suria

Kisahnya guru tadika tersilap panggil 'kakak', budak lelaki terpaksa korbankan rambut hampir 4 tahun... apa jadi di kedai gunting tak dijangka

Uthman memotong rambutnya setelah hampir empat tahun.

"KAKAK nama siapa"

Soalan daripada guru tadika kepada seorang kanak-kanak berusia lima tahun ini mencetuskan momen "ah sudah" pada ibunya.

Masakan tidak, walaupun berambut panjang, kanak-kanak itu sebenarnya lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Opah lagi best! Nenek rela batal temu janji selepas ‘tewas’ dengan video cucu, cubaan ibu ‘umpan’ anak gagal - “Dia seret beg sampai tengah malam”

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugara 2 tahun tak balik ‘over confident’ tenang jumpa keluarga, realitinya baru nampak muka mak dah berjurai air mata... adik buat ‘drama’ bertambah sedih

Bercakap kepada mStar wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai, Nuruljannah, 32 berkata, dia mula menyimpan rambut anaknya, Uthman Zubit Faeez Abdullah, sejak berusia lebih setahun.

Dia yang mesra dipanggil Nurul turut berkongsi video gelagat anaknya yang cukup sedih apabila rambutnya terpaksa dipotong.

"Sebelum ini saya ada potong, tapi sikit-sikit je.

"Uthman lagi suka berambut panjang sebab pakcik dia memang simpan rambut panjang, nenek dia pun suka Uthman rambut panjang.

"Dia pun tak ada masalah, tak pernah mengadu rimas," katanya yang bekerja sebagai pengedar barangan Young Living.



Uthman ketika pergi ke sekolah.

Menetap di Puchong, Nurul berkata, dia dan suami terpaksa 'merasuah' anak bongsu mereka itu dengan makanan kegemarannya semata-mata untuk memujuk kanak-kanak tersebut memotong rambut.

"Saya beritahu dia last minit, masa dah dalam perjalanan ke kedai gunting rambut, jadi dia mengamuk dalam kereta tak nak gunting, sampai kedai pun dia mengamuk.

"Ada suami isteri yang tunggu anak mereka potong rambut tolong pujuk Uthman sekali, tapi dia sampai sudahnya lari keluar dari kedai, jadi saya terpaksa telefon ayah dia yang kebetulan dah habis kerja.

"Ayah dia datang pujuk lama juga, ayah dia cakap lepas gunting rambut nak bawa dia jalan-jalan naik motor, beli coklat gemuk, coklat kegemaran dia dari kecil KinderJoy, akhirnya dia pun mengalah.

"Tapi dari air muka memang nampak dia sedih," katanya sambil menambah mereka membuat keputusan untuk memotong rambut Uthman memandangkan dia sudah mula tadika.



Rambut Uthman sebelum dan selepas dipotong.

Walaupun sedih, Uthman tetap menerima keadaan itu.

"Kalau tengok video nampak kaki dia goyang-goyang sebab gementar tapi lepas dah potong dia tengok cermin dia cakap "comellah, macam Uthman yang dulu".

"Saya ingatkan dia, kalau dah sekolah kena rambut pendek, baru kemas, Alhamdullilah dia tak banyak karenah," katanya.



Nurul bersama suami dan anak-anaknya.

Menurut Nurul walaupun berambut panjang, anaknya itu seorang kanak-kanak yang kuat serta tidak mudah menangis.

"Tak semestinya anak lelaki simpan rambut anak panjang akan bagi kesan negatif pada anak-anak, yang penting didikan kita.

"Macam Uthman watak dia memang boy sangat, tak mudah memangis, dia kuat, tak ada pun mainan budak perempuan, memang lasak macam anak lelaki lain," katanya.



Walaupun suka menyimpan rambut panjang, Uthman tetap lasak seperti kanak-kanak lelaki lain.

Sementara itu berkongsi pengalaman hari pertama Uthman ke sekolah, Nurul berkata, anaknya itu kelihatan sangat teruja.

"Hari pertama dia sekolah tak ada masalah Alhamdullilah, hari kedua, pukul 11.30 pagi dia dah siap suruh hantar pergi sekolah, padahal sekolah dia pukul 12.30 tengah hari," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
rambut, panjang, anak, lelaki, sekolah, tadika

Artikel Lain