suria

Mencabar urus warga asing dari banyak negara, sukarelawan PPV belajar bahasa mereka... sehari dah pandai! - “Apa salahnya layan mereka baik?”

Ain bertugas sebagai sukarelawan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil sejak akhir Jun lalu dan perlu banyak berkomunikasi dengan warga asing.

RAKAMAN video seorang wanita bertutur dalam bahasa Urdu dengan warga asing yang sedang dalam proses untuk mendapatkan suntikan vaksin ternyata mendapat perhatian ramai.

Malah ramai yang memuji kebolehannya itu dan mengucapkan tahniah kerana berjaya menunjukkan contoh yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang kami dah mampu beli hadiah” - Rakan-rakan buat ‘air mata jantan’ pemuda ini gugur, tak sia-sia tunjuk contoh kasut idaman

ARTIKEL BERKAITAN: Berniqab tak halang ibu 2 anak ride superbike, teguran netizen elak diri dari ‘syok sendiri’ - “Beli untuk suami, saya pula lebih-lebih”

Perkongsian video tersebut meraih hampir 14,000 ulang kicau dan 30,0000 tanda suka di aplikasi Twitter.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ain Syawani, 23, berkata, dia mempelajari banyak bahasa daripada pekerja warga asing yang hadir untuk mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jelasnya lagi, dia hanya mengambil masa sehari sahaja untuk fasih bertutur beberapa ayat dalam bahasa Bengali (Bangladesh), Hindi (India), Urdu (Pakistan) dan Burma (Myanmar).

"Saya belajar daripada warga asing yang datang ke kaunter ni, sebab mula-mula tu macam susah nak assist mereka disebabkan perbezaan bahasa. Saya terpaksa cakap banyak kali dan ia agak memenatkan kerana kami terima lebih daripada 200 orang pekerja warga asing dalam sehari.

"Jadi saya mengambil inisiatif untuk belajar beberapa ayat penting dalam bahasa Urdu, Hindi, Pakistan dan Burma.

"Dalam masa sehari sahaja saya dah fasih untuk bertutur bahasa mereka. Bila cuba untuk bertutur dengan semua pekerja asing yang hadir untuk mendapatkan vaksin pada hari tersebut, lama-lama jadi okay.

IMG_6500

Ain mengambil masa hanya sehari untuk fasih bertutur dalam bahasa asing.

"Pekerja warga asing itu semua terkejut dan senyum apabila saya menyapa mereka dalam bahasa ibunda negara masing-masing. Saya pun seronok kerana berpeluang untuk belajar bahasa baru," katanya yang telah berkhidmat sebagai sukarelawan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil sejak akhir Jun lalu.

Mesra disapa Ain, dia paling ramai berjumpa dengan warga Bangladesh sejak PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dibuka untuk golongan bukan warganegara bagi mendapatkan vaksin.

Tambahnya lagi, sejak mempelajari bahasa-bahasa asing itu dia berterusan mempraktikkannya bagi mempercepatkan proses vaksinasi sekali gus memudahkan urusannya dan petugas lain.

"Kalau nak tahu, sekarang ni PPV Bukit Jalil sudah dibuka untuk warga asing walk in. Jadi kebanyakan yang saya jumpa ialah warga Bangladesh, kalau attend mereka memang dah tak guna bahasa Melayu dah.

"Memang saya cakap bahasa mereka terus, sebab senang untuk mereka faham dan proses untuk mendapatkan vaksin itu pun jadi cepat.

"Tetapi dalam banyak bahasa yang mereka ajar, Burma la yang paling susah... kadang-kadang apa yang saya cakap tu dah betul, tapi ye lah kan bila lidah Melayu sebut jadi lain.

Mereka pun manusia juga, sama seperti kita semua.

AIN SYAWANI

"Jadi perkara sebegitu buat mereka agak susah sedikit nak faham apa yang saya cuba sampaikan," ujarnya yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Selangor (Unisel),

Bagaimanapun, menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, ada yang kurang senang apabila melihat dia tidak menggunakan bahasa Melayu sewaktu berurusan dengan warga asing.

Namun Ain tidak mahu berfikir negatif sebaliknya menganggap ia sebagai peluang yang datang jarang-jarang sekali apabila dirinya dapat belajar dan berkomunikasi menggunakan bahasa asing yang tidak ramai dipelajari oleh rakyat Malaysia.

"Ada juga yang tak senang bila tengok saya belajar bertutur dalam bahasa mereka, katanya nanti warga asing ni akan 'naik lemak'. Saya cuma nak memudahkan urusan mereka, sebab ada yang dah beratur seawal jam 3 pagi untuk mendapatkan vaksin.

73071527_871330056646945_8302938866190781134_n

Ain menganggap dirinya mendapat satu peluang berharga apabila berpeluang belajar pelbagai bahasa.

"Mereka terpaksa beratur dan menunggu dalam keadaan panas sehinggalah tiba giliran untuk mengambil suntikan. Kami yang sukarelawan ni cuma duduk di dalam dan tunggu sahaja, apa salahnya kalau kita melayan mereka dengan baik?

"Mereka pun manusia juga, sama seperti kita semua. Lagipun bukan selalu saya dapat belajar bahasa asing dengan orang yang bertutur dalam bahasa itu sendiri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain