MENCARI pekerjaan kini bukannya mudah, apatah lagi dengan lambakan graduan saban tahun sehingga menyaksikan ramai belia yang menganggur. Walaupun berbekalkan diploma dan ijazah yang dimiliki selepas beberapa tahun pengajian, ramai graduan terpaksa ke bidang di luar pengajian mereka. Kesukaran itu turut dirasai oleh Edzhar Jemain, 24, untuk menempatkan diri di mana-mana syarikat setelah menamatkan pengajian pada September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Berbaloi berangan! Ketika menganggur dan jadi 'beban keluarga', Imran Bard dijemput catwalk peragakan fesyen Hatta Dolmat ARTIKEL BERKAITAN: Dari Perlis ke KL! Graduan menganggur 7 bulan ajak rakan berhijrah, mulanya menumpang sana sini, kini bisnes nasi dari rumah sewa - "Kalau tak dapat kerja, peluang bisnes balik kampunglah" Berkongsi kisah kepada mStar, dia mesra disapa Edz bagaimanapun tetap bersyukur apabila ibunya tidak pernah memaksanya mencari kerja. "Dulu saya ada minta izin nak fokus dekat bisnes dulu selepas habis belajar. Mak tak banyak komen, sekadar mengangguk setuju. Begitulah sikap mak, tak pernah memaksa anaknya mengikut rentak hidup orang lain. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Walaupun rakan-rakan sebaya lain sudah pun memulakan kerjaya masing-masing, mak tak pernah mendesak. Saya tahu, mak percaya dengan kemampuan saya untuk membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri asalkan cari rezeki yang halal. "Berbekalkan pesan mak, saya meneruskan bisnes online yang telah dijalankan sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi. Kesibukan urusan bisnes terutama melayan pelanggan secara online, membungkus parcel, menghantar pesanan pelanggan, membuatkan saya leka dengan masa. Tiba tiba dah masuk tahun baru 2022," jelas Edz. Menurut jejaka yang menetap di Kuching, Sarawak ini, setelah lama memberi tumpuan kepada perniagaan, dia mula mencari pekerjaan tetap. Jejaka ini membuat kejutan menunjukkan surat tawaran kerja kepada ibu bapanya. Namun pada masa sama, dia meneruskan perniagaan sebagai pembeli peribadi (personal shopper) bagi produk wangian. "Pada tiga bulan pertama 'job hunting', hanya ada satu panggilan temuduga yang diterima, itu pun tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Saya risau, tapi saya yakin rezeki itu adalah ketentuan Ilahi. Kalau sudah ditetapkan rezeki saya, tak akan ke mana. Hanya ada satu panggilan temuduga yang diterima, itu pun tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Saya risau, tapi saya yakin rezeki itu adalah ketentuan Ilahi. EDZHAR JEMAIN "Dengan semangat yang ada, saya tetap teruskan misi mencari kerja. Badan lesu, mata pun penat menghadap laptop setiap hari. Hati kena cekal menyeimbangkan masa antara mencari kerja dan menjalankan bisnes. Bila fikir balik, apalah sangat kesibukan sekarang jika dibandingkan dengan alam pekerjaan nanti. "Setelah beberapa bulan, Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah menerima tawaran untuk menyertai program PROTÉGÉ-GEES 2022 di Kuching. Masa tu tiada perkataan yang dapat saya ungkapkan melainkan rasa syukur," katanya. Edz berniaga dalam talian selepas menamatkan pengajian. Susulan video yang tular di aplikasi TikTok, lelaki ini mengimbas semula kejutan pada 1 Syawal yang dibuat ibu dan bapanya. Menurutnya, kejutan tersebut dirancang olehnya dan kakaknya yang terlebih dahulu mengetahui mengenai surat tawaran kerja tersebut. Edz (belakang, tiga dari kiri) bersama keluarga. Namun dia tidak menyangka setelah ibunya membuka sampul berisi surat tersebut, dia secara tiba-tiba mengalirkan air mata. "Sebenarnya saya dah rancang nak surprise mak ayah sejak 22 April tarikh terima surat lagi. Saya letak offer letter dalam sampul raya. Saya pasti mereka tak tahu pasal surat tu ingatkan saya letak duit raya. Saya ada bagi duit raya lepas tu cuma tak sempat rakam. "Saya minta kakak tolong rakam masa tunjuk surat tu untuk 'meaningful moment' bagi perjalanan mencari kerja. Tak sangka boleh pula menangis masa beritahu tu, terus teringat segala penat lelah sampai terlepas deadline kerja dan tak dapat respons daripada mana-mana syarikat. "Apapun saya bersyukur, mak ayah sentiasa mendoakan perjalanan hidup saya dipermudahkan. Bagi yang masih mencari kerja, jangan putus asa sebab Allah nampak usaha orang yang bersungguh, cuma lambat atau cepat sahaja," jelas Edz. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI