suria

Budak ini ceria dapat hadiah van jenazah, pembuat kek terkejut... ibu bersebab layan permintaan anak - “Walau pelik, tapi tidaklah bukan-bukan”

Farish menyambut hari jadi ke-11 bersama kek 'van jenazah'.

KEJUTAN demi kejutan dirancang untuk menyambut hari ulang tahun seseorang.

Percaya atau tidak, seorang kanak-kanak lelaki dihadiahkan sebiji kek hari jadi yang dihiasi dengan replika van jenazah.

Namun itulah realiti yang berlaku pada majlis meraikan ulang tahun kelahirannya, menerusi perkongsian video bapa saudaranya di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama tunggu kejutan hari jadi, suami terima 'kek kubur' pemberian isteri dengan hati terbuka... rupa-rupanya ada sesuatu mahu disampaikan

ARTIKEL BERKAITAN: Eee... kejutan cetusan idea suami takut lipas menjadi! Pelanggan nak repeat order, tetamu pula teruja buat video makan kek pelik - "Mungkin lepas ni kek tikus"

Norrahmat Shah Adnan mengakui kek hari jadi tersebut ditempah khusus untuk anak saudaranya sempena hari ulang tahunnya ke-11 pada 20 Ogos lalu.

Pemuda berusia 27 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa ia bukanlah satu kejutan.

"Memang saya hadiahkan kek birthday untuk anak buah. Tapi bukan saya yang mahu replika van jenazah dijadikan sebagai hiasan kek.

"Saya hanya mengikut arahan daripada kakak yang memberikan replika van tersebut untuk diletakkan pada kek. Saya minta kawan hiaskannya dengan pokok-pokok dan rumput.

"Masa kakak bagi van jenazah tu, saya tergamam sebab pelik. Bukan saja saya, kawan saya yang buatkan kek pun terkejut dengan idea tersebut," katanya kepada mStar.

kek van jenazah 3

Replika van jenazah.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Norliyana Adnan berkata, anak lelakinya, Muhammad Farish Riezky Mohd Rashide yang mahukan hadiah replika van jenazah sempena hari jadinya.

"Saya dan suami ada tanya Farish (panggilan anak), dia nak hadiah apa untuk birthday tahun ini. Farish beritahu dia nak mainan van jenazah.

"Masa tu saya dan suami terkejut dengan permintaan dia. Suami minta cadang hadiah lain, tapi dia tetap berkeras nak hadiah mainan van jenazah.

"Anak saya suka permainan kereta. Birthday dia tahun lepas pun kami hadiah replika kereta Vellfire. Tapi tak sangka pula dia nak mainan van jenazah," ujar wanita berusia 31 tahun itu.

kek van jenazah 2

Farish (hadapan, kanan) bersama keluarga menyambut hari ulang tahunnya ke-11.

Lebih mesra disapa Yana, katanya, anak sulung daripada empat beradik itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran, dan permintaan replika van jenazah itu mempunyai kaitan dengan pemergian datuk, nenek dan ibu saudaranya.

"Bapa mentua dan ibu saya meninggal dunia kerana sakit tua, pada 2020 dan 2017 serta kakak ipar meninggal dunia akibat Covid-19 pada Julai lalu.

Bila kami tanya kenapa nak hadiah 'van jenazah'? Dia kata (jenazah) Atuk Mat (datuk) naik van itu, nenek dan Angah pun ikut naik van.

NORLIYANA ADNAN

"Bila kami tanya kenapa nak hadiah 'van jenazah'? Dia kata (jenazah) Atuk Mat (datuk) naik van itu, nenek dan Angah pun ikut naik van.

"Anak saya Farish rapat dengan Angah iaitu makcik dia, sejak kecil. Angah meninggal dunia sebab Covid-19, kami tak boleh pergi tengok pengebumiannya, jadi dia selalu tengok video pengebumian jenazah arwah," katanya sambil menambah replika van jenazah dibeli secara dalam talian.

kek van jenazah 4

Farish bermain replika kereta Vellfire dan van jenazah serta model kenderaan lain.

Yana berkata, anak istimewanya yang ceria dan suka bertanya itu amat teruja sebaik melihat kek yang dihiasi van jenazah pada majlis hari ulang tahunnya.

"Anak saya excited dapat kek tu, terlompat-lompat dapat van jenazah. Lepas potong kek, dia minta saya simpankan replika van jenazah di almari.

"Dia memang jadikan koleksi permainan keretanya sebagai hiasan, dia suka tengok sama seperti seperti replika Vellfire tu. Tak dapat pegang tak apa, janji dapat tengok.

"Bila nak main, baru dia keluarkan. Walaupun pelik hadiah yang diminta, tapi tidaklah yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya dia ingat arwah Atuk Mat, nenek dan Angah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain