suria

Keluarga Kamariah bikin kecoh! Mandi jam 4 pagi, rebut seterika perkara biasa... Lebih 120 saudara beraya macam rombongan pengantin

Hampir 200 ahli keluarga Kamariah berkumpul di Kampung Gadek.

MEMPUNYAI ahli keluarga yang ramai sudah pasti 'menghangatkan' suasana setiap kali menyambut Syawal.

Bayangkan pula kalau sebuah rumah dipenuhi sanak saudara lebih 100 orang, tentunya kecoh!.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga besar 24 adik beradik bikin rumah terlajak meriah... lagi ‘rare’ semua belajar sekolah pondok - “Ayah pun tertukar nama anak sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Rezeki dikurniakan 7 puteri, suami isteri tetap tak putus asa nak timang 'hero'... kalau tak tunggu menantu je - “Orang kata curi senduk di rumah ramai anak lelaki”

Keriuhan dengan gelak tawa dan gurau senda itu dinikmati 'Keluarga Kamariah' dari Kampung Gadek di Alor Gajah, Melaka.

Menariknya, acara berkumpul dua tahun sekali itu menjadi tradisi wajib bagi setiap ahli keluarganya.

Ketika dihubungi mStar, Zaleha Mohamed Daud memaklumkan tradisi tersebut telah dirancang dan dimulakan sejak 2014.

Namun pada 2020, ia tidak dapat dilaksanakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk sekatan rentas negeri.

"Dua tahun sekali kami akan berkumpul di rumah pusaka nenek di Kampung Gadek. Paling tua adalah ibu saya yang juga anak sulung kepada arwah Kamariah Karim dan Abd Ghani Saman... kesemua mereka seramai 10 beradik.

Gambar kenangan sejak tahun 2014.

Gambar kenangan Aidilfitri sejak 2014.

"Kesemua yang berhimpun untuk sambutan Aidilfitri pada 2 Mei lalu adalah 124 orang, melibatkan lima generasi daripada moyang sehingga piut keluarga Kamariah," katanya sambil menambah aktiviti berkumpul itu diamalkan sejak dia masih kecil.

Malah Zaleha berkata, setiap ahli keluarga baharu akan dimaklumkan tentang tradisi berkenaan.

Masing-masing mengetahui tugas yang perlu dilakukan.

Masing-masing mengetahui tugas yang perlu dilakukan.

"Mereka memang 'diwajibkan', dan syukur alhamdulillah kesemua yang baru menjadi sebahagian keluarga dapat menerima serta bersetuju dengan 'peraturan' yang ditetapkan," ujarnya.Bercerita tentang aktiviti yang dirancang, Zaleha memberitahu bahawa setiap ahli keluarga sudah mengetahui 'tugas' masing-masing setibanya di kampung.

"Kami akan berhimpun bermula hari kedua akhir Ramadan sehingga hari kedua atau ketiga Syawal. Masing-masing dah tahu apa yang perlu dilakukan seperti memasak dan mengemas rumah.

Anak muda pun turun ke dapur.

Anak muda pun turun ke dapur.

"Pagi raya pula, kami semua berkumpul untuk bertakbir bersama-sama selepas subuh dan kemudian bersalaman antara satu sama lain.

"Untuk duit raya, kena beratur mengikut 'pangkat' masing-masing. Paling best adalah mereka yang belum bekerja juga dapat duit raya walaupun usia lebih 25 tahun.

Untuk duit raya, kena beratur mengikut 'pangkat' masing-masing. Paling best adalah mereka yang belum bekerja juga dapat duit raya walaupun usia lebih 25 tahun

ZALEHA

"Selepas itu, kami ke masjid untuk solat Aidilfitri dan berkonvoi berpuluh buah kereta untuk ke rumah jiran tetangga serta ahli keluarga yang lain.

"Beberapa rumah sekitar yang jarak dalam 100 meter tu kami hanya berjalan kaki seperti rombongan pengantin," ujarnya sambil menambah ahli keluarga paling jauh dari Jitra, Kedah dan Johor Bahru, Johor.

Kemeriahan menyambut Aidilfitri turut mendapat perhatian jiran tetangga malah mereka mengakui suasana raya terasa sunyi apabila keluarga Kamariah tidak berkumpul.

Ahli keluarga perlu beratur mengikut pangkat untuk bersalam-salaman pagi raya.

Sanak saudara bersalam-salaman pagi raya.

Seperti norma pulang ke kampung halaman, isu berebut bilik air dan seterika menjadi kebiasaan.

"Tidak semua memilih untuk tinggal di homestay atau hotel sebab rumah ni besar dan ramai yang gemar tinggal bersama.

Kemeriahan raya terasa.

Kemeriahan raya terasa.

"Ada yang bangun seawal pukul 4 pagi kerana nak berebut seterika dan bilik air. Di rumah ni ada lima bilik air, tapi masih tak cukup.

"Anak dara selalunya akan menjadi 'mangsa' untuk menggosok baju raya," ujarnya secara berseloroh.

Menurut Zaleha, keluarganya juga mempunyai jurugambar peribadi bagi memastikan kenangan terindah menyambut Syawal beramai-ramai itu dirakamkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain