suria

Wow! Berbaju kurung buat ‘backflip’, ramai tanya kain tak terselak ke? Pernah pusing 9 kali non stop, wanita ini siap kongsi tip main trampolin

Aksi Mira yang berbaju kurung melakukan 'backflip'.

PENGALAMAN bermain lompatan trampolin pastinya mengujakan.

Namun apa yang pasti, kelincahan seorang wanita beraksi dalam permainan itu menarik perhatian ramai menerusi perkongsian video di media sosial.

Lebih mengagumkan apabila dia kelihatan selesa berbaju kurung biru ketika melompat dan melonjakkan badan ke udara sebelum membuat pusingan secara backflip.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi habis bakal ustazah ni, selamba pandu 4x4 rentas sungai... berbaju kurung pun redah je! - "Ayah perhati dari luar"

ARTIKEL BERKAITAN: Cun habis! Gadis lasak kejutkan warga TikTok dengan baju kurung pink, minta doa yang baik-baik - "Tak pernah lagi beraya pakai baju Melayu"

Wanita berkenaan, Wan Nur Amirah Wan Mohd Azmi berkata, dia mula bermain trampolin sejak mengikuti pengajian diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang sains sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga melakukan latihan praktikal pada 2019.

Dia yang berusia 25 tahun bagaimanapun tampil menjelaskan pemakaiannya itu bukan disebabkan menghadiri sebarang majlis yang memerlukannya untuk berbaju kurung.

"Saya bukan balik dari kenduri kahwin atau mana-mana majlis pun. Video itu dirakam pada Jun lalu dan saya muat naik di TikTok minggu ini sebagai throwback.

"Masa tu saya baru balik selepas keluar berjalan-jalan dengan keluarga, dan kami singgah untuk bermain trampolin," katanya kepada mStar, sambil merujuk kepada taman trampolin, JumpStreet Asia di Petaling Jaya, Selangor.

baju kurung backflip 4

Mira menerima banyak pertanyaan mengenai aktiviti di trampolin.

Lebih mesra disapa Mira, dia mengakui ramai mengajukan pelbagai persoalan berikutan aksinya berbaju kurung ketika melakukan backflip.

"Sebenarnya tak susah pun nak buat backflip masa pakai baju kurung. Sebab backflip tidak perlu buka kaki, tak beri kesan pada kain.

Tak susah pun nak buat backflip masa pakai baju kurung. Sebab backflip tidak perlu buka kaki, tak beri kesan pada kain

WAN NUR AMIRAH WAN MOHD AZMI

"Jangan risau, kain tak terselak. Bukan setakat baju kurung, malah jubah dan baju kelawar pun saya pernah pakai untuk buat backflip.

"Kain batik dan kain pelikat suami pun pernah pakai buat backflip. Pergerakannya terlalu pantas, kain tak sempat terselak," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

baju kurung backflip 2

Berkain batik ketika melakukan aksi 'backflip'.

Menurut petugas di taman aktiviti SuperPark ini berkata, antara lain yang turut ditanyakan netizen adalah mengenai tudung yang dipakainya masih dalam keadaan baik selepas membuat aksi backflip.

"Bagi mereka yang bertudung, boleh je nak buat backflip di trampolin. Tapi kena pin tudung di bahagian dada dan belakang.

"Tak kira lelaki atau perempuan, apa yang penting adalah penglihatan kita bila buat backflip. Kalau muka tertutup nanti bahaya, sebab tak nampak kita nak landing yang boleh mengakibatkan kecederaan kalau tersilap," tambahnya.

Dalam pada itu, Mira turut berkongsi pengalamannya melakukan aksi backflip beberapa kali tanpa henti di trampolin, termasuk ketika berbaju kurung.

"Kalau pakai baju kurung pernah buat backflip lima kali tanpa henti. Tapi paling banyak saya dapat buat adalah sembilan kali, masa tu pakai baju sukan," tambahnya.

baju kurung backflip 3

Mira (kanan) bersama suami.

Susulan berjubah dan berbaju kurung di trampolin, beberapa netizen turut mencadangkannya supaya beraksi dalam beberapa pakaian termasuk telekung.

"Ada yang request saya pakai telekung buat backflip tapi bagi saya, ia tak sesuai kerana telekung dipakai untuk solat. Kena jaga sensitiviti, dan nanti kena kecam.

"Bagaimanapun, pertanyaan dan cadangan mereka menarik lebih ramai untuk melakukan sukan trampolin yang tak begitu expose di Malaysia.

"Badan ringan atau berat, sesiapa pun boleh buat backflip di trampolin. Tip adalah kena berlatih dan biasakan diri dengan trampolin.

"Minda kena betul-betul fokus. Kalau rasa takut bahaya, jangan buat. Kena belajar balance diri. Jangan juga makan dulu dan terus lompat, nanti muntah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain