suria

Wanita sering dapat soalan lucu selepas tawar servis sewa ‘ball gown’ di kampung, bapa orang paling banyak bantu di sebalik pembukaan butik

Syafiqah mula menyediakan khidmat sewaan gaun sejak 2018.

KEBANYAKAN kanak-kanak perempuan membesar dengan menonton kartun 'princess' seperti Cinderella, Beauty and the Beast serta pelbagai lagi siri Barbie yang ada.

Antara perkara yang cukup sinonim dalam setiap karakter puteri raja ini adalah pakaian indah mereka iaitu ball gown atau gaun majlis tari menari yang cukup elegan dan menawan.

ARTIKEL BERKAITAN : “Nak juga beg Gucci macam papa” - Murid bergaya bawa beg mahal ke sekolah selepas alasan diterima mak ayah!

ARTIKEL BERKAITAN : Adik rindu teruk abang masuk sekolah, dah dapat jumpa ‘accident’ pula... rupa-rupanya ada kaitan dengan PKP!

Ini secara tidak langsung menyebabkan ramai golongan wanita menyimpan hasrat untuk mengenakan pakaian tersebut terutama sekali di hari perkahwinan mereka.

Mengakui dirinya turut tergoda melihat pakaian yang dikenakan watak puteri ini, jurumekap, Nur Syafiqah Mat Rani, 27, berkata dia akhirnya memberanikan diri untuk menyediakan khidmat sewaan ball gown selepas melangsungkan perkahwinannya pada tahun 2018.

"Saya mula buka sewaan gaun ini bermula tahun 2018, masa tu saya dapat idea nak buat ball gown sebab saya memang minat princess atau Cinderella.

"Masa big day (majlis perkahwinan) saya pun saya pakai ball gown jadi masa tu la saya terfikir kenapa tidak saya sewakan baju-baju princess ni semua sebab susah sangat nak cari ball gown yang cantik dan kena dengan selera masyarakat yang up to date," katanya.



Syafiqah dan suaminya sewaktu majlis pernikahan mereka.

Menurut Syafiqah, dia nekad untuk membesarkan kedai bagi membolehkannya menyediakan sebuah butik kecil untuk tujuan menyewa ball gown tersebut.

"Saya dapatkan sokongan keluarga, lepas tu saya dah tak toleh ke belakang lagi, ayah pun selalu sokong, dia buatkan butik kecil di depan rumah. Asalnya butik tu tempat saya mengajar orang make up jadi saya minta ayah sambung kedai tu untuk saya masukkan gaun-gaun tersebut.

"Tahun 2021 saya minta ayah besarkan butik saya, Alhamdullilah sekarang lagi luas dan selesa untuk pelanggan yang datang mencuba.



Syafiqah bersama bapanya.

"Apa yang membuatkan saya gembira, walaupun butik saya di kampung, orang jauh-jauh sudi datang walaupun masa tu saya tak ada akaun TikTok, promote pun melalui akaun di Facebook serta Instagram sahaja, saya harap satu hari nanti saya boleh buka cawangan," katanya yang menetap di Marang, Terengganu.



Syafiqah turut mendapat tempahan dari pelanggan luar dari Marang.

Berkongsi antara soalan cepumas yang sering ditanya ketika melihat ball gaun sewaannya, wanita yang mesra disapa sebagai Eyka ini berkata, saiz gaun yang besar membuatkan ramai sering tertanya-tanya sama ada si pemakai boleh duduk atau tidak.

"Video tu (pelanggan duduk dengan memakai gaun) sebenarnya pelanggan tu tengah fitting dress terbaru kami jadi saya rakam secara spontan sahaja sebab nampak dia teruja cuba baju, siap pusing-pusing dan cuba untuk duduk nak tengok boleh duduk tak bila pakai petticoat tu.

"Petticoat tu kain tapi ada besi di bahagian dalam yang boleh lentur untuk support kain tu.

"Selain tu komen yang paling lucu yang pernah saya dapat apabila ada yang bertanya boleh buat tudung saji ke benda ni? Dan saya balas boleh cuba kalau tak ada tudung saji," katanya, sambil menambah ada juga yang ingin tahu tentang cara-cara petticoat tersebut dipasang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain