suria

Obses nak gigi cantik, gadis ini berhabis RM7,000 pakai braces... Tapi tak puas masih nampak jongang

Perkongsian keadaan gigi Marsya sebelum dan selepas memakai braces.

MEMILIKI gigi yang tidak rata, rompong atau berwarna kekuningan boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri bagi sesetengah individu.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengubah kedudukan gigi supaya kelihatan lebih cantik, memakai pendakap gigi (braces) dalam satu tempoh lama adalah pilihan terbaik walaupun memakan kos yang tinggi.

Turut mahu menambah keyakinan diri, gadis bernama Marsya Fazlin Nasirudin, 19, mendapatkan khidmat doktor untuk memperbaiki masalah giginya yang jongang (overbite) dengan memakai braces bermula Januari 2019 hingga Mei 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kes gigi makin jarang selepas pakai braces? Cemas majlis kahwin dah nak dekat, wanita tampal sesuatu nak nampak okay

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 4 tahun ‘rompong’, semuanya gara-gara magnet... apa yang berlaku sebenarnya sampaikan remaja ini terpaksa pakai gigi palsu?

Namun menurutnya yang senang disapa Marsya, tempoh ‘penyeksaan’ selama tiga tahun memakai braces ini tidak berbaloi apatah lagi dengan menelan kos lebih RM7,000.

“Saya pakai braces ni selama tiga tahun sampai lepas raya tahun 2021. Tapi dalam kes saya ni, walaupun dah pakai lama, gigi tu masih buruk sebab keadaan asal gigi tu memang dah tak cantik dan rahang tak lurus.

“Sepanjang proses pakai braces ni sangat sakit. Tak pernah sehari pun tak ada ulser atau luka dalam mulut. Pipi bahagian dalam ni sampai terkoyak dan berdarah.

“Tapi perjalanan sepanjang pakai braces ni menarik walaupun banyak pengalaman menyakitkan. Saya sendiri rasa lebih cantik masa tengah pakai pendakap gigi. Lagi seronok berat badan saya pun makin turun sebab tak ada selera nak makan,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Marsya yang merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia tidak berpuas hati dengan hasil pemakaian pendakap gigi tersebut.

25B948BC-D419-4B63-8B46-E07AE107BD08

Marsya akui mengalami penurunan berat semasa memakai pendakap gigi selama tiga tahun.

Bukan itu sahaja, ujar Marsya wang yang dibelanjakan dengan harapan untuk mendapatkan gigi yang cantik juga tidak berbaloi.

“Waktu mula-mula pakai tu saya masih bersekolah jadi mak yang tanggung semua kos. Tapi saya sangat tak puas hati sebab kosnya terlalu mahal dan ada caj tersembunyi.

“Contohnya saya kena bayar RM50 untuk setiap satu biji besi braces ni hilang. Kos scaling gigi pun RM150 setiap kali buat. Setahun saya kena buat scaling ni dua kali. Semua kos dalam tempoh tiga tahun tu tak termasuk kos RM7,000 pakai braces.

Sepanjang proses pakai braces ni sakit sangat... tak pernah sehari pun tak ada ulser atau luka dalam mulut.

MARSYA FAZLIN NASIRUDIN

“Macam kes saya ni gigi jenis kecil dan tak rata jadi braces tak boleh membantu untuk cantikkan gigi pun cuma boleh luruskan saja. Tapi gigi atas saya jongang sebab saiz gigi kapak besar daripada gigi lain. Beberapa batang gigi saya ada kaviti dan kesan gam braces lepas tu ada karang dekat bahagian depan gigi,” ujar Marsya penuh hampa.

Namun menurut anak bongsu daripada dua orang adik beradik ini, masalah gigi berselisih yang dialaminya selema ini dapat dikurangkan dan kini lebih yakin untuk berhadapan dengan orang lain.

“Perasaan saya bercampur baur juga la. Gembira sebab gigi dah tak sakit sangat macam sebelum ni cuma banyak sangat dah melabur duit. Padahal duit tu boleh guna untuk benda lain sebab masa pandemik haritu saya memang ada banyak isu bab duit.

73957d51-d10a-4b10-a7d6-08fd0bbb6782

Gadis ini merasakan giginya masih jongang walaupun sudah selesai menjalani proses memakai braces.

“Saya dah tanya doktor tapi dia cakap gigi saya jadi macam tu sebab tak konsisten pakai elastic band. Kalau saya teruskan lama lagi pakai, boleh cantikkan sikit tapi kena teruskan bayar.

“Doktor ada cadangkan suruh buat pembedahan rahang untuk kurangkan jongang. Tapi apa-apa pun, saya tak salahkan doktor yang buat servis pakai braces ni. Saya sendiri yang tak minum susu dan gosok gigi dengan baik dari kecil,” katanya.

Berikutan video di TikTok yang menjadi tular, para warga maya turut berkongsi pengalaman sama di ruangan komen mengenai masalah dihadapi selepas memakai pendakap gigi.

0B3BABF9-11FB-4DED-B1FC-6BEEFCBDE1FF

Marsya menitipkan pesan kepada orang ramai agar memilih untuk pakai braces jika alami masalah gigi yang kritikal sahaja.

Dalam pada itu, gadis ini turut menitipkan nasihat kepada orang lain yang ingin memakai braces juga.

“Kebanyakan komen suruh bersyukur dan ada komen kata saya nak pujian je sebab dalam video tu nampak okey saja gigi saya. Saya bersyukur cuma rasa sikit rugi sebab banyak melabur duit.

“Nasihat saya kalau ada yang nak pakai, boleh pakai kalau kes gigi tu sangat serius sampai menyakitkan atau memang ada bajet duit yang lebih. Kalau kes biasa-biasa je macam saya tak perlu rasanya, sebab perjalanan pakai tu lagi banyak yang sakit dari yang baik,” katanya memberi pendapat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bapa Qi Razali meninggal dunia