suria

“Aduh, mahal ni...” - Bapa kesat air mata dapat handphone baharu, diri sendiri susah tak apa... tapi bukan anak-anak dan isteri

Ab Aziz tidak dapat menahan air matanya ketika menerima kejutan daripada anak-anak.

RAKAMAN seorang bapa menangis ketika membuka kotak hadiah yang diterimanya meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

Video yang dimuat naik di platfom tersebut memperlihatkan si bapa tidak dapat menahan air mata kerana menerima hadiah hari jadi daripada anak-anaknya.

"Aduh... mahal ni," kata lelaki berkenaan sambil mengesat air matanya selepas melihat hadiah yang diberikan.

Perkongsian tersebut setakat ini meraih hampir 660,000 tontonan di aplikasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Risaukan tiang, akhirnya kereta masuk longkang... wanita ini serik memandu ‘over confident’ - “Adik keluar kedai pelik kenapa senget sebelah”

ARTIKEL BERKAITAN: Famous dah Cikyah! Bukan biasa-biasa, acik tudung kuning ni perlu dapat pelepasan ‘lembaga penapis’ sebelum membebel kepada masyarakat

Bercerita kepada mStar, Nurul Atika Azleeya Ab Aziz, 27, berkata, dia dan adik beradiknya telah merancang untuk membuat kejutan pada hari lahir bapa mereka, Ab Aziz Hassan yang berusia 57 tahun.

Jelasnya, mengikut perancangan yang dibuat, setiap seorang daripada mereka memberi hadiah istimewa buat bapa tercinta.

"Kami adik-beradik memang dah rancang nak buat kejutan birthday ayah. Macam saya, memang dah niat nak hadiahkan dia telefon baru, sebab telefon ayah dah rosak.

IMG_7986

Ab Aziz menerima beberapa hadiah hari jadi daripada ahli keluarganya.

"Adik kedua saya belikan cover set motor Ysuku untuk ayah, sebab dari dulu lagi dia nak cover set baru.

"Adik saya yang ketiga pula belikan bouquet coklat dan ibu sponsor kek hari jadi," katanya yang menetap bersama keluarganya di Kuaters Klinik Kesihatan Sungai Mati, Muar, Johor.

Lebih mesra disapa Aleeya, katanya, mereka menyambut hari jadi bapa sehari lebih awal iaitu pada 5 September lalu kerana pada hari itu masing-masing dapat berkumpul bersama di rumah.

Bagaimanapun, adik bongsunya tidak dapat turut serta kerana berada di Pasir Gudang, Johor.

"Hari jadi ayah sebenarnya pada 6 September, tapi kami sambut sehari awal sebab semua cuti kerja. Jadi dapatlah kami semua berkumpul kecuali adik bongsu yang jadi sukarelawan vaksin Covid-19.

"Masa kami buat surprise tu memang ayah terkejut sebab adik saya cakap nak pinjam motor dia untuk ke JPJ tayar pancit. Pahadal adik nak tukar cover set dan sorokkan dahulu daripada ayah.

IMG_7984

Aleeya (tengah) merancang kejutan tersebut dengan adik-beradiknya yang lain.

"Ayah berkali-kali ucap terima kasih kepada kami. Perasaan dia ketika itu bercampur baur, terkejut, gembira, sedih semua ada dan kami pun menangis termasuk sekali adik bongsu yang tengah video call.

"Ayah menangis sebab katanya kami semua berhabis banyak untuk dia. Dia tahu anak-anak dia tengah struggle tetapi tak sangka kami diberikan rezeki boleh berikan hadiah yang bernilai seperti itu," ujarnya.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, bapanya itu merupakan seorang yang tegas dan garang orangnya.

Bagaimanapun dia tidak pernah melupakan setiap pengorbanan bapanya yang bekerja keras mencari rezeki untuk menyara mereka sekeluarga.

"Ayah ni sebenarnya seorang yang sangat tegas dan garang, semua orang tahu. Tapi dalam masa sama dia seorang yang penyayang, langsung tak boleh tengok anak-anak atau isterinya susah.

"Saya masih ingat lagi waktu kecil dulu ayah hantar ke tadika naik basikal, sebab dulu kehidupan kami sangat susah. Dia memang seorang ayah yang sangat bertanggungjawab, nampaklah dia struggle cari duit untuk kami.

Sebagai seorang anak, kita kena selalu ada dengan mereka tak kiralah waktu susah atau senang.

NUR AZLEEYA AB AZIZ

"Macam-macam ayah buat untuk kami sekeluarga, dia berniaga di kantin sekolah dengan ibu pada selama empat tahun. Selain tu dia ada ambil upah potong rumput di rumah orang.

"Jadi bila kami dah dewasa ni, inilah peluang kami untuk membalas segala jasa ayah yang telah banyak berkorban untuk keluarga," katanya yang bekerja sebagai staf servis di Tangkak.

Aleeya yang berasal dari Muar, Johor ini berpesan kepada orang ramai untuk menghargai kedua ibu bapa masing-masing sementara mereka masih ada.

Tambahnya lagi, mereka perlu sentiasa berada di sisi keluarga tidak kira apa jua situasinya.

"Pesanan saya kepada orang ramai adalah hargailah kedua ibu bapa kita sementara mereka masih lagi ada.

IMG_7987

Aleeya masih ingat lagi kenangan dihantar ke tadika dengan menaiki basikal bersama ayahnya.

"Sebagai seorang anak, kita kena selalu ada dengan mereka tak kiralah waktu susah atau senang.

"Sebab kita akan laluinya bersama-sama sebagai satu keluarga. Dalam masa yang sama kita juga dapat mencipta segala kenangan bersama insan yang tersayang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain