suria

Mak beria beli barang siap masak banyak, dah malam tetamu konon nak beraya selamba ‘cancel’... Alasan diberi tak masuk akal

Hidangan raya disediakan untuk tetamu. Foto acikidah

AKTIVITI kunjung-mengunjung menjadi tradisi setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kebiasaannya, tetamu akan memaklumkan kepada tuan rumah bagi memastikan kehadiran mereka tidak mengganggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering beraya di luar negara sejak 2010, Aidilfitri kali ini lebih ‘special’... anak ‘terbangkan’ keluarga dari Malaysia ke Amerika

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut raya dalam bas, pemuda sebak kejutan adik-beradik... reda Aidilfitri tanpa mak ayah

Pada masa sama, ia juga membolehkan tuan rumah membuat persiapan awal untuk menerima tetamu termasuk menghidangkan juadah.

Namun, seorang pengguna Twitter berkongsi pengalaman yang berbeza apabila dihubungi saudara-mara yang memaklumkannya untuk datang beraya.

Pembaziran makanan akan berlaku jika tetamu tak jadi datang beraya.

Pembaziran makanan akan berlaku jika tetamu tak jadi datang beraya.

Sebagai persiapan awal, ibunya membeli pelbagai barang mentah kerana mahu memasak dan menjamu tetamu yang bakal hadir.

"Ada saudara-mara hubungi, kata nak datang petang tadi (4 Mei).

"Mak aku punya beria beli barang masak tambah sebab ramai yang nak datang," tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka saudara-mara berkenaan tidak kunjung tiba pada waktu yang dijanjikan.

Lebih menyedihkan apabila kesemua mereka hanya memaklumkan tidak dapat hadir pada sebelah malam.

"Sudah malam baru beritahu tak jadi datang sebab pergi banyak rumah. Mak aku sudah siap masak tahu... banyak pula tu.

Kunjung-mengunjung pada hari raya sudah menjadi tradisi. - Gambar hiasan

Kunjung-mengunjung pada hari raya sudah menjadi tradisi. - Gambar hiasan

"C****a kadang-kadang perangai mereka ni," ujarnya dalam nada marah.

Menurutnya, tetamu sepatutnya bertimbang rasa dengan memaklumkan lebih awal kepada tuan rumah.

"Sebenarnya boleh cancel tapi jangan janji petang, lewat malam baru nak beritahu. Sia-sia jadi 'tunggul' kat rumah untuk tunggu kau anak-beranak sahaja. Baik aku bagi jiran makanan tu kemudian anak-beranak jalan beraya," luahnya.

Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau lebih 2,400 kali.

Kasihan tengok mak dah siap hidang cantik-cantik. Pukul 11.30 malam baru telefon bagitahu tak jadi datang... akhirnya kami anak-beranak yang makan dan mak cakap 'kamu semua pula ganti makan ya'.

NETIZEN

Susulan itu, rata-rata netizen turut berkongsi luahan mereka yang pernah merasai pengalaman seumpama itu.

"Baru terjadi pada mak aku semalam (3 Mei). Kasihan tengok mak dah siap hidang cantik-cantik. Pukul 11.30 malam baru telefon bagitahu tak jadi datang... akhirnya kami anak-beranak yang makan dan mak cakap 'kamu semua pula ganti makan ya'.

"Aku faham perasaan itu, sekali saja buat. Sampai sekarang, kalau ada orang bagitahu nak datang... aku pesan jumpa kat mamak saja.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Aku pernah kena juga. Mak masak sambal udang, jadi pergi m*** la mereka... kami makan sampai lebam.

"Kalau boleh tak payah masak-masak. Buatkan air dengan kuih raya saja. Kita pun tak penat, banyak kali keluarga saya terkena masa raya dulu-dulu. Sekarang bila dengar ada yang nak datang, memang tak masak," ujar beberapa netizen.

Kejadian yang berlaku itu menyebabkan beberapa netizen tampil dengan pelbagai idea tersendiri bagi mengelakkan insiden tetamu tidak muncul.

Ada yang mengesyorkan supaya tetamu mendepositkan duit terlebih dahulu sekali gus mengurangkan kerugian yang akan ditanggung tuan rumah sekiranya ia dibatalkan.

"Lain kali siapa yang janji nak datang beraya tu, suruh bank-in dulu deposit paling kurang RM500. Kalau tidak datang, kira burn.

"Kadang-kadang bila orang kata nak datang beramai-ramai ni rasa macam nak minta deposit RM100. Datang makan, baru pulang RM100," kata beberapa netizen lagi.

Dalam pada itu, sekumpulan netizen menyifatkan individu seumpama itu tidak tahu menghormati masa orang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain