suria

Buang rasa malu, jejaka ini selamba main redah dekati orang tak dikenali ‘interview’ soal cinta - “Ada yang mesej dan offer diri”

Zuuk terharu apabila usaha kerasnya membuahkan hasil selepas video yang dikongsi di TikTok meraih ratusan ribu tontonan.

LAIN daripada yang lain.

Mungkin itulah yang dapat digambarkan mengenai video TikTok lelaki ini apabila dia mendekati orang awam yang tidak dikenali sebelum menjalankan temubual secara santai berkenaan topik cinta.

Menurut Muhammad Zuqry Uwais Anuar, 23, video sebegitu sudah biasa dihasilkan di luar negara, namun dia kali ini mahu membawanya dalam versi Malaysia pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya berpantang sendiri, badan sakit, hati sakit...” - Sara perempuan lain ketika bisnes sedang maju, isteri dah tak sanggup tengok muka suami

"Sebelum ini saya buat content pasal cinta, bagi nasihat dan sebagainya. Tapi video saya berseorangan saja.

"Memandangkan vaksinasi populasi dewasa dah mencapai 90 peratus, saya rasa kita dah boleh kembali bermasyarakat dan bersosial.

"Saya pun ada tengok video orang luar negara buat interview sebegitu. Jadi why not saya pula tanya pendapat orang? Selama ini saya bercakap sendiri," ujarnya yang mesra disapa Zuuk.

Menurut graduan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah itu, dia terpaksa membuang perasaan malu dalam menjayakan video itu.

zuuk3

Zuuk memiliki lebih 318,000 pengikut di TikTok.

Malah katanya, berhadapan dengan penolakan merupakan lumrah biasa, namun dia menjadikan pengalaman itu sebagai proses pembelajaran buat dirinya.

"Setakat ini saya sudah interview sembilan individu. Hanya dua orang yang saya betul-betul kenal, selebihnya orang tak dikenali yang saya jumpa di tempat awam.

Saya juga pilih topik cinta sebab nak sasarkan orang muda. Sebab terlalu ramai orang borak soal cinta.

ZUUK

"Mula-mula saya pun malu. Tapi saya buat saja. Ketika mendekati mereka, saya tunjuk video TikTok saya dan terangkan dulu baik-baik.

"Ada yang menolak tapi mereka menolak dengan baik sebab malu dan tak bersedia. Tapi sebenarnya yang terima lebih ramai daripada yang menolak.

"Dari situ saya sedar bahawa orang Malaysia ni friendly. Cuma kena pandai approach. Kalau terus sergah, tiada yang mahu," ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak.

Menurut Zuuk lagi, dia terharu apabila usaha kerasnya membuahkan hasil selepas video yang dikongsi di TikTok meraih ratusan ribu tontonan.

zuuk4

Dedah Zuuk, dia dibantu teman wanitanya dalam proses rakaman video interview orang awam.

Malah, penangan tular menyebabkan ada individu di luar sana menghubunginya dan secara rela hati menawarkan diri untuk ditembual dalam video akan datang.

"Betul-betul rasa berbaloi bila dapat jumlah tontonan tinggi. Rasa terbayar perasaan malu mula-mula tu. Selalunya girlfriend saya yang tolong rakam video setiap kali saya buat interview.

"Ada juga yang mesej saya dan offer diri untuk interview dalam video akan datang. Alhamdulillah, saya rasa benda ini akan ada sambutan. Sejak video pertama dah blow up.

"Dalam pada itu, ada juga saya terima komen negatif. Tapi ia menjurus kepada komen yang tak bersetuju dengan jawapan daripada orang yang saya temubual.

zuk2

Perkongsian Zuuk di TikTok meraih ratusan ribu tontonan.

"Saya juga pilih topik cinta sebab nak sasarkan orang muda. Sebab terlalu ramai orang borak soal cinta.

"Setakat ini saya buat video di sekitar Ipoh saja kerana ia dirakam ketika larangan rentas negeri masih berkuatkuasa sebelum ini. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh buat interview di tempat lain selepas ini," ujarnya berseloroh.

Antara soalan Zuuk yang mencuri tumpuan termasuklah isu lelaki berkulit gelap, curang, tawar hati dan macam-macam lagi.

Sehingga kini, Zuuk yang turut menjalankan perniagaan berkaitan fesyen memiliki lebih 318,000 pengikut di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or