suria

Terharu ramai menolong, atlet paralimpik kongsi kisah 11 tahun berkerusi roda... pernah ‘down’ terperap dalam bilik sebab malu, siapa nasihat pun tak lut!

Mohamad Saiful mengalami lumpuh separuh badan kerana kecederaan saraf tunjang akibat kemalangan jalan raya pada 2010.

VIDEO seorang lelaki yang diangkat beberapa individu ketika menuruni tangga di sebuah lokasi peranginan, benar-benar meruntun hati netizen.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dapat menggunakan kerusi rodanya kerana kemudahan untuk golongan OKU sedang dalam proses penyelenggaraan ketika itu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohamad Saiful Abd Manan yang juga lelaki di dalam video tular itu berkata insiden berkenaan dirakam oleh isterinya, Nurul Syahirah Jasmi ketika mereka sekeluarga berkunjung ke Langkawi SkyCab, minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik eskalator guna wheelchair, pemuda ini dedah pernah ‘ajar’ orang awam common sense - “Saya ambil papan tanda OKU letak depan lif”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini ‘tewas’ dengan pertanyaan di TikTok, mengaku sering seluk poket seluar bukan sebab style tapi kerana sembunyi ‘tangan lembik’

"Sebelum saya pergi ke sana, ada juga bertanya kawan-kawan yang menggunakan wheelchair yang dah pernah pergi. Sajalah tanya supaya senang nak bergerak nanti.

"Sepatutnya ada laluan yang mesra OKU tapi ketika itu dalam proses maintenance. Jadi hanya ada tangga. Itu yang mereka bantu angkat saya.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada pekerja di Langkawi SkyCab dan polis bantuan yang turut membantu. Saya terharu sangat-sangat.

"Sebenarnya saya tak tahu pun isteri rekod video dan muat naik di TikTok. Tapi bagus juga kerana ia secara tak langsung beri kesedaran kepada masyarakat untuk tampil membantu OKU kalau nampak di mana," katanya sambil memuji pihak pengurusan di lokasi berkenaan.

Menyingkap kisahnya, lelaki berusia 28 tahun ini berkata, dia mengalami kecederaan saraf tunjang (spinal cord injury) akibat kemalangan jalan raya pada 2010.

oku baru 1

Mohamad Saiful dan keluarga bercuti di Langkawi, baru-baru ini.

"Kemalangan tersebut membuatkan saya lumpuh daripada paras pinggang sampai ke bawah. Kiranya sudah 11 tahun saya berkerusi roda.

"Sebelum kemalangan, saya merupakan atlet hoki. Biasa dengan hidup aktif. Bila dah jadi macam tu, saya seakan tak dapat terima kenyataan pada peringkat awal.

"Hampir tiga tahun lebih saya hidup dalam dunia sendiri. Saya langsung tak hirau keadaan diri. Hanya duduk dalam bilik, hanya keluar apabila perlu ke hospital. Saya jadi tersangat 'down'. Masa tu, siapa bagi semangat pun seperti tak lut.

oku baru 3

Mohamad Saiful merupakan atlet paralimpik yang mewakili Perak bagi sukan memanah.

"Hinggalah satu hari, datang kesedaran secara tiba-tiba. Sampai bila nak macam ni? Dulu aktif boleh pergi sana sini. Terus saya bangun, mandi, dan cuba belajar lakukan rutin-rutin harian," katanya yang menetap di Taiping, Perak.

Mohamad Saiful yang merupakan atlet paralimpik negeri Perak bagi sukan memanah berkata, dia kini giat memberi kesedaran dan semangat kepada komuniti OKU untuk bangkit membina keyakinan diri.

Satu hari, datang kesedaran secara tiba-tiba. Sampai bila nak macam ni? Dulu aktif boleh pergi sana sini. Terus saya bangun, mandi, dan cuba belajar lakukan rutin-rutin harian.

MOHAMAD SAIFUL ABD MANAN

"Bila saya tahu ada orang senasib saya menerusi grup komuniti dari Facebook, terutama di sekitar Taiping, saya cuba bertemu mereka.

"Saya cuba kongsi pengalaman sendiri untuk pulihkan semangat mereka. Saya ajak join sukan, jumpa orang... ini untuk bina kembali keyakinan diri mereka.

oku baru 2

Mohamad Saiful cuba membantu komuniti yang senasibnya untuk bangkit membina keyakinan diri.

"Ini salah satu contribution saya. Saya dah merasa, saya tak mahu mereka jadi macam saya dulu ambil masa lama terperap dalam rumah.

"Bagi yang senasib, jangan putus asa, kuatkan semangat. Kehidupan kita masih panjang. Kalau teruskan macam tu, memang sampai bila tak berubah. Hanya kita yang boleh ubah nasib sendiri," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain