suria

Sekeluarga panik! Wajah kakak membengkak, sesak nafas sebaik tiba di puncak Gunung Ledang - “Dia tak boleh nafas, minta nak turun cepat”

Wajah Nur Amirah membengkak kerana alergi gara-gara menjamah mi yang dimasak bersama udang.

SIAPA sangka, aktiviti mendaki gunung sempena cuti Deepavali bersama keluarga minggu lalu menjadi pengalaman yang paling tidak akan dilupakan oleh wanita ini.

Tidak semena-mena, wajahnya membengkak tidak lama selepas dia dan ahli keluarga lain selesai mendaki dan melepaskan lelah dengan bermandi-manda di air terjun yang terletak di puncak.

"Dah penat daki sampai atas, dah syok-syok... tiba-tiba muka dia bengkak, susah nak bernafas, badan gatal-gatal. Terpaksa turun cepat-cepat pergi hospital," demikian tulis kapsyen pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil bahagia, suami pula derita alahan teruk sampaikan buat ujian Covid-19... tapi sebenarnya ada kisah sedih dilalui pasangan ini

ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh merah-merah selepas 10 minit minum susu formula, mak panik anak usia 6 bulan tiba-tiba tak sedarkan diri... itulah kali pertama dan terakhir

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 2 juta jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan pelbagai reaksi dan pendapat bersabit situasi yang dihadapi wanita berkenaan.

Sebahagian daripadanya mengaitkan apa yang menimpa wanita tersebut mempunyai kaitan dengan gangguan.

Menurut Nur Afrina Syafiqah Mohd Zuki, wanita berwajah bengkak di dalam video tersebut adalah kakaknya, Nur Amirah Aida.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Afrina menjelaskan situasi yang menimpa kakaknya itu adalah disebabkan alahan terhadap makanan laut.

muka bengkak 1

Nur Afrina dan keluarganya beriadah di Kolam Puteri dekat Gunung Ledang, minggu lalu.

"Masa tu kami satu keluarga besar beriadah di Gunung Ledang. Sebelum hiking, kami makan dulu dekat bawah. Ala-ala piknik. Kakak saya makan mi goreng yang ada udang, tapi dia makan mi saja sebab dia memang tahu dia alergik makanan laut.

"Sebelum-sebelum ini alahan dia ringan saja walaupun makanan tu bercampur dengan makanan laut. Sebab tu dia makan mi goreng tu.

"Kemudian kami hiking, siap ke Kolam Puteri yang terletak dekat atas. Ambil masa 30 minit juga nak mendaki. Masa dekat atas, saya perasan dia asyik bersin, hidung merah dan mata pun berair.

"Tiba-tiba dia mengadu sesak nafas. Kami ingatkan semput sebab dia memang pernah kena asma... mungkin sebab penat hiking. Tapi keadaan jadi panik bila dia kata tak boleh nafas dan minta nak turun cepat," ceritanya mengimbas kembali peristiwa berkenaan.

muka bengkak 2

Nur Amirah Aida dikejarkan ke sebuah hospital di Tangkak dan disahkan mengalami alergi.

Wanita berusia 21 tahun ini berkata, mereka bergegas turun dengan pantas kerana keadaan kakaknya makin memburuk apabila wajah dan matanya mulai bengkak sehingga menganggu penglihatan.

"Rasanya kami sempat ada dekat atas lebih kurang 10 minit saja. Kami memang syak sebab alahan tapi risau sebab dia tak pernah jadi sesak nafas. Hospital pun bukannya dekat.

"Sampai dekat bawah, terus mak bergegas bawa kakak pergi hospital dekat Tangkak. Dia masuk zon merah dan diberi suntikan. Doktor kata sebab 'allergic reaction'... mujur tak kena tahan wad," ujarnya sambil menambah, mereka sekeluarga menetap di Muar.

Ada yang teka kena sengat tebuan, kena kencing jin lah dan macam-macam lagi. Siap ada yang cakap takut nak pergi Gunung Ledang.

NUR AFRINA SYAFIQAH MOHD ZUKI

Nur Afrina berkata keadaan kakaknya semakin pulih dan bengkak di wajahnya makin surut pada keesokan hari.

"Kakak memang fobia dah kalau tengok udang selepas insiden tu. Ini pengalaman kedua dia masuk hospital. Sebelum ni dia pernah kena serangan asma masa dia sekolah rendah... agak teruk juga masa tu," ceritanya yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular sehingga meraih jumlah tontonan yang tinggi, Nur Afrina berkata dia sekadar mahu berkongsi kisah yang berlaku agar dapat dijadikan teladan kepada orang lain.

komen muka bengkak

Antara komen netizen yang turut mengaitkan insiden menimpa Nur Amirah dengan unsur mistik.

"Seeloknya sebelum hiking, control makan. Memang kena makan untuk tenaga, tapi jangan makan sembarangan.

"Tak sangka boleh viral sampai beribu komen. Saya nak tergelak baca sebab macam-macam orang teka. Ada yang teka kena sengat tebuan, kena kencing jin lah dan macam-macam lagi. Siap ada yang cakap takut nak pergi Gunung Ledang sebab takut benda sama berlaku.

"Ada yang marah sebab saya lambat bagi penjelasan. Kemudian barulah saya post satu video berasingan sebab dah ramai salah faham tentang apa yang berlaku. Tiada unsur mistik pun," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain