suria

Ryzal Duriankimchi dikecam persenda baju tradisional Iban... tergamak samakan dengan kain buruk! - “Saya mohon maaf atas gurauan tidak cerdik”

Foto kiri menunjukkan baju tradisional Iban yang dipakai Maryam, manakala foto kanan pasangan Malaysia-Korea, Maryam dan Ryzal.

TINDAKAN Instafamous, Ryzal Duriankimchi mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban menerusi video tular di media sosial sehingga membangkitkan kemarahan netizen.

Menerusi video tersebut, isteri Ryzal yang merupakan warga Korea Selatan, Maryam You Narae, 28, dilihat memakai busana tradisional itu, dipercayai berlaku di bilik mekap selepas ditata rias.

Klip video berdurasi hampir seminit itu dimuat naik Ryzal menerusi aplikasi InstaStory di akaun Instagramnya, menunjukkan dia menyamakan aksesori dan material busana tersebut seperti duit syiling, kain meja, alas TV, kain buruk, langsir, tikar dan tali pinggang pengakap.

ARTIKEL BERKAITAN: Ryzal Duriankimchi buat hal, kain baju kurung Maryam dibuat samping ke majlis nikah - "Terfikir nanti orang cakap tak betul”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat balik kampung, Ryzal-Maryam Duriankimchi plan menu 1 Syawal sesuai selera ibu hamil - "Jadi instafamous tak bermakna boleh rentas negeri sesuka hati"

"Syiling orang letak dalam poket, diorang letak kat sini."

"Ini apa ni? Kain meja apa ni? Alas TV tahun 70an."

"Ini kain buruk, letak mesin basuh yang ini."

"Nak bagi orang tengok langsir dia cantik."

"Ini apa ni? Tikar?"

"Ni tali pinggang pengakap."



Tangkap layar video Ryzal memeriksa busana tradisional yang dipakai Maryam.

Rata-rata netizen mengecam tindakan Ryzal, 28, dan menyifatkannya sebagi tidak sensitif dan menghina pakaian tradisional kaum itu.

“Mamat Melayu yang kahwin dengan minah Korea tu berani hina pakaian tradisi orang Iban. Angkara label 'alas TV tahun 70an', 'kain buruk letak mesin basuh', 'tikar' dan 'tali pinggang pengakap' Duriankimchi mula dibenci?”

Saya mohon maaf atas gurauan yang tidak cerdik berkenaan dengan pakaian pakaian tradisional Iban. Saya kesal dengan gurauan yang tidak menghormati budaya itu

RYZAL DURIANKIMCHI

"Kenapa kutuk pakaian etnik Iban? Jujurnya, I suka tengok wanita Iban punya pakaian tradisional. Ryzal tu tak respek betul lah cakap kain buruklah apa lah.

"Kepada Ryzal! Sebenarnya pakaian kaum Iban ni unik dan cantik, orang bodoh je cakap pakaian ni kain lap buruk apa semua. Kau kena jelajah semua tempat baru kau judge pakaian tradisi kaum lain! Berani kau!" antara komen netizen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim kemudian tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram miliknya.



Ryzal membuat permohonan maaf.

Pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk menghina pakaian tradisional itu, sebaliknya ia hanya dibuat sebagai gurauan.

"Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam. Saya akui ia gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.

"Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan pakaian tradisional Iban," tulisnya.

Dalam pada itu, Ryzal turut memberitahu video yang dikongsikannya itu telah dipadamkan.

"Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghormati kamu semua.

"Saya mohon maaf atas gurauan yang tidak cerdik berkenaan dengan pakaian tradisional Iban. Saya kesal dengan gurauan yang tidak menghormati budaya itu," katanya.

Menerusi posting berasingan pada pagi Khamis, Ryzal turut memuat naik video permohonan maaf berhubung tindakannya itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain