suria

Mula-mula jual alat muzik, kini cikgu biola terpaksa tayang resume di media sosial... Usaha cari makan sara keluarga

Persembahan solo Endang.

MESKIPUN hampir setahun sektor ekonomi dibuka secara berperingkat menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN), bilangan individu yang terjejas masih ramai.

Kebanyakan mereka yang bekerja sendiri mengakui sedang berusaha keras untuk memulihkan kewangan dan menjana kembali simpanan yang menyusut ketika pandemik.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul dengan lagu rap versi muslimah... Zizi Kirana jaga batas, gerak tari tak selincah dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen bingit dengar lagu ‘Menjelang Hari Raya’ versi rock, Harry Khalifah kata tak suka boleh ‘skip’

Begitulah yang dilakukan pemain biola profesional, Endang Hyder ketika ini.

Mengakui dia antara yang terjejas teruk semasa tempoh penularan wabak tersebut, pemilik nama sebenar Ell Zain Hyder memberitahu, dia pernah menjual biola untuk menampung keperluan keluarga di Ipoh, Perak.

Ciapan yang dibuat Endang.

Ciapan yang dibuat Endang.

"Masalah timbul sejak pandemik 2020. Semasa awal penularan tersebut, situasi kewangan Endang masih baik kerana mempunyai simpanan.

"Tapi disebabkan krisis kesihatan itu berlanjutan, duit simpanan pun menyusut sehingga terpaksa menjual barangan instrumen muzik selain perlu meminjam daripada beberapa kenalan. Apabila keadaan semasa semakin pulih, Endang cuba untuk 'bangun balik' dan top-up simpanan yang berkurang.

"Walaupun sudah mula bekerja, tapi progress sangat lambat... sebab itu Endang promosi diri di media sosial," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Persembahan Endang memukau penonton

Persembahan Endang memukau penonton.

Bercerita tentang masalah yang dialami itu, ujarnya, dia merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anak.

Selain itu, dia juga perlu menanggung kos perubatan dan rawatan ayah yang menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk masalah jantung.

"Kesihatan ayah merosot sejak 2010 dan pada masa itu sebelah kakinya sudah dipotong kerana diabetes. Sekarang kaki keduanya pula tiada dan pada masa sama, ayah semakin nyanyuk... dia memerlukan penjagaan rapi harian.

"Ibu pun tidak berapa sihat sejak pandemik menular.

Ayah Endang menghidap beberapa penyakit kronik termasuk masalah jantung.

Ayah Endang menghidap beberapa penyakit kronik termasuk masalah jantung.

"Disebabkan itu, sejak 2018, saya tinggal bersama keluarga selepas berpisah dengan bekas suami," ujarnya yang juga menjaga tiga orang anak berusia lima hingga sembilan tahun.

Menurut wanita berusia 36 tahun itu lagi, situasi keluarga yang memerlukan perhatian khusus menyebabkan dia tidak dapat berjauhan lama atau terikat dengan sebarang organisasi pekerjaan.

"Disebabkan Endang seorang yang tanggung keluarga jadi perlu selektif sikit untuk kerja.

"Paling lama untuk outstation adalah dalam tempoh satu hari kerana Endang perlu upah jururawat khas bagi menguruskan ibu dan ayah serta seorang pengasuh untuk menjaga anak-anak," jelasnya lagi.

Endang bermain biola sejak berusia 10 tahun.

Endang bermain biola sejak berusia 10 tahun.

Tambahnya, perkongsian resume di media sosial baru-baru ini adalah untuk mengetengahkan semula bakat serta penglibatannya dalam industri muzik sejak berusia 10 tahun.

Katanya, menerusi perkongsian tersebut, orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang persembahan yang dilakukan.

Perkongsian resume itu dapat membantu mereka mengetahui latar belakang serta persembahan yang pernah Endang lakukan.

ENDANG HYDER

"Semasa pandemik, Endang selalu berkongsi video busking. Jadi ada orang hubungi Endang sebab nak minta buat persembahan tapi pada masa sama mereka cakap tidak mengetahui latar belakang sebagai pemain biola.

"Oleh itu, perkongsian resume itu dapat membantu mereka mengetahui latar belakang serta persembahan yang pernah Endang lakukan.

Endang ketika bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Endang ketika bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Selain itu, ia juga bagi memudahkan mereka yang ingin mendapatkan tenaga pengajar persendirian," ujarnya yang akan menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Ipoh pada Jun ini.

Ujarnya yang berpengalaman lebih 22 tahun sebagai guru biola, tawaran kerja tersebut juga dilakukan secara sambilan kerana tidak dapat memberi sepenuh komitmen.

"Sekolah antarabangsa pun tiga jam sahaja dan hanya pada hari Jumaat. Endang cari kerja yang mampu buat sambil jaga keluarga.

"Sebelum ini, kalau tengok fasal Endang... memang orang tahu Endang ada letak nombor akaun sebab cari pendapatan untuk keluarga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain