suria

Hina sangat ke status janda? Tiga kali diserbu jabatan agama kononnya berkhalwat, ibu tunggal cekal hadapi ‘jiran puaka’

Kediaman Mira diserbu penguatkuasa pada pukul 12.30 pagi baru-baru ini.

STIGMA masyarakat tentang janda tidak pernah berubah dan kebanyakan mereka yang 'memegang' status itu sering kali dihina atau dipandang rendah oleh masyarakat.

Seperti yang dialami Mira, dia acap kali berhadapan dengan penghinaan termasuk dikatakan bersedudukan dengan lelaki bukan muhrim di rumahnya di Tangga Batu, Melaka yang didiami bersama lima anaknya.

Menerusi video 9 saat yang dimuat naik di akaun media sosialnya, dia memaklumkan kediaman yang sudah didiami kira-kira 14 tahun itu diserbu Jabatan Agama Islam pada pukul 12.30 tengah malam kerana menerima aduan berkaitan khalwat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau saya bersekedudukan sila bagi bukti!” - Jururawat nafi caras suami wanita mengandung, dedah kakak kantoi rancang serbuan

ARTIKEL BERKAITAN: Anjur rumah terbuka Aidilfitri, lelaki dikompaun RM2,000

Video yang mendapat jumlah tontonan hampir 900,000 itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan kebanyakannya menyarankan ibu tunggal berusia 40 tahun ini mengambil tindakan saman malu.

"Buka fail saman malu, diaorang boleh dikenakan tindakan menyerbu sesuka hati tanpa usul periksa atau hanya mendengar aduan palsu.

"Tanpa warant tak boleh masuk rumah. Boleh charge menceroboh.

"Saman malu dan saman fitnah ja.. kurang ajar buat orang macam tu. Tak tau hormat hak orang langsung.

"Boleh saman balik, dah ada kes di Mahkamah Tinggi yang Jabatan Agama Islam salah main serbu premis individu macam ni," demikian antara komen netizen.

Tidak kurang juga yang berkongsi kisah sama apabila pernah difitnah seperti itu.

Bercerita tentang kejadian yang berlaku pertengahan Januari lalu itu kepada mStar, Mira berkata serbuan tersebut adalah kali ketiga dialaminya sekeluarga.

"Kali pertama semasa saya balik kampung, serbuan waktu siang... ia diceritakan sendiri suami (kini bekas suami) kerana pada masa itu, dia sedang cuci kereta.

Penguatkuasa sedang bersoal jawab dengan anak Mira yang berada dalam rumah tersebut.

Penguatkuasa sedang bersoal jawab dengan anak Mira yang berada dalam rumah tersebut.

"Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik.

"Pada masa tu, serbuan pukul 9 pagi. Jika fikir memang tak logik," rintihnya sedih dengan apa yang menimpa.

Menurutnya lagi, dia kecewa dengan cara pihak penguatkuasa yang memanjat pagar kerana merasakan mereka boleh mengepung dan mengetuk pintu belakang yang tiada pagar.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan dia dan anak-anak mendapat malu berikutan van putih besar yang diparkir di hadapan rumahnya menarik perhatian jiran.

Surat kompaun yang dikenakan terhadap Mira susulan adik-beradiknya datang menziarahi pada Syawal PKP lalu

Surat kompaun yang dikenakan terhadap Mira susulan adik-beradiknya datang menziarahi pada Syawal PKP lalu.

Bercerita tentang masalah yang dialami, wanita berusia 40 tahun ini memaklumkan dia percaya aduan seumpama itu dilakukan oleh jiran di kawasan rumahnya.

Ini kerana, katanya, sejak mendiami rumah tersebut, memang terdapat jiran yang sering mencetuskan pergaduhan.

"Dalam tempoh 14 tahun tu, jiran suka cari salah orang. Kita duduk rumah ni tak pernah usik dia, tegur salah dia tapi dia cari kesalahan kita.

"Masa hari raya pertama musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Masa tu saya tanya kenapa dorang tak habis-habis cari pasal dan mereka balas 'aku nak engkau keluar dari kawasan perumahan ini'.

"Kita sudah beberapa bulan tak jumpa ahli keluarga jadi adik-beradik tiba-tiba datang serentak dan jiran ni buat report polis sampai saya kena kompaun RM1,000," ujarnya.

Apabila diajukan sama ada dia pernah bersemuka dengan jiran tersebut, katanya, ia tidak pernah dilakukan berikutan pertengkaran sering tercetus.

Antara reaksi netizen yang bersimpati kepada Mira

Antara reaksi netizen yang bersimpati kepada Mira.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima orang anak ini memberitahu, dia hidup tertekan disebabkan perangai jiran yang suka mengganggu.

Namun, dia tidak dapat melakukan apa-apa melainkan bersabar dan kini dia tidak lagi melakukan rutin harian di halaman rumah seperti menyiram pokok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain