suria

Selepas ‘buat hal’ dengan pengantin, pemuda janji jalankan tugas dengan baik jika ada job pengapit lagi - “Lepas ni saya kipas betul-betul’’

Aiman berperanan sebagai pengapit ketika majlis perkahwinan sepupunya, minggu lalu.

JIKA melihat kepada perkongsian di media sosial, ketika ini ramai yang memuat naik video mahupun gambar majlis perkahwinan.

Sudah menjadi kelaziman, pasti kebanyakan pasangan mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis sempena cuti persekolahan yang panjang ketika akhir tahun.

Bagaimanapun, satu perkongsian video di sebuah majlis perkahwinan mencuri tumpuan netizen kerana gelagat lucu si pengapit!

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya, selalu tengok adegan filem atau drama... Berebut sambut ‘hand bouquet’ pengantin, siapa sangka jodoh pengapit dengan si dulang boy!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengapit ‘buat hal’! Patutlah dari awal rasa lain macam, rupa-rupanya ada insiden nak jadi di pelamin - “Dia suruh saya bangun”

Mana tidaknya, si pengapit yang sepatutnya berperanan mengipas pengantin 'terlupa' tugasnya seketika sebaliknya sibuk mengipas diri sendiri.

"Ini kali terakhir dia dapat job pengapit. Lepas ni tak dapat job lagi.

"Pengapit panas sangat tu. Dia nak merasa kipas pengantin," demikian antara komen netizen pada video tersebut.

Mengulas insiden lucu itu, pengapit bernama Mohamad Aiman Fikri Ab Majid berkata dia sama sekali tidak menyedari tindakannya pada waktu tersebut kerana fokus melihat jalan yang sedikit becak.

pengapit 2

Aiman bersama pengantin perempuan yang juga sepupunya.

"Sebenarnya saya ni kira macam pengapit bidan terjun juga. Hari majlis tersebut baru saya diminta oleh sepupu yang juga pengantin perempuan, Rosfatihah Ramli untuk jadi pengapit kepada pengantin lelaki, Mohd Ayudin Mohd Ayob.

"Ketika itu majlis bersanding di sebelah pengantin perempuan di Kampung Tanjung Gemok, Rompin.

"Saya okay saja sebab dah pernah dua tiga kali jadi pengapit. Sepupu hanya minta tolong kipas. Masa tu pengantin laki baru sampai, jadi saya sambut dia untuk ke rumah pengantin perempuan.

Masa tengok diri sendiri dalam video tu rasa kelakar dan lucu. Memang tindakan refleks terkipas diri sendiri.

MOHAMAD AIMAN FIKRI AB MAJID

"Kebetulan jalan sedikit lecah dan ada kepingan kayu yang diletak seolah-olah titi di tempat tu. Kepingan kayu tu saiz kecil, kena seorang demi seorang lalu. Sebab tu saya dan pengantin lelaki jalan tak seiring. Tak sedar terkipas diri sendiri... rupa-rupanya ada yang rakam," ceritanya kepada mStar.

Senang disapa sebagai Aiman, pemuda berusia 24 tahun ini berkata dia hanya mengetahui video tersebut tular pada malam hari selepas diberitahu sepupunya.

"Masa tengok diri sendiri dalam video tu rasa kelakar dan lucu. Memang tindakan refleks terkipas diri sendiri.

"Bila baca komen, memang ramai yang terhibur. Ada yang kata, lepas ni tak ada job pengapit dah. Tapi saya anggap itu hanya gurauan.. saya okay je.

pengapit 1

Aiman berperanan sebagai pengapit ketika majlis persandingan sepupunya minggu lalu.

"Cuma kena bahan kawan-kawan dekat tempat kerja je la," ujarnya yang bekerja di kilang sawit Felda Keratong 2, Pahang.

Aiman yang menetap di Felda Keratong 3 dalam pada itu berkata dia tidak menyangka video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang tetamu majlis perkahwinan tersebut menjadi viral.

"Saya pun tak sangka viral. Lepas ni siapa yang jadi pengapit tu, kipaslah pengantin betul-betul. Siapa nak saya jadi pengapit selepas ini pun boleh, nanti saya akan kipas betul-betul," ujarnya berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain