suria

Panik but terkopak di PPV! Dah balik rumah, check IG, baru gadis ini dapat tahu selipar besar yang dipinjam milik petugas kacak - “Saya digelar Cinderella Malaysia”

Foto kanan Atento dengan gaya 'all black' untuk menerima dos kedua vaksin, foto kiri tapak but yang terkopak di PPV.

KETERUJAAN seorang wanita menerima vaksin Covid-19 bertukar cemas apabila tapak kasut but yang dipakainya tiba-tiba terkopak, di pusat pemberian vaksin (PPV).

Tiada pilihan lain, dia terpaksa meminjam selipar daripada petugas bagi membolehkan dirinya meneruskan proses penerimaan vaksin.

Insiden yang tidak disangka-sangka itu dikongsi penerima vaksin tersebut menerusi video di aplikasi TikTok, sehingga meraih lebih setengah juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nak baling phone selepas dapat dos kedua, sampai rumah kena gelak dengan mak pula... lelaki ini beri tip penting ketika rakam detik divaksin

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penerima vaksin bergambar tepi semak, tergaru-garu digigit nyamuk... lelaki ini perjelas isu 'bawa lari' plakad - "Kalau ada dos ketiga, saya panjat bumbung parkir"

Wanita berkenaan, Nurul Fatin Syazana Mohd Don berkata, insiden berlaku ketika dia menerima dos kedua vaksin di PPV Dewan Jubli Intan di Muar, Johor, baru-baru ini.

Dia yang berusia 23 tahun memberitahu, persiapan dari segi pemakaian telah dilakukan sehari sebelum janji temu sebagai persediaan awal.

"Memandangkan ini dos kedua, jadi saya pun nak bergaya lebih. Konsep saya all black, dari jaket, seluar jeans sehingga but pun hitam.

"Lagipun but tu dah lama terperap dalam rak kasut, kali terakhir pakai awal tahun lepas," katanya kepada mStar.

but terkopak vaksin 2

Atento menerima dos kedua vaksin.

Lebih dikenali sebagai Atento, dia berkata, but hitam yang dipakainya masih dalam keadaan baik sebelum tiba di PPV.

"Tak ada 'simptom-simptom' tapak kasut but akan tercabut. Tapi bila dah masuk dewan, petugas panggil untuk scan (aplikasi MySejahtera), kasut saya dah mula berbunyi masa berjalan.

"Bunyi 'keletup keletap', saya rasa tak sedap hati. Bila seorang petugas panggil ke depan, saya berjalan dan tapak but kanan terkopak. cuma tinggal kulit," ujarnya yang berasal dari Muar.

Keadaan yang berlaku secara tiba-tiba membuatkan anak bongsu daripada empat beradik itu terpaksa duduk di kerusi penerima vaksin menunggu giliran.

but terkopak vaksin 3

Pemilik kepada selipar yang dipinjam Atento.

"Masa tu risau sampai terfikir nanti ada pula petugas nak suruh guna kerusi roda, sedangkan kaki saya okay boleh berjalan. Tapi saya tak terfikir pula nak berkaki ayam.

"Saya kemudian panggil seorang petugas dan mengadu masalah kasut saya. Saya minta pinjamkan selipar untuk saya berjalan ambil vaksin," tambahnya.

Dah elok saya pakai vogue tapi but terkopak pula. Ikutkan nak je tampal balik tapak but tu, tapi mana pula nak cari gam kuat untuk kasut di PPV

ATENTO

Menurut Atento, petugas tersebut kemudian datang semula dan meminjamkannya sepasang selipar, dipercayai milik seorang petugas lelaki berbaju Melayu warna turquoise.

"Bayangkanlah, dah elok saya pakai vogue tapi but terkopak pula. Ikutkan nak je tampal balik tapak but tu, tapi mana pula nak cari gam kuat untuk kasut di PPV.

"Saiz selipar tu besar, kelakar bila pakai. Memang memalukan sebab but terkopak, rasa nak menangis tapi syukur dapat pinjam selipar daripada petugas tu," katanya yang memulangkan semula selipar berkenaan selesai selesai menerima vaksin.

but terkopak vaksin 4

Atento digelar 'Cinderella Malaysia'.

Atento yang melakukan reviu di media sosial secara sambilan berkata, perkongsian pengalamannya itu di aplikasi story di laman Instagram akhirnya mempertemukannya dengan pemilik selipar tersebut.

"Saya cakap terima kasih dalam story, entah macam mana dia tahu kemudian DM (mesej secara langsung) kata 'sama-sama'. Bila saya buat semakan berdasarkan story dia, confirm dia adalah petugas berbaju Melayu turquoise tu, katanya umur 27 tahun dan single.

"Walaupun kejadian memalukan, komen-komen netizen di TikTok menghiburkan saya, mereka gelarkan petugas tu sebagai 'Abang Selipar' dan saya 'Cinderella Malaysia'.

"Bila saya kongsi gambar Abang Selipar tu dengan izin di TikTok, netizen pun komen-komen macam-macam kata dia handsome. Apa pun, saya berterima kasih kepada Abang Selipar kerana jadi penyelamat saya di PPV," katanya yang baru mengenali pemuda berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain