suria

5 tahun kahwin, 5 kali gugur dan wanita ini diuji lagi... keguguran bayi kembar 6 bulan, kanser rahim buat pasangan ini bawa diri balik kampung

Farah alami keguguran sebanyak lima kali.

LIMA kali keguguran sejak bernikah pada 2016, menyebabkan doktor memulakan rawatan susulan untuk mengetahui punca wanita ini berdepan situasi sedemikian.

Ini antara dugaan berat yang terpaksa ditempuhi seorang wanita yang sehingga ke hari ni masih mengimpikan kehadiran insan yang bergelar “anak”.

ARTIKEL BERKAITAN : Pengantin hanya 4 hari, ziarah keluarga momen terakhir bersama... peluk cium ibu berkali-kali, isteri ditanya soalan pelik petanda nak ‘pergi’

ARTIKEL BERKAITAN : Keluar rumah 5 pagi, naik bot kemudian van ke sekolah... itulah rutin cikgu SMK Bum Bum - “Ramai nak tengok life guru, pelajar di pulau”

Berkongsi kisah hidupnya dengan mStar seorang wanita Farah Zira Bakar, 28 berkata, usia kandungannya pernah mencecah sehingga enam bulan sebelum bayi kembarnya itu keguguran.

“Saya mendirikan rumah tangga pada 2016 dan setahun kemudian hamil sampai tiga bulan kemudian gugur, 2018 benda sama berlaku, dua bulan sahaja, doktor tak cakap apa-apa lagi masa tu semua okay, mungkin belum rezeki.

“Tahun 2019 sekali lagi saya hamil sampai tiga bulan juga, 2020 kembar sampai umur enam bulan 15 hari dan terbaru tahun ni, dah empat bulan 11 hari.

“Disebabkan selalu sangat gugur doktor buat rawatan susulan, dan masa tu saya sakit sangat dada dah tak tahan bila periksa masa tu dapat tahu saya ada ketumbuhan pada kedua-dua belah payu dara,” katanya yang berasal dari Sandakan, Sabah.



Farah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

Menurut Farah, selain ketumbuhan pada payu dara, dia juga disahkan mempunyai ketumbuhan pada ovari.

“Beberapa minggu lepas saya jumpa doktor pakar dan mereka suspek saya ada kanser rahim.

“Masa tu terus rasa down, rasa macam mati je la senang.. Tapi bila fikir balik Allah tu ada, mana mungkin dia bagi dugaan di luar kemampuan kita,” katanya yang bakal menjalani pemeriksaan susulan pada 13 Disember ini.



Farah (depan) dan adiknya.

Menurut Farah, walaupun disuruh rehat dan berpantang dirumah selepas mengalami keguguran pada bulan September lalu, dia memilih untuk tetap bekerja.

“Kalau sendirian di rumah saya rasa macam nak buat benda tak elok. Macam-macam vibe negatif datang,” katanya yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran.



Gambar bayi dalam kandungan Farah sewaktu dia hamil pada tahun 2021.

Farah yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur berkata, suaminya turut tidak dapat mengawal perasaannya apabila diberitahu mengenai kondisi isterinya itu.

“Dia menangis.. Dia menangis macam budak kecil, terkejut.

“Kami niat nak balik Sabah 23 Disember ini nak bercuti kemudian balik semula 3 Januari tapi sebab dia tahu akak sakit dia ambil keputusan balik Sabah terus.

“Saya buat keputusan untuk jalani pembedahan di Sabah sebab sekurang-kurangnya keluarga saya di sana, walaupun mak ayah dah tak ada, adik beradik semua ada,” katanya yang turut mengidap penyakit kencing manis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hamil, gugur, ketumbuhan, kanser rahim, cyst

Artikel Lain