-mula saya kehilangan bapa pada 4 Januari 2017 semasa saya sedang mengikuti semester terakhir di UiTM (Universiti Teknologi Mara) disusuli dengan kehilangan ibu saya pada 27 Februari 2018.

"Baju melayu berwarna hitam tu saya beli selepas kehilangan ibu. Menghampiri hari raya pada tahun yang sama saya terfikir untuk beli baju raya walaupun ia sudah tidak bermakna.

Iman kehilangan bapa pada 2017 dan ibu pada 2018.

Iman kehilangan bapa pada 2017 dan ibu pada 2018.

"Jadi saya pilih untuk mengenakan tema hitam pada tahun tersebut sebagai lambang sambutan Syawal tanpa seri. Ia fasa yang menyakitkan... selepas ibu pergi saya alami masalah susah tidur selain sukar untuk teruskan hidup," luah Iman penuh sayu.

Dalam pada itu Iman turut mengimbas saat dia mengetahui ibunya pergi buat selama-lamanya.

"Pada hari kejadian saya sedang mengambil ujian MUET (Malaysian University English Test) untuk melanjutkan pelajaran. Selesai sahaja ujian, saya call ibu sebab nak raikan dengan makan bersama.

Baju Melayu itu sahaja kenangan manis yang saya harus pelihara sehingga sekarang.

MOHAMAD IZALMAN

"Namun tiada respons. jadi saya terus pergi beli dua bungkus bihun sup dan teh ais tapi siapa sangka yang itu adalah makanan terakhir saya beli untuk ibu.

"Sampai sahaja di rumah ibu sudah terlantar tidak sedarkan diri. Impian untuk saya makan dengan ibu tidak kesampaian sampai sekarang," kata Iman.

FB7C0A3D-1709-4BE1-B839-40609D7E8835

Sejak kematian ibu, Iman turut mengalami penurunan berat badan kira-kira 38kg.

Sehingga kini, Iman menjelaskan dia masih setia memakai baju sama kerana baginya ia memiliki nilai sentimental tersendiri.

Tidak hanya dipakai untuk hari raya, Iman juga memakai baju tersebut semasa dia menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UiTM.

"Baju Melayu itu yang buat saya terus kuat untuk hadapi hari-hari berikutnya. Setiap kali raya saya pakai. Saya tidak pernah ada rasa nak beli baju baharu mahupun memakai baju berwarna lain selain warna hitam pada 1 Syawal.

d11965f2-4d0a-4ad5-a8ea-bb1d42dd7573

Iman masih selesa menyarungkan baju yang dibelinya pada 2018.

"Baju itu juga yang saya gunakan setiap kali buat presentation semasa belajar di UiTM. Bermula program penerapan Ijazah Sarjana Muda sehinggalah tamat belajar pada tahun lepas.

"2018 adalah tahun yang paling sukar untuk saya teruskan hidup cuma baju Melayu itu sahaja kenangan manis yang saya harus pelihara sehingga sekarang kerana baju itulah permulaan bagi segalanya," jelas Iman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain