suria

Terlajak kreatif! Potret tribute arwah Siti Sarah, Shuib guna 391 kiub rubik... ramai nak tempah tapi lelaki ini terpaksa tolak - “Saya cuba selami perasaan Shuib”

Ramai yang kagum dengan skil Zabli menghasilkan potret wajah arwah Siti Sarah dan Shuib menggunakan kiub rubik.

DUA minggu sudah berlalu sejak penyanyi, Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhir kerana jangkitan Covid-19, bagaimanapun masih ramai yang berduka dan terkesan dengan pemergiannya.

Jika ditelusuri di media sosial, selain kisah-kisah kebaikan serta sedekah yang pernah dilakukan arwah, ramai dalam kalangan peminat mengabadikan wajah isteri pelawak, Shuib Sepahtu itu menerusi lukisan.

Tidak terkecuali buat lelaki ini, namun dia tampil dengan cara yang sedikit berbeza apabila menghasilkan wajah pasangan selebriti tersebut dengan menggunakan kiub rubik!

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki peminat arwah... dah melukis banyak gambar artis tapi potret Siti Sarah dapat perhatian - “Saya lukis sambil dengar lagu-lagunya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak perlu bayar, Shuib dan Sarah dah bayarkan” - Naik kereta mewah singgah gerai, peniaga nasi lemak kongsi cara ‘pasangan sempoi’ bersedekah

Sehingga kini video yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih lebih daripada 220,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki bernama Zabli Ab Hadi berkata dia mendapat ilham untuk mengabadikan wajah arwah Siti Sarah dan Shuib selepas terinspirasi dengan seorang selebriti media sosial kelahiran Rusia, Alex Ivanchak.

"Saya meminati pasangan sempoi tersebut, lebih-lebih lagi Shuib kerana sering menonton lawaknya di televisyen. Selepas Siti Sarah meninggal dunia, saya fikir mahu menghasilkan sesuatu sebagai tribute buat mereka.

"Saya sebenarnya merupakan pelukis juga sebelum ini... tapi saya tak mahu lukis potret. Jadi saya terfikir apa karya kreatif lain yang sesuai. Kemudian teringat seorang lelaki dari Rusia yang pernah hasilkan wajah selebriti guna rubik.

"Saya fikir untuk cuba menggunakan idea yang sama, tambahan pula tak lama dulu pernah cuba sekali buat potret guna rubik dan hasilnya menjadi. Jadi saya fikir mengapa tidak saya buat sekali lagi. Post dekat TikTok dan Facebook pun suka-suka, tak sangka pula viral," ujarnya.

rubik baru 1

Zabli mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan potret ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai teknik penghasilan 'potret rubik' tersebut, lelaki berusia 34 tahun ini berkata ia adalah gabungan di antara skil menggunakan rubik dan skil komputer.

"Ramai yang puji dan kagum kerana menganggap ia skil yang sangat hebat. Sebenarnya, mereka yang nak cuba kena tahu skil komputer iaitu 'Photoshop' untuk sesuaikan tona dan grid.

"Selain itu, kalau ada serba sedikit skil melukis, ia satu kelebihan. Orang lain pun boleh buat sebenarnya kalau tahu caranya.

potret baru 1

Zabli pernah mengambil tempahan melukis potret sebelum ini.

"Tempoh masa yang saya ambil untuk siapkan potret rubik ni keseluruhannya dua hari sebab saya bekerja. Sebenarnya kalau buat terus menerus dan fokus, mungkin ambil masa dalam empat jam sahaja," ujarnya sambil menambah, keseluruhan proses termasuk rakaman dan suntingan dilakukan bersendirian.

Menurut Zabli yang bekerja di pusat internet komuniti di Rompin, Pahang, secara keseluruhannya dia menggunakan 391 bongkah kiub rubik untuk menghasilkan potret pasangan selebriti itu.

Selain buat untuk tribute, saya cuba selami perasaan Shuib... saya bayangkan macam mana kalau berada di tempatnya.

ZABLI AB HADI

Sama sekali tidak menyangka video perkongsiannya menjadi tular, Zabli bersyukur kerana menerima komen positif daripada netizen yang rata-ratanya mengkagumi karya potret rubik tersebut.

"Saya dah lama ada akaun TikTok tapi tak aktif. Itulah video pertama yang saya post di aplikasi berkenaan dan tak sangka menerima jumlah tontonan yang tinggi.

potret baru 2

Antara potret yang pernah dihasilkan Zabli.

"Sebenarnya selepas viral, ramai yang request nak order... tapi saya bekerja dan bimbang tak dapat berikan komitmen. Mungkin buat masa ini, belum lagi terfikir nak ambil tempahan. Karya ini adalah tribute buat arwah Siti Sarah.

"Selain buat untuk tribute, saya cuba selami perasaan Shuib... saya bayangkan macam mana kalau berada di tempatnya. Buat Shuib, didoakan moga dia tabah dengan ujian ini," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain