suria

"Masa kalah tu saya dah takut" - Diugut akibat mungkir janji berbogel dari KL ke Johor, lelaki bukan Bangsa Johor ini tak sangka gurauan bawa padah!

Adi mengakui sedih dan takut melihat kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

NIATNYA sekadar bergurau disamping menghiburkan hati pengikutnya, namun siapa sangka video yang dihasilkan suka-suka akan tular sehingga menyebabkan dirinya dikecam hebat.

Bercakap kepada mStar, lelaki yang sebelum ini tular disebabkan video pengakuannya akan berbogel dari Kuala Lumpur ke Johor sekiranya pasukan Harimau Selatan tewas dalam perlawanan akhir Puala Malaysia berkata, dia tidak menyangka content yang dihasilkannya itu akan tular sehingga mendapat perhatian hampir seluruh rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : Mungkir janji berbogel dari KL ke Johor... pemuda ini akhirnya mohon maaf, tunaikan nazar!

ARTIKEL BERKAITAN : KL City tewaskan JDT 2-0, akhiri penantian 32 tahun julang Piala Malaysia

Ingin dikenali sebagai Adi, 31, lelaki ini mengakui takut dan tidak selesa melihat reaksi orang ramai terhadap videonya justeru dia memilih untuk deactivatekan akaun media sosialnya.

"Mula-mula saya saja-saja je nak bua content di TikTok milik saya semata-mata nak hiburkan hati followers dalam tu.

"(Tapi) dalam masa yang sama saya tak tahu (sangka) pula yang video tu diviralkan sehingga viral di seluruh Malaysia, sampai mufti pun boleh komen.

"Saya terkejut, takut pun ada sebab tak pernah jadi macam ni, niat nak melawak tapi viral," katanya, menambah dia sedar video tersebut tular pada keesokkan harinya.

Biar la orang nak hina saya, bagi saya video yang saya buat tu tak la terlalu kejam sehingga saya di maki dan sebagainya, takpe la saya terima dengan rendah diri.

ADI

Bapa seorang anak ini mengakui dia dan keluarganya terkilan melihat kecaman demi kecaman yang dilemparkan, malah katanya, ada juga yang mengugutnya.

"(Famili) sedih la juga, saya pun sedih sebenarnya, saya bukan orang yang macam tu, tapi benda nak jadi, dan kecaman semua (orang) membuatkan saya rasa tak selesa, saya deactivate akaun TikTok sebab saya terlalu takut.

"Biar la orang nak hina saya, bagi saya video yang saya buat tu tak la terlalu kejam sehingga saya di maki dan sebagainya, takpe la saya terima dengan rendah diri.

"Ada juga (yang ugut) tapi takpe la, Allah akan lindungi saya Insyallah, biar je la, saya tak nak cakap panjang," ujarnya yang bakal menimang cahaya mata kedua tahun hadapan.



Tangkap layar video Adi yang tular sebelum ini.

Atas faktor rasa bersalah, Adi berkata, dia kemudiannya membuat keputusan untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Sebagai manusia tak salah kita minta maaf.

"(Yang mengecam tu) takpe la, mungkin ada betulnya tu memang salah saya sebab saya yang berjanji," katanya.

Menjelaskan bahawa dia sebenarnya bukanlah orang Johor, Adi berkata dia turut sama menonton perlawanan akhir diantara kedua-dua pasukan itu.

"Saya tengok game hari tu, masa kalah tu saya rasa takut sebab dah berjanjikan," jelasnya.

Menurut Adi, isterinya bagaimanapun menasihati dia untuk tidak melayani segala komen-komen yang ditinggalkan warga maya.

"Wife saya ada beri teguran supaya saya tak melakukan atau melayan komen-komen dari netizen, takut bisnes saya jatuh sebab sumber rezeki saya buat tinted je untuk bagi makan mak, anak dan isteri," katanya.

Sementara itu Adi yang menjalankan servis tinted bangunan dan rumah berkata, dia bersyukur kerana niatnya untuk mewakafkan tinted di rumah Allah tercapai.

"Sudah lebih 10 masjid dan surau (dipasangkan tinted) dengan rezeki Allah saya sedekahkan semula tinted dekat rumah Allah.

"Tinted tu saya wakafkan, bukan nazar, tapi saya tersalah cakap dalam video (permohonan maafnya) tadi (pada Jumaat)," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lelaki bogel, KL, Johor, janji, takut,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain