suria

Kalah mama! Ibu terkejut anak umur 7 tahun cekap jump rope, siap buat teknik Criss Cross hanya dengan memerhati - “Senang je dia buat!”

Kelincahan Maheera melakukan aktiviti jump rope membuatkan netizen kagum.

JIKA ditelusuri perkongsian di aplikasi TikTok, aktiviti 'jump rope' seakan-akan menjadi trend ketika ini.

Manakan tidak, kebanyakan individu cuba mencari sesuatu aktiviti untuk mengurangkan kebosanan dan juga mengisi masa lapang lantaran terlalu lama terperap di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kebiasaannya kita akan melihat video 'jump rope' dilakukan oleh orang dewasa, namun video yang dikongsikan oleh seorang pelayar TikTok mencuri tumpuan ramai apabila memaparkan kelincahan seorang kanak-kanak cekap melakukan aktiviti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Naim Daniel main skipping ke sekarang?" - Pemuda dikata iras penyanyi lagu Sumpah ini pernah lompat tali sampai kepala retak, bila sedar macam orang gila sekejap!

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Brazil, tapi di Teluk Cempedak! Aksi freestyle pemuda timang bola imbas aura Joga Bonito... macam melekat di kaki - “Rancang nak buka kelas”

Menurut Nawal Esa Yazid Esa, anak perempuannya, Maheera Aisyah Fadhlurrahman yang berusia tujuh tahun memperoleh kemahiran melakukan 'jump rope' selepas sering kali melihat dia berlatih.

"Asalnya saya mula berjinak-jinak dengan 'jump rope' ketika PKP tahun lalu tapi masa itu saya buat yang basic sahaja dan bertujuan nak menurunkan berat badan.

"Ketika PKP kali ini, saya mulai serius dan banyak membuat rujukan dengan melihat video di TikTok dan YouTube untuk tingkatkan lagi kemahiran dari segi teknik, footwork, imbangan dan sebagainya.

"Saya akan mencuba berdasarkan video-video tersebut dan dari situlah anak saya kerap perhati dan tunjukkan minat. Saya turut belikannya 'jump rope' yang sesuai sebab dia nampak bersungh-sungguh buat aktiviti ini," ujar wanita berusia 35 tahun ini.

Nawal yang juga seorang pensyarah di Albukhary International University, Alor Setar berkata, anak sulungnya yang berusia sembilan tahun turut melakukan aktiviti sama namun tidak mempunyai minat yang mendalam seperti anak keduanya.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini, anak perempuannya mengambil masa lebih sebulan untuk mahir teknik 'basic' (asas) sebelum mahir dalam teknik-teknik yang lain.

rope baru 1

Baru berusia tujuh tahun, namun Maheera sudah mahir melakukan aktiviti jump rope.

"Saya selalu tunjukkan step atau teknik baharu yang nak dicuba kepadanya. Bila dia cuba sendiri, senang saja dia buat. Dia boleh hayunkan tali dan dalam masa yang sama seimbangkan dengan lompatan kaki.

"Nampak sangat dia terlalu minat dengan 'jump rope' sebab kalau tak minat, akan senang putus asa. Kadang-kadang kalau saya lambat nak mulakan aktiviti ni waktu petang, dia dah bertanya dah.

"Ada masa sampai nak dekat Maghrib dia melompat sampai nenek dia bising. Buat masa ini kami hanya buat aktiviti dekat garaj depan rumah sahaja sebab tak berani nak bawa keluar... terlalu berisiko untuk kanak-kanak," katanya.

rope baru 3

Nawal Esa dan anaknya, Maheera meluangkan masa hampir setiap petang melakukan aktiviti jump rope.

Tidak menyangka videonya menjadi perhatian ramai, Nawal berkata dia sekadar berkongsi aktiviti mereka anak beranak sewaktu PKP tambahan pula ketika ini 'jump rope' menjadi trend di TikTok.

"Saya banyak post video saya buat 'jump rope' tapi tak sangka video Maheera yang dapat banyak jumlah tontonan. Baru muat naik sehari, tiba-tiba banyak notifikasi keluar.

"Ingatkan apa, rupa-rupanya sebab video dia. Dah lebih 11,000 jumlah tontonan dalam masa sehari... kalah mama dia.

Kadang-kadang kalau saya lambat nak mulakan aktiviti ni waktu petang, dia dah bertanya dah.

NAWAL ESA

IBU

"Ada yang kagum sebab dia boleh buat teknik Criss Cross yang kadang-kadang orang dewasa pun susah buat. Malah, saya tak sangka ada 'jump roper' terkenal pun komen juga dekat video tersebut, " katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Nawal, aktiviti 'jump rope' merupakan salah satu aktiviti yang sangat sesuai dilakukan ibu bapa bersama anak-anak memandangkan pergerakan untuk keluar agak terhad ketika ini.

rope baru 4

Nawal Esa bersama dua cahaya matanya.

"Kanak-kanak ni perlukan aktiviti fizikal. Bagus kalau buat jump rope ni, bukan sahaja menyihatkan kerana keluarkan peluh, anak-anak pun tak bosan sebab ada aktiviti.

"Kita juga boleh elakkan mereka dengan kebergantungan kepada gajet... tak elok kalau kanak-kanak terlalu fokus main gajet, banyak kesan buruk. Dalam masa yang sama, boleh juga eratkan hubungan dengan anak-anak, " ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak