suria

Target 18 bulan... Pengusaha butik akhirnya kumpul emas sama nilai sebuah kereta, tapi bikin kecoh pakai rantai tangan hampir setengah kilo!

Bismar memiliki emas seberat hampir setengah kilo untuk dijadikan sebagai pelaburan.

LAZIMNYA, emas amat sinonim dengan kaum Hawa di mana ia berperanan sebagai aksesori yang boleh menaikkan seri pemakainya.

Namun, ada juga sesetengah lelaki yang menyukai emas tetapi bukan untuk digayakan, sebaliknya dijadikan sebagai pelaburan.

Demikian juga halnya pemuda bernama Bismar Suharto yang memilih untuk membuat simpanan dalam bentuk emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelang emas ada besi, betul ke? Rasa tertipu ketika beli barang kemas... nasihat pengurus kedai ini, elok 'ringan mulut', gali ilmu dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan jadi kecoh! BFF campak hadiah gelang emas RM11,000 ditemui dalam shell out - “Kena gertak suruh makan sampai habis”

Perkongsian Bismar di laman sosial yang memaparkan pencapaian dirinya memiliki emas seberat 458.96 gram bernilai RM126,210 yang ditukarkan menjadi rantai tangan rekaan eksklusif, menjadi perhatian ramai.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berusia 30 tahun yang senang disapa sebagai Bismar ini berkata, simpanan dalam bentuk emas bukan sahaja mengelakkan seseorang bersikap boros malah boleh digunakan ketika waktu kecemasan.

emas 1

Bismar sudah 15 tahun berkecimpung dalam bidang rekaan fesyen.

"Saya jenis tak boleh simpan wang tunai. Kalau simpan, mesti korek untuk shopping dan macam-macam lagi. Jadi saya tukarkan dalam bentuk emas dan dijadikan simpanan. Maknanya bekukan duit di situ sahaja," katanya.

Berkongsi bagaimana dia boleh memiliki emas yang harganya menyamai nilai sebuah kereta itu, Bismar berkata dia pada mulanya melakukan kajian terhadap harga emas dan membuat perkiraan dengan teliti.

"Saya memang dari kecil dibiasakan emas oleh nenek saya yang berdarah campuran Filipina. Saya mula membeli emas pertama pada usia 18 tahun. Namun biasalah, kadang-kadang ada masalah dan hal kecemasan, ia tergadai.

emas 2

Salah satu baju rekaan Bismar.

"Kenapa emas? Sebab rate pada tahun ini, ia naik mendadak dan kalau di Tawau, ia paling tinggi dalam tempoh 20 tahun.

"Jadi saya mula letakkan sasaran selama setahun setengah untuk miliki emas seberat ini. Saya buat kajian dan buat kiraan, contohnya sebulan saya kena menyimpan berapa.

"Untuk mencapai sasaran tersebut, perlulah disusuli dengan kerja keras. Dalam masa yang sama, saya lupakan keinginan untuk membeli belah dan ketiga, cara saya adalah diet," ujarnya yang juga pereka fesyen dan pemilik butik Bismar Couture di Tawau, Sabah.

Untuk mencapai sasaran tersebut, perlulah disusuli dengan kerja keras. Dalam masa yang sama, saya lupakan keinginan untuk membeli belah.

BISMAR SUHARTO

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Bismar berkata dia sekadar mahu memberi inspirasi dan dalam masa yang sama mendidik masyarakat untuk mula menyimpan emas sebagai pelaburan.

"Kalau ada duit lebih, tukarkan simpanan dalam emas. Tak kisah satu gram atau lebih. Duit lebihan gaji tu boleh cuba asingkan dan buat tabungan dulu.

"Alhamdulillah, ramai yang WhatsApp dan hantar mesej (Direct Message) minta tip. Bagi saya, pertamanya minta dengan Allah... berdoa, kemudian berusaha dan berdisiplin.

emas 3

Friendly Kitchen, bisnes baharu yang diterokai Bismar.

"Namun saya faham, ramai yang kecam sebab lelaki pakai emas. Saya akui, itu silap saya. Saya lahir dan membesar dengan ajaran Islam. Saya tahu lelaki diharamkan pakai emas.

"Ingin saya tekankan saya guna untuk bergambar. Setiap manusia ada silapnya. Saya terima orang tegur sebab concern dan saya maafkan yang mengecam. Saya lebih suka ambil teguran dari sudut positif," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain