suria

Lupakan hasrat jadi cikgu, jejaka ini yakin dengan kerjaya pilihan mak ayah - “Tak jangka kena cuci najis tapi saya OK”

Kata Elyas, ada segelintir individu turut mempertikaikan bidang yang diceburinya yang mana ia dianggap tidak sesuai dengan kaum Adam.

IBARAT bercinta selepas kahwin.

Begitulah kisah perjalanan jejaka ini yang jatuh cinta dengan bidang Kejururawatan selepas mengikuti pengajian di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan sejak tahun 2019.

Menurut Muhammad Elyas Mohd Nor, 20, dia tak pernah terfikir untuk terjun ke bidang yang banyak dipelopori kaum Hawa itu, malah dia sendiri ada cita-cita lain yang sudah diidam-idamkan sejak zaman sekolah lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu malu nak mengaku belajar bidang jururawat... kini rasa satu kepuasan buat kerja cuci najis, benda-benda kotor

ARTIKEL BERKAITAN: EH! Ramai pula semangat lain macam nak belajar cuci tangan guna hand sanitizer - “Masih tak fahamlah caranya, rasa nak jemput ke rumah...”

"Saya minat bidang perguruan dan minat nak jadi cikgu Sejarah atau Bahasa Melayu. Tapi saya masuk bidang ini atas permintaan ibu bapa.

"Saya yakin dengan pilihan mereka walaupun menangis pada dua minggu pertama belajar di HUSM. Rakan sebilik saya pun alami benda sama, masuk bidang ini atas permintaan keluarga.

"Tapi lama kelamaan saya jadi minat dengan bidang ini. Bila dah mula masuk wad, jumpa pesakit dan sebagainya, saya rasa makin seronok," ujarnya kepada mStar.

Menurut Elyas, ada segelintir individu turut mempertikaikan bidang yang diceburinya yang mana ia dianggap tidak sesuai dengan kaum Adam.

elyas4

Elyas pada awalnya bercita-cita untuk bergelar guru.

Namun Elyas yang kurang setuju dengan persepsi itu, berkata dia banyak menerima mesej mengenai bidang kerjaya itu selepas kerap berkongsi video di aplikasi TikTok.

"Kerja jururawat bukan untuk perempuan saja. Kita ada pesakit lelaki dan perempuan. Ada juga kawan yang pertikai, mereka macam perli, tapi saya tahu ini pilihan terbaik mak ayah.

Mindset sesetengah orang, kalau jururawat mesti kean cuci najis.

ELYAS

"Kalau minat, sertai saja bidang ini. Abaikan cakap-cakap orang. Di TikTok dan Instagram pun saya terima banyak mesej orang lelaki dan perempuan.

"Mereka tanya macam mana nak masuk jadi nurse. Jadi saya cuba kongsi pengalaman sikit sebagai pelajar Kejururawatan. Ada juga yang minat, tapi keluarga pertikai," ujarnya yang kini sedang mengikuti pengajian tahun kedua.

elyas2

Elyas mahu lebih ramai lelaki menyertai bidang itu.

Jelas Elyas, ada juga yang geli dengan bidang itu kerana menganggap jururawat perlu bergelumang dengan najis dan darah, namun dia akui sudah lali dengan hal-hal itu.

Malah katanya, apa yang lebih penting dia mahu berbakti kepada masyarakat dan menganggap pesakit di hospital sebagai keluarga sendiri.

elyas3

Elyas mahu berbakti kepada masyarakat menerusi bidang pekerjaan itu.

"Mindset sesetengah orang, kalau jururawat mesti kena cuci najis. Saya pun tak jangka kena buat semua tu, tapi lama kelamaan saya OK.

"Bidang ini tidak mudah seperti yang disangka. Tapi InsyaAllah saya memang nak kerja bidang ini, nak berbakti kepada masyarakat.

"Jika ada peluang, saya nak sambung lagi dan bergelar pensyarah," ujar anak kelima daripada enam beradik itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain