suria

Dulu guru, kini dah jadi orang rumah! Beza 25 tahun, isteri banyak kali tanya soal usia... hairan kenapa suami tak pilih yang muda - “Keluarga kata perkara baik elok dipercepatkan”

Hubungan Akmal dan Suhana yang bermula sebagai anak murid dan guru akhirnya berubah status menjadi pasangan suami isteri.

BENARLAH, jodoh itu rahsia Tuhan.

Siapa sangka, hubungan mereka yang dahulunya bermula sebagai guru dan anak murid akhirnya berubah status menjadi pasangan suami isteri.

Berkongsi detik-detik awal perkenalan sehinggalah momen indah diijabkabulkan menerusi satu perkongsian di TikTok, pasangan ini juga mengkagumkan netizen apabila mempunyai jurang usia 25 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cakap tak suka... kan dah kahwin!” - Suami muda 6 tahun, wanita akui mulanya keberatan terima lamaran... tapi apa sebab berubah fikiran?

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Crush’ dengan guru ganti masa umur 15 tahun, 10 tahun kemudian lelaki ini pasang strategi selepas tengok cikgu ‘tiada foto dengan suami’ di FB - “Cukuplah dia hilang sekali”

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 1.2 juta jumlah tontonan dalam tempoh kurang 12 jam ia dimuat naik di aplikasi berkenaan.

Menurut Akmal Yusof, 22, dia mula mengenali isterinya, Suhana Esa, 47, pada 2016 sewaktu berada di tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Johor.

"Ketika itu isteri saya merupakan guru bagi subjek Sains Sukan dan dia juga merupakan jurulatih untuk pasukan softball. Kalau training atau ada pertandingan, dia akan jadi guru pengiring.

"Kiranya dari situ hubungan kami rapat namun kekal sebagai guru dan anak murid sahaja. Dia merupakan antara cikgu kegemaran saya juga. Apabila habis persekolahan, kami tak lost contact... saling berhubung.

cikgu isteri 1

Suhana merupakan guru subjek Sains Sukan dan juga jurulatih untuk pasukan softball yang disertai Akmal.

"Hinggalah pada 2019, ketika itu hadir perasaan nak bawa hubungan perkenalan ini ke fasa lebih serius. Sewaktu hari jadinya pada Februari tahun itu, saya hadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda.

"Alhamdulillah, pada November 2020 kami selamat diijabkabulkan. Walaupun dalam majlis serba ringkas, namun semuanya begitu dipermudahkan," katanya.

Akmal berkata, dia dan isterinya bersyukur kerana hubungan mereka mendapat restu daripada kedua-dua buah keluarga.

cikgu isteri 2

Pasangan ini diijabkabulkan pada November tahun lalu.

"Malah selepas saja kami merancang nak berumah tangga, keluarga meminta agar perkara baik seeloknya dipercepatkan," ujarnya lagi.

Sementara itu Suhana mengakui dia sendiri tidak pernah terlintas akan bertemu jodoh dengan anak murid sendiri.

"Kalau nak diimbas kembali, Akmal ni dulu antara pelajar yang nakal... selalu ketuk-ketuk pintu bila saya mengajar. Rupa-rupanya tak sangka dia ketuk pintu hati saya pula," ujarnya sambil berseloroh.

Berkongsi serba sedikit kisah sewaktu dilamar Akmal, Suhana berkata dia pada mulanya berasa sedikit gusar memandangkan jarak usia mereka yang agak jauh berbeza.

Akmal ni dulu antara pelajar yang nakal... selalu ketuk-ketuk pintu bila saya mengajar. Rupa-rupanya tak sangka dia ketuk pintu hati saya pula.

SUHANA ESA

ISTERI

"Masa suami beri hadiah cincin pada hari lahir, tertanya-tanya juga, 'betul ke?'. Banyak kali saya tanya dia, boleh ke terima diri saya sebab ramai lagi wanita yang sebayanya dan lebih muda.

"Tapi setiap kali diajukan soalan itu, suami mesti jawab 'jangan tanya pasal tu.... umur tak penting'," ujarnya yang kini masih bergelar guru di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor.

Pasangan ini juga kini mengusahakan bisnes kedai makan, Samballana Bistro dan produk kerepek bersama-sama.

cikgu isteri 4

Bersama ahli keluarga dan kenalan rapat.

Tidak menyangka perkongsian video berkenaan menjadi tular, Suhana berkata dia dan suaminya terharu kerana menerima komen positif daripada netizen, malah ramai turut mendoakan rumah tangga mereka.

"Bagi mereka yang mungkin bakal atau bertemu jodoh dengan pasangan yang berbeza usia, terimalah ini sebagai qada dan qadar dari Allah. Kita tak boleh menilai sesuatu daripada umur semata-mata.

cikgu isteri 3

Selain mengusakan restoran Samballana Bistro, pasangan ini turut mengusahakan bisnes kerepek.

"Umur bukanlah penentu kebahagiaan rumah tangga. Soal kematangan dicorakkan oleh akal fikiran yang waras. Dan paling penting, setiap pasangan kena bertolak ansur.

"Satu perkara lagi, walaupun isteri ni lebih dewasa atau berpangkat, satu perkara perlu diingat, status suami tetap di atas. Syurga seorang isteri tetap di bawah tapak kaki suaminya," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain