suria

Dari 105kg ke 55kg! Yes, misi kurus berjaya... gadis puas hati dapat pakai kebarung terima skrol di pentas konvokesyen

Foto kiri Khadijah sewaktu berat badan 105 kilogram, kanan Khadijah pada majlis konvokesyen.

ORANG kata berangan itu percuma.

Tapi pada masa sama, perlu juga disertakan doa dan usaha untuk merealisasikannya.

Seperti seorang gadis, angan-angannya untuk memiliki badan kurus menjelang hari konvokesyen universitinya menjadi kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk 6 tahun kahwin, ada sebab wanita ini kurangkan berat badan... ambil masa 2 bulan pilih hadiah dioffer suami!

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Diangkat, diusung ikut adat... pengantin Banjar tetap gemuruh, gayat walau berat badan dah turun 40kg dalam dua tahun

Berkongsi pengalaman, Khadijah Razak memberitahu, dia berbadan besar pada 2019 dengan berat mencecah 150 kilogram (kg).

Gadis berusia 20an itu berkata, ketika itu dia sedang mengikuti pengajian Diploma Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Bangi, Selangor.

"Masa tu saya mengikuti pengajian tahun akhir dan bakal menamatkannya sebelum hadir ke majlis konvokesyen pada tahun berikutnya.

"Terdetik hati saya untuk mempunyai keinginan melihat diri sendiri berbadan kurus ketika mengambil skrol di atas pentas yang disaksikan ramai orang," katanya kepada mStar.

kurus konvo 5

Khadijah menamatkan pengajian Diploma Bahasa Arab di Kuis.

Mengakui tidak berkeyakinan tinggi sebelum ini, gadis berketinggian 163 sentimeter itu meletakkan penurunan berat badan sehingga antara 80kg dan 70kg sebagai sasaran.

"Bukan mudah untuk mengurangkan berat badan, terutama kata-kata orang sekeliling. Tapi saya harus kuat untuk buktikan mampu melakukan perubahan menjelang konvo.

"Saya buat defisit kalori dan fokus pada nutrisi harian seperti pengambilan protein dan fiber. Saya juga banyak mengambil air kosong," ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

kurus konvo 8

Transformasi Khadijah berbaju saiz 5XL (kiri) ke kebarung pada majlis konvokesyen (kanan).

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, majlis konvokesyen yang sepatutnya berlangsung pada September 2020 ditangguhkan berikutan penularan jangkitan Covid-19 di negara ini.

"Saya tetap teruskan misi kerana mahu mendapatkan keyakinan yang tinggi. Sebelum ni selalu juga tergagap-gagap masa buat presentation sebab malu.

"Nak pakai baju kurung masa tu pun saya tak yakin. Makanya saya lebih selesa berjubah, tapi selepas berbulan-bulan melakukan senaman, berat badan menyusut sebanyak 50kg dari 105kg kepada 55kg," tambahnya.

kurus konvo 4

Khadijah (tengah) berkongsi kegembiraan bersama ibu bapa.

Khadijah yang kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah di Unversiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya turut menjalani senaman ringan sepanjang tempoh itu.

"Saya berjalan kaki setiap pagi dan petang dengan keseluruhan 40 minit sehingga sejam sehari, sama ada mengelilingi kawasan kolej atau perumahan," katanya mengenai transformasinya yang dahulu memakai baju bersaiz 5XL kepada kini saiz S.

Bukan mudah untuk mengurangkan berat badan, terutama kata-kata orang sekeliling. Saya harus kuat untuk buktikan mampu melakukan perubahan

KHADIJAH RAZAK

Susulan itu, Khadijah yang bercita-cita untuk bergelar pensyarah berasa amat terkejut dan tidak menyangka dapat mengurangkan berat badan kepada 55kg, jauh melepasi sasaran.

"Walaupun nervous pada majlis konvokesyen, tahap keyakinan saya tinggi dalam persalinan kebarung," katanya yang sebelum ini merupakan peserta program online kurus kini dilantik pula menjadi coach untuk berkongsi pengalaman dan cara berkesan mengurangkan berat badan.

kurus konvo 3

Meraikan hari istimewa bersama rakan-rakan.

Sehubungan itu, Khadijah meminta mana-mana individu yang mempunyai keinginan untuk berbadan kurus supaya lebih fokus dan konsisten.

"Bukan sekadar itu, cuba sedaya-upaya abaikan kata-kata negatif orang sekeliling. Pasti ada yang tanya, bila nak kurus ni? Boleh kurus ke ni?

"Jadikan tohmahan sebagai pembakar semangat untuk melangkah jauh. Niat juga kerana Allah, ini kerana usaha kita mudah-mudahan mendapat keizinan daripadaNya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain