suria

Jualan Sambal Nyet cecah RM1juta, tiada video masakan 11 Ramadan... Khairulaming ambil ‘off day’ nak rehatkan minda - “Saya hanya lelaki biasa...”

Khairulaming terkenal dengan video masakannya yang sempoi dan mudah.

SELAMA sepuluh hari Ramadan diserikan dengan ungkapan 'Hey what's up guys', puasa pada hari ke-11 tentunya hambar tanpa video masakannya melintasi 'time line' media sosial para peminatnya yang sedia menanti.

Menerusi Twitter, 'chef' kegemaran ramai, Khairulaming atau pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan bahawa tiada video masakan yang akan dimuat naik pada hari ini.

"By the way guys, sorry hari ni aku tak boleh nak release video masak. I need to take a day off (saya perlu mengambil cuti rehat sehari) I underestimate the amount of workload (saya mengambil ringan bebanan kerja) yang kena handle bulan ni," tulisnya dalam satu ciapan pada pagi Jumaat.

Personaliti media sosial ini juga terkenal dengan produk sendiri, Sambal Nyet yang baru berada di pasaran sejak tiga bulan dan kini mencecah jualan sehingga RM1 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow... kebakaran merata-rata, ikan masak bunga api pula gempak habis! Khairulaming janji ‘belanja’ 30 resipi sepanjang Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak tiru resipi, ibu jadi mangsa kena drive beli barang... video membebel ‘ni semua Khairulaming punya pasal’ terus tular!

Bagaimanapun menurut Khairulaming, video masakan akan kembali seperti biasa pada keesokan hari (Sabtu).

Sehingga kini, ciapan tersebut meraih sehingga 4,700 retweet.

Dalam ciapan yang berasingan, jejaka berusia 29 tahun itu memberitahu dirinya juga insan biasa yang mempunyai kekurangan walaupun dari segi luaran kelihatan sempurna dan sering menjadi perhatian ramai.



Video masakan 30 Hari 30 Resepi yang menjadi 'trademark' Khairulaming.

"Hari ini aku ingin berkongsi dengan anda bagaimana rasanya hidup dengan harapan tinggi daripada orang ramai. Kemasyhuran boleh membawa kebaikan dan menjadi racun pada masa yang sama.

"Aku suka apa aku buat. Effort buat video time sekolah dulu sama dengan effort aku hari ni, walaupun dulu hanya satu classroom je yang tengok video tu.

"Bagaimanapun selepas video aku meletup pada 2018, my privacy dah mula hilang dari situ. Tingkah laku, dengan siapa aku berkawan, semuanya dinilai kiri kanan. Ada ketikanya sampai aku taknak keluar bilik sebab serabut dengan kehilangan privacy," tulisnya dalam bahasa Inggeris.



Ayam Tiram Thai merupakan salah satu resepi yang menjadi kegemaran ramai.

Menurut Khairulaming lagi, apabila dirinya mula dikenali dan jangkaan tinggi yang diletakkan membuatkan dirinya bimbang sekiranya tidak dapat mempertahankan apa yang dilakukannya selama ini.

"Aku hanya lelaki normal, datang dari normal family, dan suka dengan apa yang aku buat. Tapi aku juga ada kekurangan yang orang tak tahu, aku buat silap dan akan buat banyak silap masa depan.

"Jika anda merancang untuk menempuh jalan yang sama, ingatlah bahawa kemasyhuran tidak selalu manis, ia boleh merosakkan jika tidak tahu menanganinya.

Aku hanya lelaki normal, datang dari normal family, dan suka dengan apa yang aku buat. Tapi aku juga ada kekurangan yang orang tak tahu.

KHAIRULAMING

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

"Jadilah diri sendiri tetapi cuba menjadi lebih baik setiap hari. InsyaAllah esok kita jumpa lagi," tulisnya.

Rata-rata netizen turut menitipkan kata-kata semangat buat jejaka tersebut, malah ramai yang berpendapat dia berhak untuk berehat seketika selepas segala usaha yang dilakukan untuk peminat '30 Hari 30 Resepi'.

"30 hari, 30 resepi, but setiap hari you share lebih dari satu resipi. Jadi ambil sahaja masa untuk berehat seketika.



Khairulaming tampil dengan 30 Hari 30 Resepi sejak 2018.

"Even hari ni 11 Ramadan tapi dah lebih dari 11 resepi pun Minmin (Khairulaming) bagi kitorang. Jadi pergi rehat. Dapatkan semula tenaga anda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sedikit sedih tapi takpe mental health lagi penting," demikian antara komen netizen.

30 Hari 30 Resepi adalah buat tangan Khairulaming yang mana ia menyajikan video masakan sepanjang Ramadan, sejak 2018.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain