suria

Amboi garangnya! Anak bengang semut asyik ‘check in’ telinganya, mujur ibu ada cara suruh ‘check out’ - “Leave me alone!”

Peristiwa lawak-ngeri yang menimpa Amanda Husna ini berjaya dirakam ibunya yang berkongsi video tersebut di media sosial.

SEMUT tersalah 'check-in' dalam telinga.

Peristiwa lawak-ngeri yang menimpa Amanda Husna Ahmad Aimi Adzimi ini berjaya dirakam ibunya yang kemudian berkongsi video tersebut di aplikasi TikTok.

"Masa tu dengar macam ada bunyi, bila dia jalan rasa sakit je, tak tahu nak buat macam mana," cerita kanak-kanak berusia tujuh tahun yang petah bercakap ini kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN : Berkopiah masuk dapur, video masak kerang mampu raih jutaan views... rupa-rupanya ramai suka sebab ustaz muda ni ada ‘selit’ ilmu lain

ARTIKEL BERKAITAN : “Terkeluar seorang anak pula” - Pengantin bancuh makanan bayi di majlis kahwin, tawar hati nak bersanding sebab 2 kali ‘kena scam’

Ibunya, Tengku Hasyyati Raja Ibrahim, 31, berkata, kejadian berlaku pada 30 September lalu ketika anaknya sedang tidur di ruang tamu.

"Masa tu lepas Asar, dia dengan adik-adik tidur dekat ruang tamu, dia tidur atas kerusi malas.

"Saya tinggalkan mereka dan masuk dapur untuk memasak, tiba-tiba dia mengadu sakit telinga.

"Anak saya memang bukan jenis menangis meraung, dia menangis teresak-esak macam tu je, jadi saya tak perasan lagi, saya teruskan memasak," ceritanya.



Amanda (kiri) bersama adik dan ibunya, Tengku Hasyyati.

Menurut Tengku Hasyyati anaknya itu bagaimanapun mula menjerit-jerit akibat sudah tidak tahan menanggung kesakitan.

"Tiba-tiba dia jerit mi sakit mi.. sakit sangat ni".

"Masa tu saya off semua api barulah saya tengok dia.

"Mula-mula saya tengok dengan lampu suluh tak ada apa, saya memang tak berani usik telinga dia sebab doktor dah pesan jangan korek telinga anak saya ni sebab tahi telinga dia keras jadi kena bagi doktor yang keluarkan," katanya, yang menetap di Kota Bahru, Kelantan.

Kebetulan masa rakam video tu nampak semut gerak-gerak..

TENGKU HASYYATI RAJA IBRAHIM

Ibu

Jelasnya, semut tersebut mula menunjukkan 'dirinya' apabila dia menggunakan lampu flash daripada kamera telefon bimbitnya.

"Saya tak ada niat nak rakam masa tu cuma tak puas hati guna torch light sebab susah nak tengok dalam telinga dia, jadi saya guna flash daripada video.

"Kebetulan masa rakam video tu nampak semut gerak-gerak jadi saya ambil minyak angin sapu dekat keliling telinga dia, dalam lima minit juga tunggu baru semut tu keluar sendiri.

"Bila keluar tu Amanda penyet semut tu sendiri sambil cakap leave me alone," selorohnya.

FotoJet (28)

Semut (dalam bulatan merah) dapat dilihat apabila disuluh cahaya flash daripada kamera.

Tengku Hasyyati yang juga seorang suri rumah bagaimanapun bersyukur ia semut yang tidak berbahaya.

Katanya, ini sebenarnya bukanlah kali pertama telinga anaknya itu menjadi pilihan serangga terbabit.

"Sebenarnya benda ni dah pernah jadi sebelum ni jadi saya tak adalah terkejut sangat, dah boleh syak yang ada semut dalam tu.

"Tak silap tahun lepas, masa dia bersama neneknya pernah semut masuk telinga.

"Dia pun sama, masa kena tu cakap lipas kot mi duduk dalam telinga Kak Yong ni," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain