suria

Tubuh merah-merah selepas 10 minit minum susu formula, mak panik anak usia 6 bulan tiba-tiba tak sedarkan diri... itulah kali pertama dan terakhir

Intan pernah hampir kehilangan anak keduanya, gara-gara alah terhadap susu lembu.

SESETENGAH bayi atau anak kecil mempunyai alahan terhadap susu formula berasaskan susu lembu.

Ada sesetengahnya mengalami alahan ringan, namun ada sesetengahnya mengalami alahan yang teruk sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu ini.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, ibu berkenaan berkongsi kisah sedih di mana dia hampir sahaja kehilangan bayinya gara-gara alah susu formula berasaskan susu lembu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi nyaris maut minum sirap disuap ibu saudara... isi perut yang dimuntahkan benar-benar mengejutkan - “Kalau aku jadi mak pak baby ni aku report polis”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat nak dukung je” - Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan

Ternyata perkongsiannya begitu meruntun hati netizen di mana sehingga kini video tersebut meraih sebanyak 346,000 tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Intan Shafiqa itu berkata sungguhpun detik hitam berkenaan sudah berlaku empat tahun lalu, namun ia tidak akan dilupakan seumur hidupnya.

"Ketika itu anak kedua saya baharu berusia enam bulan. Anak saya memang ada ekzema dan saya tak tahu dia alah kepada susu lembu. Ketika kejadian, itulah pertama kali saya nak mencuba berikannya susu formula sebab kekurangan bekalan susu badan tambahan saya dah bekerja semula.



Keadaan bayi Intan ketika sedang pulih selepas alahan (kiri), dan sewaktu menginjak usia setahun (kanan).

"Masa itu dia baru bangun tidur. Saya beri dan dia hanya minum 1 ounce (oz) sahaja. Dalam 10 minit selepas itu, saya nampak ada merah-merah pada muka. Keadaannya masa tu macam mengantuk dan lali-lali. Saya panggil nama tapi tiada reaksi. Terus panik.

"Suami pula keluar jogging dan tak bawa telefon bimbit. Dalam keadaan panik, saya terus memandu ke hospital yang terletak 10 minit dari rumah. Dalam perjalanan tu, mukanya dah bengkak. Sampai saja hospital terus masuk zon merah," katanya mengimbas semula insiden yang berlaku pada 2017.

Dalam tempoh menunggu bayinya dirawat, wanita yang senang disapa Intan ini berkata perasaan cemasnya tidak dapat digambarkan kerana bimbang sesuatu yang buruk menimpa bayi kecilnya.



Kini anak kedua Intan sudah menjangkau usia lima tahun.

"Masa tu doktor tanya macam-macam, apa yang baby makan atau minum sebab mereka nak tahu punca. Memang panik. Alhamdulillah, tiga jam kemudian, bayi saya sedarkan diri.

"Kira-kira dua jam kemudian, bengkak-bengkak di muka dan badannya sudah beransur reda. Memandangkan ia berlaku kali pertama selepas saya cuba beri susu formula, kemungkinan besar ia adalah puncanya. Doktor juga suspect benda sama.

"Sewaktu baby di wad, doktor cadangkan untuk saya cuba beri susu formula sebab senang nak pantau. Tapi saya dah serik kerana tak berani ambil risiko," ujar ibu kepada tiga cahaya ini.

Dalam perjalanan tu, mukanya dah bengkak. Sampai saja hospital terus masuk zon merah.

INTAN SHAFIQA

IBU

Bercerita lebih lanjut, Intan berkata selepas kejadian tersebut, bayinya disusukan oleh kakak ipar yang turut mempunyai anak kecil ketika itu, buat sementara waktu.

"Bila anak dah besar sikit, saya beransur-ansur cuba perkenalkan susu formula yang berasaskan susu kambing. Alhamdulillah, sekarang dah berusia lima tahun.

"Saya tak sangka video itu dapat perhatian sebab sekadar nak kongsi pengalaman sendiri agar ibu bapa lain turut berhati-hati. Sebab mungkin ada yang kurang aware mengenai hal pemberian susu kepada bayi, begitu juga dengan soal makanan solid pertama untuk bayi.



Insiden yang berlaku pada 2017 membuatkan Intan lebih berhati-hati terhadap pemakanan anak-anaknya.

"Kedua-dua perkara ini memang saling berkait rapat. Zaman sekarang bukan macam dulu... kita sendiri terdedah dengan makanan segera dan kurang sihat. Sejak kejadian itu, saya memang menjaga pemakanannya.

"Terharu dengan komen-komen netizen yang mendoakan kesihatan anak saya. Terima kasih saya ucapkan. Apa yang dikongsi ini tujuannya sekadar untuk memberi mesej agar ibu bapa lebih berhati-hati mengenai pemakanan bayi. Kalau nak cuba apa-apa, biarlah kita bersama anak supaya senang pantau," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain