suria

Bapa tak boleh dengar perkataan ‘action’, momen nikahkan pengantin akhirnya diabadikan selepas 6 kali ‘take’ - “Papa tak boleh nak explain kenapa”

Bapa Leeya kerap kali tersasul ketika lakonan semula upacara akad nikah kakak sulungnya.

LAZIMNYA pengantin lelaki yang akan mengalami debaran atau cemas lebih-lebih lagi apabila tibanya saat berjabat tangan dengan tok kadi.

Namun lain pula halnya yang berlaku ketika majlis pernikahan satu pasangan ini, di mana bapa pengantin perempuan pula 'nervous' sehingga beberapa kali tersasul saat mahu menikahkan anaknya.

"Listen to my dad tersasul panggil nama pengantin lelaki," demikian kapsyen pada video yang dimuat naik di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Gugup teruk, gadis nyaris tak duduk di pelamin gara-gara jodoh diatur mak ayah - “Itulah kali pertama dia lihat wajah bakal suami”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki tiba di masjid ready nak nikah, tok kadi dilihat memandu pergi ladang... siapa yang silap tarikh?- “Nervous isteri tak sampai-sampai”

Video berkenaan sehingga kini meraih lebih daripada 85,000 jumlah tontonan, selain rata-rata netizen turut terhibur menyaksikan gelagat si bapa.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Leeya Ja'afar yang membuat perkongsian berkenaan berkata, video tersebut dirakam oleh juruvideo ketika majlis pernikahan kakak sulungnya pada 3 November lalu.

Namun menurut Leeya, sebenarnya video yang dirakam di dalam dewan ketika upacara 'pernikahan' tersebut adalah lakonan semula memandangkan mereka sekeluarga mahu mencipta kenangan manis untuk diabadikan.

"Ramai yang komen dan tertanya-tanya, agaknya berapa kali 'take' sehingga benar-benar sah sebab papa banyak kali tersasul.

"Sebenarnya ia lakonan semula. Seperti yang kita semua maklum, sekarang ni musim pandemik. Kakak sulung saya, Farra Ja'afar dinikahkan di Pejabat Kadi di Kluang, Johor pada sebelah pagi.

tersasul 1

Leeya (kiri) bersama ibu dan bapanya ketika majlis pernikahan kakak sulungnya.

"Di pejabat kadi tu yang hadir hanya papa, pengantin, tok kadi dan saksi sahaja manakala ahli keluarga tak dibenarkan masuk. Memandangkan kakak merupakan anak pertama yang kahwin, jadi papa nak abadikan momen terindah itu.

"Jadi selepas sah nikah di pejabat kadi, pengantin ke dewan untuk diraikan kedua-dua ahli keluarga terdekat. Di dewan itulah papa buat lakonan semula menikahkan kakak supaya kami sekeluarga boleh tengok dan dirakam juruvideo.

"Tapi tak sangka, masa lakonan semula tu papa nervous sangat. Mungkin sebab ramai orang. Asyik tersasul dan salah sebut nama bapa pengantin lelaki," cerita gadis berusia 20 tahun ini sambil ketawa.

Menurut Leeya, rakaman tersebut dilakukan hampir enam kali 'take' sebelum benar-benar sempurna.

pengantin

Kakak sulung Leeya terdahulu sudah selamat diijabkabulkan di pejabat kadi.

"Kami ada juga tanya papa selepas rakaman tu, kenapa dia nervous. Tapi papa pun tak boleh nak explain kenapa datuk pengantin yang asyik bermain di kepala, bukan nama bapa pengantin.

"Bila hafal, dia ingat. Tapi bila juruvideo sebut 'action', dia terus nervous dan tersasul juga. Hakikatnya lafaz akad nikah di pejabat kadi sekali lafaz je dah sah, tapi dekat dewan sampai enam kali.

"Niat nak buat untuk kenangan... hujung-hujung memang jadi sangat memorable. Pasti peristiwa ini akan tetap diceritakan sampai bila-bila dalam keluarga kami," ujar Leeya yang merupakan anak keempat daripada lima adik beradik.

Hakikatnya lafaz akad nikah di pejabat kadi sekali lafaz je dah sah, tapi dekat dewan sampai enam kali.

LEEYA JA'AFAR

Bercerita mengenai perwatakan bapanya pula, Leeya yang juga penuntut di Kolej Matrikulasi Johor berkata, bapanya, Ja'afar Abdul Wahab, 57, merupakan seorang yang lucu dan sporting.

"Papa ni kalau ikutkan muka dia, memang orang ingat garang sebab misainya. Tapi papa sebenarnya suka buat lawak, tenang, pemurah dan sporting. Tapi bab tersasul tu memang 'real' sebab dia nervous.

"Sebenarnya ini video kedua papa yang viral. Sebelum ini videonya dengan kucing kami raih 2.6 juta views. Bila tahu viral lagi, dia macam 'aduhhhh viral lagi!'

tersasul 2

Leeya mendedahkan bapanya seorang yang lucu meskipun dari luaran kelihatan garang.

"Memang tak sangka pun nak viral lagi sebab saja kongsi insiden lucu. Cuma saya nak jelaskan sikit, sebab ada juga yang pertikai prosedur operasi standard (SOP) di dewan tu sebab kami tak pakai mask.

"Sebenarnya kami buka mask sebab nak ambil gambar dan video saja ketika di dewan tu. Dan bilangan individu dalam dewan itu hanya famili dua belah pihak serta team juruvideo sebab ada limit. Kami bukan langgar SOP.

"Lagipun memang tak lama majlisnya. Hanya bergambar, rekod video sebab kami nak habiskan cepat," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain