suria

Pengantin hanya 4 hari, ziarah keluarga momen terakhir bersama... peluk cium ibu berkali-kali, isteri ditanya soalan pelik petanda nak ‘pergi’

Suami Ainsya, Allahyarham Wan Ahmad Haziq meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 29 November lalu.

SIAPA sangka, perkahwinan yang dibina pasangan ini hanya sempat bertahan beberapa hari sahaja.

Takdir Allah, ajal memisahkan pengantin baharu ini apabila si suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, empat hari selepas diijabkabulkan bersama pasangannya.

Masih diselubungi perasaan sedih, Norainsya Mohd Suhaimi tidak keberatan ketika berkongsi detik-detik terakhir sebelum suaminya, Wan Ahmad Haziq, 25, dijemput ajal pada 29 November baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pergi’ selepas 10 hari bertarung lawan Covid-19, suami sempat bertahajud walau menggigil - “Banyak mesej saya terima cerita kebaikan arwah”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami meninggal ketika usia kandungan 26 minggu... mujur ada rakan baik, tempat anak menumpang kasih - "Haddad menangis tersedu-sedu nak ikut Sharis"

Senang disapa sebagai Ainsya, wanita ini berkata ketika kejadian, dia dan suami dalam perjalanan dari rumah neneknya di Bachok, Kelantan menuju ke rumah ibu bapanya yang terletak di Jeli.

"Dalam perjalanan semuanya okay, suami tak mengantuk dan saya pun sedar. Namun semuanya berlaku dengan pantas. Sedar-sedar dah bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

"Selepas kemalangan pun saya masih sedar. Saya tengok suami dan tak tahu nak buat apa sebab terkejut sangat. Saya cuba kejutkan dia tapi tak ada respon. Kemudian orang datang tolong kami.

"Lepas keluar daripada kereta, saya cuba kuatkan diri hubungi keluarga sendiri dan keluarga mentua untuk beritahu apa yang berlaku. Sementara tunggu ambulans, saya hanya mampu memanggil 'abang' berkali-kali.

pengantin 1

Pasangan ini diijabkabulkan pada 26 November lalu.

"Tak ada apa yang saya fikirkan... yang terlintas di kepala, saya nak dia selamat. Saya sendiri harap kecederaannya tak serius tapi dah ajal dia," cerita Ainsya kepada mStar sambil menambah, mereka kemalangan berhampiran Tanah Merah.

Wanita berusia 22 tahun ini berkata, suaminya meninggal dunia kerana kecederaan organ dalaman selain tulang rusuk patah, manakala dia sendiri mengalami kecederaan pada bahagian wajah di mana tulang pipinya retak dan luka luaran.

"Masa doktor sahkan dia meninggal dunia di hospital, gelap dan kosong dunia ni. Kami baru berkahwin dan ini dugaan yang bukan calang-calang buat saya.

pengantin 2

Ainsya sempat menikmati saat indah hanya selama empat hari sebagai isteri Allahyarham Wan Ahmad Haziq.

"Dalam keadaan yang sakit, saya minta dekat doktor... saya beritahu nak pulang dan iringi jenazah. Doktor benarkan sebab kecederaan saya agak ringan.

"Namun selepas jenazah dikebumikan, saya berasa sakit dan dimasukkan ke hospital semula kerana ada kecederaan pada limpa. Saya dirawat selama empat malam," katanya yang menjalankan bisnes koko jar secara kecil-kecilan.

Dalam keadaan yang sakit, saya minta dekat doktor... saya beritahu nak pulang dan iringi jenazah.

NORAINSYA MOHD SUHAIMI

Lebih seminggu berlalu, Ainsya mengakui dia masih bersedih kerana segala-galanya berlaku begitu pantas, namun dia memilih untuk reda dengan ketentuan Allah.

"Bila diimbas kembali, arwah sebenarnya bersikap berlainan sedikit sebelum meninggal dunia. Dua hari sebelum kejadian, arwah tanya saya, kalau dia tak ada, saya cari lain tak? Tiba-tiba saja dia tanya.

pengantin 3

Allahyarham sangat istimewa di mata Ainsya.

"Saya tanya semula, kenapa cakap macam tu. Dia kata saja nak tahu isi hati saya. Saya jawab 'saya tak nak hilang abang, dan akan setia dengan abang'. Pada hari kejadian, arwah cium mak dia berkali-kali, nampak happy sangat. Kita tak tahu pun itu petanda dia nak pergi.

"Dia terlalu baik dan istimewa di mata saya, pandai ambil hati orang tua, taat kepada orang tua. Saya harap saya bertemu dia di syurga nanti.

"Dalam situasi ni, keluarga dan rakan-rakan yang banyak berikan kata-kata semangat. Begitu juga followers dekat TikTok. Saya sendiri tak sangka jadi viral. Apapun, saya nak ucapkan terima kasih atas kata semangat dan doakan arwah suami saya," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain