suria

Cemas! Nampak lipan keluar dari beg tangan ketika memandu, reaksi spontan gadis ini memang padu... mula-mula BF tak percaya, lepas itu gigih punggah kerusi!

Sakinah berdepan detik mencemaskan apabila seekor lipan menyelinap di dalam keretanya sehingga dia terpaksa meminta bantuan teman lelaki untuk memunggah tempat duduk bagi mencari haiwan itu.

SIAPA yang tidak cuak jika terlihat kelibat 'makhluk asing' merayap di dalam kenderaan ketika sedang memandu kan?

Melihat kelibat serangga seperti lipas sahaja pun sudah membuatkan seseorang geli geleman dan 'melompat', bayangkan pula jika terlihat makhluk berbisa seperti lipan!

Itulah yang dialami oleh seorang gadis ini apabila seekor lipan bara menyelinap di dalam kereta sehingga dia terpaksa 'memunggah' kerusi tempat duduk kenderaannya untuk mencari haiwan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam tengok darah menitis dari bahagian enjin, rupa-rupanya ada ‘makhluk tumpang’! - “Dalam bilik boleh terhidu bau bangkai”

ARTIKEL BERKAITAN: Nyah dedah tak pakai ilmu tangkap King Kobra besar lengan – “Geram, ular patuk ibu saudara tak sempat ditangkap”

"Sampai sekarang risau nak duduk. Dah tekad, kalau tak jumpa, nak beli seat baru, " demikian tulis gadis berkenaan pada perkongsian videonya di aplikasi TikTok.

Menerusi video berdurasi 22 saat itu, kelihatan rakan lelaki kepada gadis berkenaan bertungkus lumus 'memunggah' tempat duduk keretanya untuk mencari lipan berkenaan sehingga akhirnya haiwan itu berjaya ditemukan.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 136,000 jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Sakinah Samsudin berkata insiden cemas itu berlaku minggu lalu ketika dia berseorangan memandu kereta untuk ke kedai.

"Masa dah sampai depan kedai, saya nak ambil beg duit dari dalam beg tangan. Masa keluarkan beg duit, lipan itu pun meluncur keluar sekali. Spontan saya pun terperanjat dan terus melompat ke tempat duduk belakang.

"Saya nampak lipan tu menyusup dekat celah-celah tempat duduk penumpang sebelah kiri. Tak tunggu lama, saya keluar daripada tempat duduk belakang.

"Dalam terperanjat tu pun saya sempat lagi masuk kedai beli barang macam biasa. Tapi masa nak memandu pulang, saya cuak juga sebenarnya. Tapi saya bertawakal dan berdoa moga-moga lipan tu tak merayap sebelum saya sampai dengan selamat," cerita gadis berusia 23 tahun ini.

Sakinah berkata dia mengambil keputusan untuk singgah ke rumah teman lelakinya yang terletak berhampiran kedai dan mahu meminta bantuan lelaki tersebut untuk mencari lipan yang sedang 'bersembunyi' di dalam keretanya.

LIPAN BARU 1

Teman lelaki Sakinah gigih mencari lipan yang bersembunyi di celah ruangan tempat duduk penumpang.

"Masa saya cerita, dia mula-mula tak percaya juga bimbang saya tersilap tengok. Tapi saya yakinkannya. Gigih dia keluarkan seat penumpang untuk cari.

"Masa tu dah lah panas, kesian juga dia mencari-cari. Selepas kira-kira sejam berusaha, akhirnya jumpa juga lipan tu... ia bersembunyi dekat besi penyandar belah belakang.

"Mujurlah usaha tak sia-sia... kalau tak jumpa juga, saya dah nekad nak beli seat baru. Tak sanggup saya nak memandu memikirkan ada 'makhluk asing' dalam kereta, " cerita gadis yang menetap di Pasir Gudang, Johor ini.

Sakinah yang juga siswi jurusan Sains Sukan dari UiTM berkata, insiden keretanya dimasuki 'makhluk asing' adalah kali pertama berlaku dan ia membuatkannya masih trauma sehingga kini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Selepas insiden itu, saya jadi lebih berhati-hati... sebelum ni nak ambil apa-apa, seluk je beg tangan. Sekarang ni saya akan jengah dulu bimbang ada 'benda' menumpang dekat dalam.

Mujurlah usaha tak sia-sia... kalau tak jumpa juga, saya dah nekad nak beli seat baru. Tak sanggup saya nak memandu memikirkan ada 'makhluk asing' dalam kereta.

SAKINAH SAMSUDIN

"Beg tangan lama yang pernah 'ditumpang' lipan itu pun saya dah buang. Tak fikir dua kali dah... nasib baik murah je beli dari Shopee. Lagi satu, saya pastikan beg tangan digantung selepas guna.

"Mungkin sebab saya letak dekat lantai sebelum tu, kebetulan musim hujan sekarang... itu yang lipan tu 'tumpang', " katanya.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Sakinah berkata dia sekadar berkongsi pengalaman yang dialaminya dan dalam masa yang sama mahu memberi peringatan kepada orang lain supaya berhati-hati.

LIPAN BARU 2

Lipan bara akhirnya ditemui selepas hampir satu jam.

"Tak sangka pula viral... tapi ramai yang komen, mereka pula 'overthinking' benda yang sama berlaku. Ada yang kongsi cerita sama di mana kereta adiknya juga pernah dimasuki lipan dan hanya disedari selepas terasa 'pelik' bila duduk.

"Jadi bagi sesiapa yang rasa macam ada benda 'pelik' dalam kereta, eloklah periksa... bimbang nanti jadi sarang, lagi bahaya.

"Lagi satu, buat kaum wanita, gantunglah beg tangan dan jangan biar atas lantai... bimbang 'ditumpang' haiwan lebih-lebih lagi musim hujan, " ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain