suria

Terkejut tengok flash kamera selepas akad nikah, kecoh ibu mentua kejar menantu dalam masjid! Rupa-rupanya ada sebab 5 beradik dah lali kena pukul

Insiden lucu di mana ibu Ika melatah gara-gara terkejut melihat kerlipan lampu kamera.

INDIVIDU yang mempunyai penyakit latah sememangnya akan 'beraksi' di mana jua tanpa mengira lokasi mahupun situasi.

Malah penyakit tersebut makin menjadi-jadi bukan sahaja kerana disakat oleh orang sekeliling, bahkan kerana tuan badan sendiri terkejut apabila terlihat ataupun terdengar sesuatu secara spontan.

Begitu juga halnya dengan seorang wanita warga emas ini yang melatah teruk sehingga mengejar menantu sendiri ketika sesi bergambar usai upacara pernikahan yang berlangsung baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka sakat kawan latah, akhirnya ‘berjangkit’ dekat diri sendiri... pemuda dedah dah banyak handphone jadi ‘korban’

ARTIKEL BERKAITAN: Pengapit latah gagal ikut ‘arahan’, terlompat-lompat semasa iring pengantin - “Awak kena tahan, ketap mulut betul-betul”

Berkongsi cerita dengan mStar, Wan Shafikah Wan Ali berkata video insiden lucu itu dirakam sewaktu majlis pernikahannya yang berlangsung pada 14 Disember lalu.

"Mama saya, Fatimah Had sememangnya seorang yang kuat melatah. Penyakit latahnya 'auto' bila kena sakat atau terkejut. Macam dalam video yang viral tu, ketika itu kami di masjid sewaktu majlis pernikahan saya.

"Sewaktu sesi bergambar, mama terkejut sebab ternampak 'flash' kamera. Sebab tu dia tanpa sedar mengejar suami saya. Banyak gambar tak jadi sebab aksinya nak berlari.

"Kalau ikutkan, sebelum itu lagi dia dah kejar suami tapi tak terakam dalam video. Kemudian bila bergambar beramai-ramai, sekali lagi dia nak kejar suami dan sempat dirakam. Kalau perasan, suami saya macam ready nak lari... sebab dia dah kena kejar sebelum tu," ujarnya yang senang disapa sebagai Ika.

Wanita berusia 20 tahun ini mendedahkan, ibunya yang kini berusia 50 tahun sudah mula melatah sejak usia muda lagi.

WhatsApp Image 2021-12-29 at 3.23.30 PM

Ibu Ika melatah di atas pelamin.

Ditanya bagaimana ibunya mula menghidap penyakit latah, Ika yang berasal dari Jeli, Kelantan berkata segala-galanya bermula dengan tabiat suka menyakat individu kaki latah sehingga akhirnya terjangkit.

"Kalau ikutkan, adik beradik mama tak ada yang kaki latah. Dalam keluarga kami pun tak ada yang melatah. Segala-galanya bermula apabila mama suka sakat orang latah dulu-dulu.

Sebenarnya saya bersanding serentak dengan abang... jadi orang ingat abang saya tu suami pula.

IKA

"Bila melatah, mama tak sedar apa yang ditutur atau dilakukannya. Kami lima beradik dah lali bila mama tak sengaja terpukul atau terketuk. Kalau nak usik, kena tengok situasi juga.

"Kalau mama pegang sesuatu seperti pisau, memang tak usik. Mama sendiri pun dah siap warning awal-awal.

WhatsApp Image 2021-12-29 at 3.24.04 PM

Gambar yang sempat dirakam sebelum insiden latah.

"Cuma ada yang tak tahu, pernah orang usik mama sampai mama terjatuh dan cedera. Bukan apa, risau bahayakan orang sekeliling dan mama sendiri. Pernah juga mama menangis sebab penat melatah," ujar anak bongsu daripada lima adik beradik ini lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Ika berkata dia sekadar mengabadikan momen lucu di hari pernikahannya sebagai kenangan.

WhatsApp Image 2021-12-29 at 3.24.38 PM

Ika dan abangnya bersanding serentak minggu lalu.

"Tak sangka raih sampai lebih 1.4 juta views. Mama tahu videonya viral... dia senyum je. Malah pelanggan dekat kedai kuih akok dia pun cam sebab dah viral.

WhatsApp Image 2021-12-29 at 3.25.04 PM

Insiden latah turut berlaku ketika majlis pertunangan Ika.

"Majlis nikah saya tapi mama yang jadi perhatian. Tapi nak betulkan sedikit, ada orang ingat saya kahwin dua sebab pengantin lelaki berbeza masa sanding dan nikah. Sebenarnya saya bersanding serentak dengan abang... jadi orang ingat abang saya tu suami pula.

"Apapun, kami gembira video ini dapat hiburkan orang ramai," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain