suria

Umur 7 tahun tapi cukup matang, ibu kongsi cerita si sulung kerap mengalah dengan adik-adik... ramai cair lihat wajahnya

Muhammad Aisy Zafril (kiri) bersama adik-adiknya yang lain.

BAGI mana-mana anak sulung, pastinya banyak perkara yang mereka perlu korbankan demi adik-adik lebih kecil.

Begitu juga kisahnya dengan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ini yang mana dia disifatkan sebagai anak sulung yang menjadi penyejuk di jiwa si ibu.

Menurut Siti Nurhafifah Yacob, 29, anak sulungnya itu, Muhammad Aisy Zafril atau lebih mesra disapa Abang sudah menunjukkan sisi matang biarpun baru sahaja memulakan persekolahan tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk mata memandang... si cilik tak kekok berpurdah, abang sulung dulu ada 'angin' kini jadi ikutan adik-adik - “Anak kecil ni kena tegas tapi secara lembut”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sukar meluahkan, akhirnya pendam je” - Realiti hidup anak sulung, ramai dedah kisah sepanjang dibesarkan... ada kata manja, tak cukup kasih sayang

"Anak saya yang lelaki ni memang seorang yang lembut hati. Dia selalu mengalah dengan adik-adik. Anak kedua saya berusia enam tahun dan saya ada sepasang kembar berusia setahun.

"Adik selalu cari gaduh. Kalau saya marah si adik, Abang akan pujuk. Dia kata marah abang je. Memang dia akan sentiasa mengalah.

"Kadang-kadang kalau saya marah dia, dia langsung tidak akan melawan," ujarnya kepada mStar.

Kisah Siti Nurhafifah dan anak sulungnya itu tular di TikTok selepas dia berkongsi sebuah video yang kini meraih lebih 300,000 tontonan.

Muhammad Aisy Zafril atau Abang (kiri) disifatkan oleh ibunya sebagai anak yang matang.

Menurut wanita itu, dia sekadar suka-suka membuat suntingan video kompilasi berkaitan anak sulungnya dan tidak menyangka ia akan viral.

Bercerita lanjut, Siti Nurhafifah mengakui perasaan sebak turut hadir tatkala dia membuat suntingan video itu sebelum ia dikongsi menerusi aplikasi TikTok.

"Kadang-kadang bila ingat balik dia selalu mengalah dengan adik-adik, saya memang rasa sebak. Masa buat video tu pun saya rasa sebak.

Kepada yang doakan kami, saya juga doakan anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.

SITI NURHAFIFAH

"Sebenarnya saya ada seorang anak yang meninggal dalam perut. Apabila Abang dilahirkan, saya rasa ibarat Allah ganti balik.

"Dia menjadi penguat saya. Saya tengok cara dia jaga adik-adik, memang boleh diharap kalau saya tiada. Dia juga sebenarnya seorang yang ceria, peramah dan suka berkawan," jelasnya yang menjalankan perkhidmatan berkaitan inai sejak enam tahun lalu.

Selain itu, ramai netizen turut meninggalkan komen pada video itu dan mengakui sebak sehingga mengalirkan air mata.

Abang baru sahaja memulakan persekolahan tahun ini.

Pada masa sama, ada juga netizen yang turut meninggalkan komen memuji paras rupa anak sulung wanita itu.

"Tiba-tiba menangis sebak aku tahu macam mana nak galas tanggungjawab sebagai anak sulung. Sebab aku anak sulung, apa je aku tak kena. Macam-macam kena.

"Saya anak sulung, saya faham. Walaupun adik-beradik menyakitkan hati. Tapi tak sampai hati nak tengok mereka susah.

"10 kali tengok, 10 kali automatik menangis.

"Kacaknya dia. Semoga menjadi anak yang soleh," tulis beberapa netizen.

Foto mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Siti Nurhafifah turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas pujian dan segala komen positif netizen buat anaknya.

Tambahnya lagi, dia turut mendoakan hal sama kepada netizen dan berharap mana-mana ibu bapa cekal dalam membesarkan anak masing-masing.

"Saya sangat terharu. Terima kasih kepada yang doakan anak saya. InsyaAllah dia akan jadi anak yang baik. Ada juga yang mesej saya di Instagram, tanya bagaimana nak didik anak.

"Pada saya, nanti ada anak, kita akan pandai dengan sendiri. Kepada yang doakan kami, saya juga doakan anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah," ujarnya lagi.

Menurut Siti Nurhafifah, suaminya, Mohammad Faiq bin Junaidi, 30, merupakan seorang anggota polis dan mereka sekeluarga kini menetap di Rembau, Negeri Sembilan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu