suria

Bersolek sampai muka jadi iras artis idola, ibu hamil tergamam Erra Fazira tonton video solekannya... jangkaan rakan tepat!

Video solekan Mek Dinda turut meraih perhatian artis pujaannya iaitu Erra Fazira.

SEJAK menceburi dunia solekan pada tahun 2018, wanita ini sering menerima komen yang memperkatakan persamaan wajahnya dengan primadona Erra Fazira.

Menurut Nur Syahidatul Najwa Shukor, 27, dia sudah tentu terharu dengan komen-komen tersebut, namun pada masa sama risau dilabel 'syok sendiri' oleh netizen di luar sana.

Mesra disapa Mek Dinda, dia merasakan wajah aslinya jauh berbeza dengan aktres terkenal itu, namun kelihatan sama gara-gara teknik solekan yang digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jati Kuching miliki wajah mirip D.O (EXO), akui memang minat K-Pop tapi tak sampai fanatik - “Ingatkan kawan-kawan bergurau je dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki wajah mirip Tok Ti, gadis guna duit untung jual tudung sambung ijazah - “Mak pun cakap ada iras sikit”

"Setiap kali buat live mekap, netizen kata muka macam Erra. Saya takut juga kalau orang tuduh saya perasan. Puas saya menidakkan kerana risau dengan kata-kata orang.

"Perasaannya dalam dua. Satu, saya takut orang kata perasan. Keduanya, saya rasa bangga sebab disamakan dengan orang cantik. Saya pula memang minat Erra sejak dulu lagi, semua lagu dia dalam kepala saya," ujarnya.

Baru-baru ini, video mekap Mek Dinda turut mendapat perhatian Erra. Dalam satu rakaman di TikTok, Erra kelihatan sedang menonton video solekan Mek Dinda yang dikatakan mirip wajahnya.

"Ooo ini yang kata macam sama muka tu ya? Mari kita tengok. Serius la, sama ke?" soal Erra sambil tersenyum dalam video itu.

mekdinda3

Mek Dinda terjun ke dunia solekan pada tahun 2018.

Mengulas hal itu, Mek Dinda menganggap ia sebagai mimpi jadi realiti dan cukup terharu dengan reaksi yang diberikan aktres berkenaan.

"Saya sendiri cukup terkejut. Memang tak sangka. Tapi kawan-kawan dah jangka hal ini akan berlaku. Kawan pernah kata, suatu hari nanti pasti Erra akan tengok video saya.

Pernah sekali ketika saya sedang live, orang tu kata mekap saya macam tahi. Sampai hari ni saya ingat.

MEK DINDA

"Kalau Erra baca berita ni, saya cuma nak cakap yang saya dah lama minat dia. Saya dah lama tunggu agar dia tonton video saya. Saya rasa gembira dan teruja. Bagaikan hilang kata-kata.

"Kalau ada rezeki boleh jumpa suatu hari nanti, mesti seronok. Saya juga mengimpikan untuk mekap wajah Erra suatu hari nanti. Kalau dapat peluang ini, saya akan buat sehabis daya. Tak tahu nak cakap macam mana, mesti saya menangis," ujarnya berseloroh.

Mengenai dirinya, influencer solekan itu mula menghasilkan video tutorial sejak tahun 2018 menerusi Facebook dan kini turut aktif di platform TikTok.

mekdinda2

Wanita dari Kedah ini sedang hamil ini kedua.

Imbas Mek Dinda, dia juga sama seperti insan lain yang bermula dari bawah, malah solekannya juga pernah dikecam teruk dan disamakan dengan najis.

"Kiranya dah tiga tahun saya buat video mekap di Facebook. Biasanya saya akan buat live waktu malam. Sejak setahun lalu, saya juga buat video di TikTok.

"Saya nak ajar followers saya, kalau nak belajar mekap muka jadi macam artis, boleh tengok live saya. Tapi awal-awal dulu, saya juga pernah dikecam. Tapi ia memberi semangat untuk saya bangkit sehingga ke hari ini.

"Kalau ikutkan memang nak putus asa, tapi saya nak buktikan kata-kata orang. Pernah sekali ketika saya sedang live, orang tu kata mekap saya macam tahi. Sampai hari ni saya ingat," ujarnya yang menjadikan Mua Bellaz sebagai inspirasi utama.

mekdidna3

Mek Dinda kuat berhadapan kecaman sejak tahun 2018.

Dalam pada itu, Mek Dinda turut berterima kasih kepada semua pengikutnya yang banyak memberikan sokongan selama dia berkecimpung dalam dunia solekan.

"Mereka juga yang menjadi kekuatan saya sejak tahun 2018. Dulu ada 20 orang saja yang tengok live, sekarang lebih 500 penonton ketika live.Terima kasih dan kalau boleh, jangan jemu tengok saya.

"Kepada sesiapa yang nak ceburi bidang ini, apa jadi kita kena hadap. Jangan takut buat kesilapan ketika mekap. Biar apa orang nak kata, kita buat sampai jadi," ujar Mek Dinda yang kini sedang hamil anak kedua.

Mek Dinda yang memiliki lebih 217,000 pengikut di TikTok berasal dari Tanjung Dawai, Kedah dan sudah 10 tahun bermastautin di Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain