suria

Nak makan nasi minyak ke tu? Tetamu majlis kahwin ‘cair’ tengok lutong berkepit dengan bridesmaid, siap pakai baju Melayu

Bukan sahaja comel, tetapi lutong ini yang lengkap mengenakan baju Melayu turut menarik perhatian tetamu lain.

GELAGAT seekor lutong yang berkepit manja dalam dukungan pemiliknya ketika menghadiri majlis perkahwinan bukan sahaja menarik perhatian tetamu, malah mencuit hati netizen.

Mana tidaknya, haiwan comel berkenaan siap mengenakan baju Melayu seperti tetamu lelaki lain!

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Aiena Abdul Shukor berkata dia yang juga menghadiri majlis perkahwinan berkenaan turut 'cair' melihat kecomelan haiwan tersebut sebelum mengambil gambar dan video sebagai kenangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Lisa rampas roti, picit hidung buat abang guard ‘famous’! Tak sangka, press overseas pun nak beli video... siap dipanggil Abang Tiktok!

ARTIKEL BERKAITAN: Manjanya, anak kecil pun kalah... Rela cuti hujung minggu ‘jejak kasih’ dengan monyet, ada sebab Sleppy peluk si pemuda sampai tak nak lepas!

"Sebenarnya ketika itu saya berperanan sebagai salah seorang bridesmaid kepada pengantin perempuan yang juga rakan saya.

"Apabila rombongan pengantin lelaki sampai, saya ditugaskan untuk menyambut mereka dan berarak ke rumah pengantin perempuan. Ketika itulah saya nampak seorang gadis sedang mendukung sesuatu.

"Dari belakang nampak tangan berbulu. Bila tengok betul-betul, lutong rupa-rupanya. Saya pun minta kebenaran nak rekod video dan ambil gambar sebab comel sangat.

"Lagi satu, ia satu perkara yang 'rare' bila bawa haiwan pergi kenduri kahwin. Masa ramai tengok-tengok dan datang dekat, lutong tu 'behave' je. Ketika itu dia kekenyangan sebab baru diberi susu. Sepanjang majlis pun dia behave. Melekat je dengan tuannya," ujar wanita berusia 25 tahun ini.

monyet 1

Lutong tersebut adalah milik sepupu kepada pengantin lelaki.

Menurut Aiena, haiwan tersebut dipelihara oleh sepupu kepada pengantin lelaki yang juga merupakan rakannya.

"Kata pengantin lelaki, sepupunya dah pelihara lama. Selalu juga bawa pergi jalan-jalan sebelum ini. Sebab tu lutong tu dah biasa dengan situasi orang ramai. Masa majlis tu, rombongan pengantin lelaki bermalam di homestay berdekatan dengan rumah pengantin perempuan di Pulau Indah, Klang.

Sepanjang majlis pun dia behave. Melekat je dengan tuannya.

AIENA ABDUL SHUKOR

"Disebabkan semua pergi dan tak ada siapa nak jaga, maka sepupunya bawa sekali haiwan peliharaannya ke kenduri," ujarnya yang memelihara lima kucing Parsi.

Ujar Aiena, dia sama sekali tidak menyangka video berkenaan meraih hampir satu juta jumlah tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimuat naik di aplikasi TikTok.

kenduri 1

Aiena merupakan salah seorang bridesmaid ketika majlis perkahwinan rakan baiknya baru-baru ini.

"Saya sendiri terkejut bila tengok jumlah view video tu. Komen pun sampai tak terbalas. Tapi rata-ratanya memuji kecomelan lutong tu. Ada yang tanya cara penjagaan, malah ada yang siap minta tengok video ia makan nasi minyak. Ramai juga peminat haiwan rupa-rupanya," katanya sambil ketawa kecil.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain