suria

Rapat sejak tingkatan 1... YouTuber sedih bercampur gembira, BFF tak pernah couple dapat jodoh awal - “Chong transfer semua duit ke akaun saya”

Ee (kiri) gembira melihat sahabat baiknya itu memakai baju Melayu putih ketika mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos lalu.

MULA berkenalan sejak tingkatan satu, hubungan persahabatan dua jejaka ini tetap utuh dan berkekalan sehingga ke hari ini.

Menurut Nik Hazrul Haiqal Nik Hazarul Hisham atau Ee, dia gembira melihat sahabatnya, Wan Muhammad Hasiff Hussin yang mesra disapa Chong mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos lalu.

Menerusi laman TikTok, Ee turut berkongsi video mengenai kisah persahabatan mereka yang mana ia turut mengundang sebak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Walau penat kuliah tetap nak temankan BFF ke masjid, dah tu tertidur pula di bahu... comelnya!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia dah rancang nak jumpa dan peluk saya” - Gadis ‘ditinggalkan’ BFF pada hari raya kedua, tak tidur malam fikir bagaimana nak teruskan persekolahan

Dalam video itu, Ee turut memeluk sahabatnya itu dan kelihatan cukup sebak ketika hari pernikahan yang berlangsung dalam suasana sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Pasr Mas, Kelantan.

Imbas Ee, terlalu banyak pengalaman suka duka dilalui mereka berdua sehingga sahabatnya itu kini sudah bergelar suami orang.

"Masa tingkatan satu, kami duduk meja bersebelahan dalam kelas. Dalam ramai-ramai, saya paling rapat dengan dia. Buat kerja sekolah, makan pun bersama.

"Kami juga selalu lepak di rumah masing-masing. Paling tak boleh lupa, saya koma dua minggu akibat kemalangan ketika tingkatan lima. Selain keluarga sendiri, Chong juga datang jaga saya di hospital.

"Saya sedih dan gembira dia dah kahwin. Pada masa sama, saya rasa bangga. Dulu Chong kata, dia risau tak ada jodoh sebab dia tak pernah couple. Saya minta dia sabar, akhirnya dia yang kahwin dulu," ujar Ee kepada mStar.

ee33

Ee dan Chong rapat sejak zaman sekolah.

Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan, dua sahabat yang kini berusia 28 tahun itu membawa haluan masing-masing ke negeri berbeza.

Pada waktu itu, Ee mengikuti pengajian di Bangi, Selangor, manakala Chong pula berada di Melaka, namun jarak tidak pernah memisahkan mereka.

Tiada apa yang saya harap melainkan jodoh Chong berkekalan dengan isteri dan semoga Allah balas jasanya.

EE

"Dalam dua minggu mesti dia akan datang Bangi. Kadang-kadang naik bas, kadang-kadang naik kereta. Dia memang sangat baik.

"Ada satu hari, saya minta nak pinjam duit Chong sebab tengah gila nak beli barang branded, saya nak beli beg. Terus dia transfer duit ke akaun bank saya.

"Dua ke tiga hari kemudian, saya baru tahu dia bagi semua duit dalam bank dia kepada saya. Saya juga dapat tahu dia berkongsi makanan dengan rakan serumahnya dan terpaksa pinjam duit kawannya pula.

"Saya rasa sangat menyesal. Saya pun pergi ke Melaka dan minta maaf. Saya kata saya tak mahu buat macam tu lagi. Dia memang seorang kawan yang tak pernah berkira dengan saya.

ee2

Keakraban mereka bagaikan dua beradik kembar.

"Tiada apa yang saya harap melainkan jodoh Chong berkekalan dengan isteri dan semoga Allah balas jasanya. Chong sekarang bekerja dengan sebuah kilang yang membuat komponen kapal terbang di Melaka," ujar Ee lagi.

Mengenai dirinya, Ee yang juga graduan Seni Bina baru sahaja kembali ke tanah air pada tahun lalu dan kini bergelar YouTuber sepenuh masa.

Selain fokus kepada YouTube, Ee juga berharap dia akan menerima tawaran dalam bidang Seni Bina tidak lama lagi.

ee4

Dua sahabat ini pernah duduk meja bersebelahan dalam satu kelas ketika tingkatan satu.

"Selepas belajar di Bangi, saya dapat offer Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk sambung belajar di Adelaide, Australia. Saya di sana selama setahun, kemudian sambung di London selama dua tahun lebih.

"Saya balik Malaysia tahun lepas ketika pandemik Covid-19 dah melanda. Jadi saya buat drama di YouTube sampai sekarang.

"Chong pun banyak bantu saya, dia tolong survey equipment untuk saya. Masa awal-awal dulu, dia pun pernah jadi talent untuk YouTube saya," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain