suria

Reviu van jenazah raih hampir setengah juta views, ramai puji ayat ‘power’ jurujual wanita Cina ini! - “Mungkin kali ini Tuhan nak belanja saya”

Video reviu van Jenazah oleh Lisa meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok.

VIDEO memaparkan seorang jurujual kereta yang membuat reviu van jenazah meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

Dalam video itu, Ng Li Yee atau Lisa memperkenalkan model Toyota Hiace yang sudah diubah suai sehingga meraih hampir setengah juta tontonan.

Bercakap kepada mStar, wanita berbangsa Cina yang menetap di Ipoh, Perak itu mendedahkan dia sudah enam tahun bekerja sebagai jurujual jenama Toyota.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar ‘tayang’ rupa, bekas pramugara pernah dihina jual pisang salai tak sangka strategi cari rezeki di TikTok berbaloi... ada kata dulu terbang tak ingat dunia!

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti belajar sebab tak mampu beli kasut sekolah, jejaka ini sebak imbas kisah seekor ikan dijamah 8 sekeluarga... siapa sangka kini simpanan cecah 6 angka!

Menurut Lisa, dia tidak menyangka video yang dihasilkannya itu akan menarik perhatian ramai sehingga meraih pengikut tersendiri di platform berkenaan.

"Sebelum ini saya ingat TikTok tempat orang berjoget saja. Lepas tu saya ada masuk satu kelas, cikgu maklumkan ia platform yang bagus. Ia percuma, cuma kena rajin cari idea.

"Saya pula memang kedekut kalau nak bayar kos pengiklanan di Facebook. Saya tertanya-tanya, boleh ke guna TikTok? Kemudian bila saya cuba tahun ini, ramai yang bagi komen positif.

"Terus saya rasa bersemangat. Saya mula borak-borak dengan orang dalam TikTok, juga banyak buat video kongsi ilmu mengenai kereta," ujarnya.

lisa3

Lisa banyak berkongsi ilmu mengenai kenderaan menerusi TikTok miliknya.

Bercerita mengenai reviu van jenazah yang meraih reaksi luar biasa netizen, Lisa berkata ia bukanlah video pertama yang dihasilkannya.

Malah kata Lisa, video reviu van jenazah pernah dihasilkan dan dikongsi di Facebook sebelum ini, namun ia tidak mendapat sambutan.

Saya juga pernah buat video reviu van jenazah di Facebook. Tapi tak viral.

LISA

"Sebelum ini ada pelanggan yang beli dengan saya, dia kata susah nak cari van jenazah dalam pasaran. Jadi saya buat video untuk tunjuk kepada orang bahawa kami ada jual yang dah siap convert.

"Saya juga pernah buat video reviu van jenazah di Facebook. Tapi tak viral. Mungkin kali ini Tuhan nak 'belanja' saya.

"Saya buat video tak terfikir pun nak viral. Saya sekadar buat saja. Tiba-tiba tengok notification banyak masuk," ujarnya lagi.

Paling mencuri tumpuan dalam video itu tentunya ketika Lisa menyebut bahawa kita semua akan menaiki van jenazah suatu hari nanti.

lisa4

Lisa terharu dengan sokongan yang diterimanya menerusi TikTok.

Jelas Lisa, dia bersyukur video yang dikongsi memberi impak positif sehingga membawa banyak pelanggan baharu kepadanya.

Kata Lisa lagi, dia hanya ada satu matlamat iaitu untuk merealisasikan impian individu untuk memiliki kenderaan masing-masing.

"Saya seronok bekerja dapat bantu orang miliki kereta. Matlamat saya nak bantu anda realisasikan impian dengan cepat, jujur dan ikhlas. Saya sangat hargai semua yang beri sokongan kepada saya.

"Saya sudah enam tahun dengan Toyota, tapi sebelum itu dah berbelas tahun saya jual kereta terpakai," ujar Lisa lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain