suria

Bapa kongsi kisah 5 tahun sabar tunggu zuriat, akhirnya lahir ‘si pipi labuh’ popular macam anak selebriti - “Orang lain geram, kami pun sama”

Video-video memaparkan keletah bayi comel ini tular sehingga meraih ratusan ribu tontonan malah ada yang pernah ditonton jutaan kali.

SEKIAN lama menanti, pasangan ini akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada November tahun lalu.

Menurut Mohd Shafique Al Hafiz Zulkifli, dia dan isteri, Najwa Izni Aidi bersyukur dengan rezeki itu yang mana ia disifatkan sebagai pelengkap dalam kehidupan mereka.

Bercerita kepada mStar, jejaka yang mesra disapa Shafique itu mendedahkan dia sukar percaya ketika isterinya disahkan hamil memandangkan mereka sudah lama hidup berdua tanpa cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap bantu walau tiada pengalaman! Polis wanita jadi ‘bidan’ sambut bayi lahir dalam kereta, tali pusat belit leher - “Nampak SJR, suaminya terus u-turn”

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih tema putih tanpa sebab, enggan basuh baju kotor jadi petunjuk bayi usia 5 bulan dinanti selama 7 tahun akan ‘pergi’ - “Saya macam dah boleh rasa”

"Anak kami diberi nama Siti Aisyah Nafisah. Dia merupakan anak sulung selepas lima tahun saya dan isteri berkahwin.

"Sewaktu belum dikurniakan anak, saya dan isteri selalu tolong jaga anak saudara kami. Pada masa sama, kami tak fikir sangat mengenai anak sendiri.

"Kami reda saja. Memanglah ada terfikir, siapa tak nak anak kalau dah lama kahwin? Tapi sepanjang tempoh itu kami tak merungut, hanya bersabar.

"Bila isteri hamil, saya tak percaya dan minta dia test sekali lagi. Makin hari perut makin membesar, tahu-tahu baby kami dah lahir," imbasnya.

bayi

Shafique dan isteri menanti lima tahun sebelum dikurniakan zuriat pada tahun lalu.

Menurut Shafique yang menetap di Kota Bharu, Kelantan, dia dan isteri, masing-masing berusia 27 tahun cukup seronok menjalani kehidupan sebagai ibu bapa.

Malah, mereka juga tak lokek berkongsi video bayi yang diberi gelaran 'si pipi labuh' itu menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 50,000 pengikut.

Setiap masa fokus kepada anak. Buat apa pun akan ingat kepada anak.

SHAFIQUE

Jelas Shafique, mereka bukanlah selebriti dan dia sama sekali tak menyangka video yang dikongsi akan tular dan mencuri perhatian ramai netizen.

"Kami suka-suka kongsi video, kemudian ada video anak kami dapat hampir sejuta tontonan. Saya terkejut, sebabnya kami bukan selebriti... kami biasa-biasa saja.

baby1

Video memaparkan bayi comel ini kerap tular di TikTok.

"Tapi saya bersyukur dengan komen yang baik-baik yang ditulis. Kami buat video pada asalnya pun untuk update keluarga saja," ujarnya lagi.

Selain populariti meluas yang diterima di TikTok, Shafique mengakui bahagian pipi anaknya juga sering menjadi tumpuan sesiapa sahaja yang bertemu dengan mereka.

siti aisyah2

Akaun TikTok bayi ini memiliki lebih 50,000 pengikut.

"Dia jenis ceria. Sejak kecil lagi dia pandai gelak kuat-kuat. Kalau tidur pun, dia akan tidur dan bangun bersama kami, tiada masalah tengah malam.

"Kalau keluar, ramai yang tegur pipi dulu. Ramai yang tertumpu ke arah pipinya. Kalau orang lain geram tengok dia, kami pun geram sebenarnya.

"Kami juga rakam video secara spontan saja. Kalau nampak ada momen menarik, kami akan rakam," ujarnya lagi.

Dedah Shafique, dia mengakui banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya selepas dikurniakan cahaya mata.

siti aisyah1

Kehadiran 'si pipi labuh' menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka berdua.

Malah katanya, fokusnya kini lebih terarah kepada anak dan tiada apa yang dimahukan selain kehidupan yang selesa untuk keluarga.

"Setiap masa fokus kepada anak. Buat apa pun akan ingat kepada anak.

"Kalau macam Instagram, dulu update diri sendiri... sekarang banyak kongsi mengenai anak saja.

baby2

Ramai yang geram melihat pipi si comel ini.

"Saya pun buat kerja freelance, hantar barang rumah ke rumah. Kami tak pakai pengasuh, kami jaga sendiri dan akan bawa dia keluar sekali. Dia kerap ikut kami keluar.

"Setiap hari kami akan siapkan dia, baju dia pun banyak. Secara tak langsung banyak juga video dia yang kami rakam," ujarnya berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain