suria

Tak macam bapa tiri langsung! Empat tahun menyendiri, kata-kata arwah nenek ubah segalanya demi anak-anak - “Saya pula dikata macam mak tiri”

Akma terbuka hati menerima Mohamad Sharil selepas melihat keakraban lelaki itu dengan anak-anaknya.

"KESUNGGUHANNYA mengambil berat tentang diri dan anak-anak membuatkan hati saya terbuka untuk menerima dirinya"

Demikian kata Nurul Akma Amira Ghani ketika bercerita mengenai suami daripada perkahwinan keduanya, Mohamad Sharil Razali.

Senang disapa sebagai Akma, wanita ini berkata dia mengambil masa untuk menerima kehadiran Mohamad Sharil sebagai suami selepas melalui episod kegagalan rumah tangga sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tawar hati cari pengganti selepas suami pergi selamanya, ibu tunggal tak sangka BFF arwah jodoh buatnya... cara si dia layan Haddad jadi asbab

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berpisah 10 tahun, wanita ini pilih balik kepada bekas suami walau boyfriend baik dengan anak - “Saya langsung tak ada perasaan pada dia”

"Selepas berpisah dengan suami pertama, saya struggle untuk besarkan dua anak. Jadi langsung tak terlintas pun dalam hati untuk berkahwin lagi. Kiranya, perkahwinan itu bukan perkara yang jadi keutamaan.

"Hinggalah pada 2018, saya berkenalan dengannya. Tapi bagi saya, dia tak lebih sekadar seorang kawan biasa. Masa mula-mula kenal, saya tak beri pun nomber telefon.

"Tapi dia bersungguh-sungguh nak berkawan hingga berjaya cari tempat kerja saya. Dari situ saya nampak langkah pertama kesungguhan dirinya," ujar wanita berusia 30 tahun ini.

Setahun perkenalan, cerita Akma, suaminya yang bekerja sebagai cef di pelantar minyak sebuah syarikat cari gali meluahkan perasaan untuk membawa perkenalan mereka ke fasa yang lebih serius namun dirinya masih belum bersedia untuk membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki.

bapa tiri 4

Akma sah menjadi isteri kepada Mohamad Sharil pada 6 September 2020.

Tambah wanita yang menetap di Kemaman, Terengganu ini, hubungan mereka tetap berlangsung seperti rakan biasa namun sepanjang tempoh itu, Mohamad Sharil begitu rapat dan mengambil berat perihal dua anaknya seperti seorang bapa kandung.

"Dia banyak keluar dengan anak-anak. Kalau dia ada di darat, mereka akan keluar bertiga tanpa saya.

"Dia bukan sahaja rapat dengan anak-anak, malah pandai mengambil hati keluarga saya. Masa nenek masih ada ketika itu, dia beritahu berkenan sangat dengan Mohamad Sharil.

bapa tiri 1

Kasih sayang Mohamad Sharil kepada dua anak Akma sama seperti kasih seorang bapa kandung.

"Lepas nenek meninggal dunia, saya terfikir kata-kata arwah. Akhirnya saya buka hati, untuk terimanya demi anak-anak saya. Dulu saya kahwin dengan pilihan sendiri, kali ini saya ikut pilihan orang tua dan anak-anak," ujar ibu kepada dua cahaya mata berusia sembilan tahun dan tujuh tahun ini.

Akma akhirnya sah disatukan dengan lelaki pilihan anak-anaknya pada 6 September tahun lalu.

Setahun kahwin, perangainya tetap sama. Tak pernah tinggi suara, tak pernah marah. Anak-anak yang cakap saya macam mak tiri.

NURUL AKMA AMIRA GHANI

Lebih setahun bergelar pasangan suami isteri, Akma berkata sikap lelaki berkenaan sama sekali tidak berubah malah bertambah penyayang.

"Setahun kahwin, perangainya tetap sama. Tak pernah tinggi suara, tak pernah marah. Anak-anak yang cakap saya macam mak tiri.

bapa tiri 2

Dua anak Akma terlalu rapat dengan bapa tiri mereka.

"Video dia layan anak-anak seperti yang saya rakam dan muat naik di TikTok, macam itu jugalah sikapnya di luar. Langsung tak seperti seorang bapa tiri. Bukan lakonan, itulah realiti dirinya.

"Dia bukan saja uruskan anak-anak, malah rajin membantu masak dan kemas rumah. Memang betul manis bercinta selepas kahwin. Tak sangka lelaki macam tu masih wujud sekarang.

bapa tiri 3

Gambar ketika sambutan hari lahir Mohamad Sharil bersama anak-anak Akma pada bulan lalu.

"Saya tak sangka video berkenaan jadi viral. Saya terharu bila baca komen-komen netizen... sambil puji suami, mereka turut mendoakan. Saya hanya mampu aminkan dan ucapkan terima kasih kepada semua," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain