suria

Wow, Kelantan pun ada Oppa! Abang burger pernah diejek hitam, kini pilih nak ‘jual mahal’ selepas video ‘glow up’ jadi perhatian

Dhuan enggan memikirkan soal jodoh dan mahu fokus terhadap bisnes burger yang diusahakan ketika ini.

RUPA paras bukanlah ukuran utama dalam sesuatu perhubungan, sebaliknya hati budi yang menjadi pertaruhan.

Namun, lain pula kisah jejaka Kelantan ini yang pernah menjadi mangsa ejekan gara-gara rupa parasnya suatu masa lalu.

Imbas Tuan Ridhuan Tuan Yacob, 24, dia diberi pelbagai gelaran seperti 'hitam' dan 'kurus' sehingga tekad untuk membuat transformasi diri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin dulu orang tak pandang saya” - Gadis kongsi foto glow up rupa-rupanya pernah lalui episod hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cengkung kini elok, Instafamous kongsi foto glow up dituduh bedah wajah - “Agak terasa orang kata saya ‘hauk’, tapi...”

Malah, video 'glow up' yang dikongsi olehnya turut tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 30,000 tontonan.

"Saya jarang main TikTok sebenarnya, lepas tu saya tengok macam seronok, jadi saya cuba buat video ikut trend semasa.

"Saya juga hasilkan video sebab nak tunjuk kepada rakan masa zaman sekolah dulu termasuklah bekas teman wanita yang pernah ejek saya hitam dan kurus.

"Ada juga yang tanya sekiranya saya ambil bahan terlarang pada waktu itu," ujarnya kepada mStar.

dhuan5

Gerai burger yang diusahakan jejaka itu.

Mesra disapa Dhuan, dia mengakui pernah terasa hati dengan gelaran-gelaran itu, namun tak pernah berputus asa untuk mengubah dirinya.

Jelas Dhuan, dia kemudiannya mencuba satu produk yang dijual oleh adiknya dan tak menyangka ia bakal membawa perubahan positif buat dirinya.

dhuan2

Dhuan mengakui dia dulu pernah diejek.

"Lama juga saya nak buktikan kepada mereka. Saya tekad, kalau orang lain boleh berubah, kenapa tidak saya?

"Saya takut nak pakai macam-macam produk, tapi pada suatu hari saya cuba produk yang adik saya sendiri jual, tak sangka ia menunjukkan kesan perubahan," ujarnya lagi.

Menurut Dhuan, penangan video tular itu, ramai yang meninggalkan kata-kata pujian, tak kurang juga yang mahu berkenalan dengannya.

Dulu orang jual mahal, sekarang saya yang jual mahal.

DHUAN

"Alhamdulillah ramai yang puji. Mereka kata dulu lain, sekarang lain. Ada juga yang cakap saya macam oppa Korea. Saya terkejut video tu viral.

"Ada juga yang direct message (DM) nak kenal tapi saya jual mahal. Dulu orang jual mahal, sekarang saya yang jual mahal," ujarnya berseloroh.

Menurut anak kelima daripada lapan beradik itu, dia enggan memikirkan soal jodoh dan mahu fokus terhadap bisnes burger yang diusahakan di hadapan rumahnya sahaja.

dhuan3

Dhuan tak sangka video dirinya tular di TikTok.

"Saya nak fokus bisnes dulu dan nak bahagiakan emak. Saya bukan orang berada, jadi sudah tentu saya nak berbakti pada keluarga dahulu. Ayah saya pun dah tak ada.

"Saya sebenarnya mula berniaga burger depan rumah sejak awal tahun 2020. Ada juga yang datang membeli burger, mereka tegur dan cam kerana pernah lihat saya dalam TikTok," ujarnya lagi.

dhuan4

Antara burger yang dihasilkannya.

Mengenai dirinya, Dhuan juga pernah menyertai pencarian Mr Hero Kelantan untuk batch kedua tahun 2019, namun dia menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Kini, Dhuan sekadar berniaga burger berhampiran Pantai Senok atau Pulau Nami di daerah Bachok, sambil dibantu sepupunya.

Kata Dhuan lagi, dia juga ada impian untuk mengembangkan perniagaan itu dan berharap dapat menjadi insan berjaya suatu hari nanti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain