suria

Dugaan betul! Pelajar intern reda basah lencun naik kereta uzur, tak dapat bayangkan nasib keluarga susah siap ada anak kecil

Izz berkongsi pengalaman basah lencun dalam perjalanan pulang dari tapak latihan industri.

KERETA lama atau uzur mungkin meragam, dan tentunya mencabar apabila berdepan dengan kesesakan di jalan raya.

Penyaman udara yang gagal berfungsi juga memberi dugaan buat pemandu dan penumpang.

Begitulah yang dihadapi oleh seorang pemuda, Izzhar Yazid yang merakam situasi dari tempat duduk penumpang, terpaksa merasai tempias air hujan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dipuji buat kejutan untuk isteri guna kereta buruk dan berkarat, petik bunga kertas di masjid... betul ke ada Mustang di rumah?

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki guna van uzur terkejut pekerja hotel hulur kunci kereta baharu masa birthday isteri! Peristiwa terserempak mak lap cermin di tepi jalan 'melekat' di hati anak

Berkongsi pengalaman kepada mStar, jejaka berkata, insiden berlaku di lebuh raya dekat Johor dan tidak menyangka rakamannya itu menjadi tular di media sosial.

"Saya menjalani latihan industri dalam bidang kejuruteraan elektrikal di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing. Setiap hari saya berulang-alik tumpang kereta leader (kontraktor) ke site.

"Ia bukan kereta personal leader kami yang guna hari-hari. Cuma itu kereta yang disediakan majikan untuk ke tempat kami buat latihan industri. Setiap pagi dia ambil kami ke tapak di Kulai sejauh 40 kilometer.

"Saya rakam video tu waktu tengah hujan. Kami dalam perjalanan pulang ke rumah hadap traffic jam di lebuh raya. Leader suruh saya buka tingkap sebab aircond rosak jadi terpaksa saya basah kena tempias air hujan yang masuk dalam kereta," jelasnya yang mesra disapa Izz.

Anak kelahiran Johor itu memberitahu, hujan lebat ketika itu membuatkan jarak penglihatan pemandu terjejas.

Izz sedang menjalani latihan industri di sebuah institut yang berada di Kulai, Johor.

Izz menjalani latihan industri.

Malah kata Izz, keadaan kereta berjenama Proton Iswara yang uzur itu turut menyukarkan perjalanan pulang dari tempat kerja mereka.

"Kereta tu pula jenis model lama jadi aircond sudah tak berfungsi. Leader kami suruh buka tingkap supaya bahagian hadapan cermin tak 'berkabus'.

Saya tak dapat bayangkan orang yang tak berkemampuan siap ada anak kecil tapi pakai kereta macam ni. Apa yang saya alami banyak mengajar erti bersyukur.

IZZHAR YAZID

"Tingkap pula cuma bahagian hadapan saja yang masih boleh guna. Jadi saya terpaksa buka tingkap tempat saya duduk tu seluas-luasnya. Terpaksa saya kena air hujan sampai ke rumah.

"Saya memang tak bawa kain lap atau tisu sebab tak jangka pula hujan petang tu, maka basah lencun. Tapi nasib baik leader tu OK saja bahagian dalam kereta basah kena tempias hujan. Dia beritahu yang nyawa lagi penting dari harta," ujarnya.

Izz bakal menjalani latihan industri selama lebih lapan bulan lagi.

Izz di tapak dia melakukan latihan industri.

Menerusi perkongsian video Izz di TikTok, jejaka ini menulis 'Siapa kata naik kereta tak basah?’ sambil menunjukkan dua lagi penumpang lain di tempat duduk belakang termasuk pemandu.

Menurut Izz, kapsyen dah video tersebut bertujuan untuk mengingati bahawa ukuran kesenangan dan kemewahan bukan terletak pada kenderaan.

Jejaka ini menyatakan tujuan video itu dimuat naik adalah untuk menyampaikan mesej positif sahaja.

Jejaka ini menyatakan tujuan video itu untuk menyampaikan mesej positif.

Susulan video yang tular, warga maya turut berkongsikan pengalaman mereka yang sama dirasai Izz.

"Orang cakap kalau baik kereta ni tak kena hujan atau basah tapi tak semua kereta boleh lindung kita daripada semua tu. Kalau orang susah pakai kereta macam ni, sama juga basah bila ada kereta pun.

"Saya tak dapat bayangkan orang yang tak berkemampuan siap ada anak kecil tapi pakai kereta macam ni. Apa yang saya alami banyak mengajar erti bersyukur.

"Bila video tu viral, ramai yang tak tahu cerita sebenar tapi tetap mendoakan saya dilimpahi rezeki yang luas. Semua ini membuatkan saya lebih semangat untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya," ujar Izz.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain