suria

Betul ke dah 40? Rahsianya.... wanita awet muda ini segan nak ke gim, siap kongsi tip bersenam guna peralatan dalam rumah je!

Video Fina tular sehingga turut mendapat perhatian netizen dari Indonesia.

USIA tak pernah menjadi penghalang untuk sesiapa sahaja menjalani gaya hidup sihat.

Begitu juga kisahnya mengenai wanita berusia 40 tahun ini apabila perkongsian video kecergasan olehnya meraih perhatian ramai netizen.

Hanya ingin dikenali sebagai Fina, wanita yang sudah berumah tangga sejak tahun 2016 itu sempat memperincikan kisah hidupnya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...”

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! ‘Hikmah’ putus cinta, gadis ini berjaya kurus sampai saudara mara tak kenal - “Saya tegur, lama mereka tengok sebab tak cam”

"Dulu badan saya besar sehingga 70 kilogram (kg). Waktu itu saya kerja bank, dari pagi sampai malam hanya makan fast food saja.

"Pernah cuba macam-macam cara, tapi berat tak turun. Saya hanya fokus bersenam, tapi tak jaga makan. Dari kesilapan itu saya mula belajar bahawa pemakanan juga perlu dijaga.

"Alhamdulillah, sekarang berat saya dalam 50 ke 52 kg. Bila kawan tengok perubahan, mereka pun bertanya. Jadi senang saya kongsi cara senaman dalam bentuk video," ujarnya.

Menurut Fina, proses untuk dia menguruskan badan bermula sejak tahun 2010 lagi, namun ia mula menunjukkan hasil pada tahun 2016.

Selain berkongsi di Facebook dan Instagram, Fina yang menetap di Shah Alam, Selangor kini aktif berkongsi video kecergasan melalui TikTok pula.

Mengimbas perjalanannya untuk kurus, Fina berkata dia pernah mahu berputus asa, namun tetap mencuba sedaya upaya demi mencapai misinya.

fina 3

Fina pernah mengalami pertambahan berat badan ketika bekerja dalam bidang perbankan.

"Memang rasa nak putus asa. Bila jumpa kawan, mereka tegur mengenai badan. Hal itu mengganggu emosi.

"Jadi saya banyak belajar melalui YouTube dan Google. Nak pergi gim agak segan, orang pandang-pandang. Jadi saya buat di rumah saja," ujarnya lagi.

Video ini juga khusus untuk golongan suri rumah kurang berkemampuan yang mahu bersenam.

FINA

Dalam pada itu, kreativiti Fina yang hanya menggunakan peralatan dalam rumahnya untuk bersenam ternyata mencuri perhatian netizen.

Tambah Fina, dia berharap perkongsian teknik itu dapat memberi manfaat kepada mereka yang mahu menjalani gaya hidup sihat tanpa dibebani dengan kos yang tinggi.

"Mungkin ada yang tak mampu nak beli peralatan mahal. Malah, ramai yang lagi suka untuk bersenam di rumah sebenarnya.

fina2

Fina turut bersenam menggunakan tangga.

"Jadi, saya buat video, tunjuk cara bersenam menggunakan bantal, tangga, pelapik kaki, penyapu dan apa saja barang yang ada dalam rumah. Yang penting kena konsisten dan sabar.

"Saya cuma nak kongsi idea dan cara bersenam yang efektif dan paling senang. Video ini juga khusus untuk golongan suri rumah kurang berkemampuan yang mahu bersenam," ujarnya lagi.

Menurut Fina, dia terkejut apabila video senamannya meraih perhatian ramai sehingga turut ditonton netizen dari Indonesia.

Namun kata Fina, dia bersyukur sekiranya usaha kecilnya itu dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang menontonnya.

Mengenai dirinya, Fina sudah tidak berkhidmat dalam bidang perbankan, sebaliknya mengusahakan bisnes berkaitan daun herba.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain