suria

“Biar tak ada duit, jangan tak ada makanan” - Ibu ada ‘prinsip’ rare, simpan stok barang kering di rumah macam kedai runcit

Che Rosnani suka menyimpan stok bahan kering di rumahnya.

STOK makanan dah macam kedai runcit!

Begitulah keadaan rumah seorang wanita, Che Rosnani, 64, yang dilengkapi pelbagai barangan kering dengan kuantiti yang sangat banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum pun 10 minit main slide pool, budak 4 tahun terjatuh sampai benjol di kepala... macam bola golf! Tapi apa jadi selepas balik klinik memang dah jangka!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak sangka ibu akan cium hadiah hari jadi ke-85, wajah ceria bertukar sebak - “Mak teringat orang yang paling dia sayang”

Berkongsi video tersebut, Lisa Hassan, 30, berkata ibunya yang menetap di Selising, Pasir Puteh, Kelantan akan sentiasa menambah stok barangan kering di rumah walaupun kuantiti yang tinggal masih banyak.

"Memang sejak muda mak suka simpan stok macam tu, dia selalu cakap biar duit tak ada tak pa jangan makanan tak ada.

"Dia akan beli tiap-tiap bulan walaupun barang masih ada, dan akan guna yang lama dulu, yang baru beli simpan untuk guna kemudian dan macam tu la seterusnya," katanya.



Che Rosnani (memegang beg tangan) bersama anak-anak dan cucunya.

Antara barangan yang disimpannya adalah susu, gula, bawang, milo, kicap, biskut, beras, sabun pencuci, pencuci pinggan, garam, ubat gigi, pewangi baju dan yang paling penting bagi orang Kelantan sudah semestinya budu!

"Mak memang suka budu, makan nasi mesti ada budu dengan ulam sebab mak tak makan macam orang-orang muda, ayam dengan daging pun dia tak makan.

"Jadi selalu mak akan beli dua dozen, 24 botol sekali gus," katanya yang menetap di Pandan Indah, Ampang.



Che Rosnani sangat suka makan nasi dengan budu.

Menurut Lisa, ibunya kini tinggal bersama dua orang cucunya.

"Sebelum ni mak duduk dengan adik bongsu tapi bila dia masuk rekrut polis ada cucu mak yang umur 14 tahun dengan 15 tahun tinggal dengan mak.

"Kadang-kadang kakak dan abang yang tinggal dekat dengan mak datang juga rumah sesekali masak sama-sama.

"Cucu-cucu mak suka makan, selain kakak dan abang yang tinggal berdekatan, adik beradik yang duduk Kuala Lumpur pun dua minggu sekali balik kampung," ujar anak ke lapan dari 10 adik beradik ni.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain