suria

Takut dan menjengkelkan! ‘Nombor telefon tipu’ selamatkan 2 gadis diganggu lelaki tak dikenali di taman awam

Elynn dan rakannya membuat reviu makanan di taman rekreasi dan diganggu dua lelaki tak dikenali.

TIADA ungkapan dapat digambarkan oleh dua gadis ini apabila mendakwa diganggu oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah taman awam.

Rakaman spontan yang dikongsi di media sosial memaparkan dua lelaki mendekati mereka yang ketika itu sedang membuat reviu makanan di taman rekreasi tersebut.

Video itu setakat ini meraih sebanyak 2.3 juta tontonan di TikTok dengan ribuan komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Posmen takut ular ‘bermasalah’ kena bertugas redah semak samun - “Tak sangka masih ada surat dihantar kepada penghuninya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aduh, mahal ni...” - Bapa kesat air mata dapat handphone baharu, diri sendiri susah tak apa... tapi bukan anak-anak dan isteri

Bercerita kepada mStar, Nur Khaizatul Izlynn Ruslan, 20, berkata, kejadian berlaku sewaktu dia dan rakannya, Nur Shafiah Shahirah Mohd Shahar, 19, mahu membuat revieu makanan di Taman Rekreasi Ayer Panas, Sungai Bonus, Setapak.

Tanpa disangka-sangka mereka didatangi dua lelaki tidak dikenali dan kelihatan menakutkan, dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu.

"Kawan saya nak buat reviu makanan, tempat tu cantik. Selepas habis buat reviu, ada seorang lelaki naik motosikal dengan seorang budak kecil datang ke tempat kami.

"Dia datang dekat dan minta nombor telefon, tapi kami tak bagi pun. Lepas tak dapat dia pun beredar dari situ... saya pun bukalah kamera telefon untuk rakam diri sendiri.

IMG_8034

Mereka berdua membuat reviu di taman kerana persekitaran yang cantik.

"Tiba-tiba lelaki tadi tu datang semula dan kali ni dia bawa sekali seorang kawan. Dia park motosikal dan berdiri di sebelah kami, kemudian minta lagi nombor telefon kami tanpa henti.

"Saya minta dia supaya jangan kacau kami, tapi dia pergi duduk pula dekat sebelah kawan saya," katanya yang menetap di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Mesra disapa Elynn, dia berkata, lelaki tersebut nampak lebih mencurigakan apabila terus memaksa rakannya untuk memberi nombor telefon dengan meletakkan telefon bimbitnya di hadapan gadis tersebut.

"Dia tetap tak putus asa walaupun kami tak layan... ada satu masa tu dia siap letak telefon depan kawan saya untuk taip sendiri. Sebab dah tak tahu nak buat apa, kawan saya bagi nombor telefon boyfriend dia dengan harapan lelaki itu cepat-cepat beredar," katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua gadis ini cemas apabila situasi selepas itu berlaku tidak seperti diharapkan yang mana dua lelaki tersebut tetap tidak berganjak walau sudah diberi apa yang diminta.

"Mereka tak balik pun, malah menelefon nombor yang kawan saya bagi sebab nak pastikan nombor tu betul ke tidak. Nasib baiklah masa dia call, boyfriend kawan saya tak angkat.

"Waktu tu dah cuak jugalah, tapi kawan saya cover cakap yang telefon dia dah habis bateri sebab tak nak kantoi. Selepas itu barulah mereka beredar dan kami rasa selamat nak kemas untuk pulang ke rumah," katanya.

Bagaimanapun, rasa selamat itu hanyalah sementara kerana ketika berjalan keluar, mereka sekali lagi ternampak dua lelaki terbabit sedang duduk di kawasan pintu pagar keluar dari taman itu.

Bimbang berlaku perkara tak diingini, mereka berdua terpaksa mencari laluan lain dan akhirnya lalu di kawasan berumput untuk keluar.

Saya harap wanita di lur sana lebih berhati-hati bila berada di luar dan sentiasa menjaga diri.

NUR KHAIZATUL IZLYNN RUSLAN

"Bila kami dah sampai dekat tempat parking motor saya nampak mereka macam nak masuk dalam taman itu semula. Ketika kami dah nak gerak balik saya ingatkan dah habislah semua ini, rupa-rupanya mereka keluar pula dari pagar taman.

"Nampak gaya macam nak kejar kami tapi mungkin terhalang sebab dia tak pakai helmet," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya diganggu individu tidak dikenali ketika berada di tempat awam.

Sebaik pulang, keluarganya menasihatkan agar Elynn membuat laporan polis untuk keselamatan dirinya sendiri dan juga mereka sekeluarga.

"Saya rasa lega sangat bila dapat melarikan diri daripada dua lelaki tu, sebab risau kalau dia buat apa-apa pada kami.

"Kali pertama saya kena kacau macam ni. Rasa takut jugalah walaupun waktu itu ada ramai orang di sekeliling, mereka mungkin tak rasa curiga tengok lelaki tu.

fsfsf

Elynn (kiri) telah membuat laporan polis untuk melindungi diri dan keluarganya.

"Saya dah pun buat cover report untuk keselamatan saya sendiri dan juga famili.

"Saya harap wanita di luar sana lebih berhati-hati bila berada di luar dan sentiasa menjaga diri. Kita tak tahu niat dan hati seseorang itu macam mana, lebih baik berjaga-jaga," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain