suria

Bengang dapat burger ‘togel’ harga lebih RM7... pelanggan wanita sound KFC tak sendirian, berderet tampil luah perasaan - “Malu sikit dengan peniaga jalanan”

Wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa kerana membelanjakan lebih RM60 namun mendapat hidangan 'ala kadar'.

"BAYAR mahal-mahal, ni ke kualiti yang korang boleh bagi?"

Demikian tulis seorang wanita yang meluahkan kekecewaannya gara-gara burger yang dipesan dari restoran KFC hanya 'indah khabar dari rupa'.

Menerusi video berdurasi 1 minit 32 saat yang dimuat naik di laman sosial pada Jumaat, wanita itu menunjukkan sebiji burger 'Colonel Classic' yang dibelinya hanya diisi dengan sedikit daun salad dan mayonis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah mengadu, buang masa” - Wanita geli hati, tak sangka beli minuman di McD dapat ‘free gift’ pelik... harganya RM300!

ARTIKEL BERKAITAN: Panas isu pekerja OKU dituduh bodoh gara-gara jadual kerja... McDonald's tak boleh terima cara pengurus restoran, akan ambil tindakan!

"Harga RM7 lebih... korang tengok apa yang ada dalam ni. Seriuslah? Malu dengan burger pasar malam tau. Macam ini ke korang punya kualiti KFC?

@kakoks.dodol.toksewah Dgn kuasa korang tolong tag @KFC Malaysia sampai diorg notis... Bayar mahal2 ni ke kualiti yg korang boleh bg??? #kfc #kfcmalaysia #kualitiout #share #foodie #fyp #fypmalaysia #kfcbalok #fypshare #fypage #fypviral #viral ♬ original sound - RESEPI WARISAN TOK SEWAH

"KFC Malaysia tolong notice ya. Makan pun sedih," katanya dalam video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Selain burger yang 'menyedihkan', pelanggan wanita itu turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan pesanan ayam goreng yang dibuat dari restoran sama.

kfc 1

Selain tidak berpuas hati dengan burger, ayam goreng yang dibelinya juga didakwa tidak 'segar'.

"Tengok kualiti ayam goreng. Dengan ayam macam ni, berapa kali goreng ni? Malu sikit dengan peniaga jalanan. Jangan sebab dah laku, kualiti pula macam ni. Bayar mahal-mahal.

"Jumlah keseluruhan harga RM60 lebih. Korang (warganet) tolong share sampai diorang (KFC) notice perkara ni," katanya lagi.

Menurut wanita tersebut, pesanan makanan itu dibuat menerusi perkhidmatan Grabfood dari KFC cawangan Balok, Kuantan.

Benda boleh bersuara buat apa diam? Kami tak cari salah siapa-siapa. Cuma cari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti.

PELANGGAN WANITA

Menurut wanita berkenaan lagi, tindakannya memuat naik video berkenaan bukan mahu mencari publisiti mahupun cuba mencari salah, sebaliknya mahu bersuara agar pihak yang berkenaan mengambil maklum seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

"Benda boleh bersuara buat apa diam? Kami tak cari salah siapa-siapa. Cuma cari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti," tulisnya pada ruangan komen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan dengan pendapat wanita berkenaan.

kfc 2

Antara komen netizen yang turut meluahkan pandangan yang sama.

"Terima kasih suarakan isi hati saya. Memang kualiti rendah sekarang ni. Kegemaran sepanjang zaman kot, memang boleh kesan kalau kualiti jatuh.

"Memang teruk burger dia. Semalam beli keras macam batu dagingnya.

"Ayam kecil macam ayam RM1. Bagi saiz besar balik, baru nak pergi makan," demikian antara komen-komen netizen.

Sehingga kini video tersebut meraih sehingga melebihi 722,000 jumlah tontonan.

Setakat ini, tiada sebarang status atau maklum balas dari restoran makanan segera terbabit berhubung isu berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain