suria

Kubur destinasi pertama selepas jawab kertas terakhir SPM! Pelajar sebak kenang rakan hilang selamanya selepas tak nampak kelibat masa main futsal

Zaim dan rakan-rakannya menziarahi pusara Allahyarham selepas menduduki kertas peperiksaan SPM pada Isnin pagi.

SETIAP pelajar ada cara tersendiri dalam meraikan 'kebebasan' mereka selepas menamatkan alam persekolahan.

Namun, lain pula cerita sekumpulan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebuah sekolah di Seri Iskandar, Perak ini apabila mereka sepakat untuk ke tanah perkuburan pada Isnin pagi.

Menurut Mohamad Zaim Mohd Tajudin, 18, dia bersama rakan-rakan yang lain sudah berjanji untuk menziarahi pusara arwah rakan mereka di Tanah Perkuburan Felcra Nasaruddin, yang meninggal dunia dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun berlalu, suatu malam anak autisme ajak ibu saudara ke kubur ibunya hanya untuk peluk nisan - “Kenapa umi meninggal?”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider tersadai di kubur Cina, siapa pelanggan misteri tempah 2 set makan malam? - “Saya cuba hubungi dan mesej...”

"Kertas peperiksaan Subjek Landskap Dan Nurseri berakhir pada 10.30 pagi Isnin. Saya dan rakan-rakan, lebih 20 orang, kami dah berjanji sejak dua minggu lepas.

"Habis je last paper, kami bersalaman dengan cikgu dan terus pergi untuk menziarahi kubur dan baca surah Yassin," katanya kepada mStar.

Menurut Zaim, idea itu sudah dirancang sejak dua minggu lalu.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, biarpun sudah lama berlalu, dia masih ingat dengan jelas saat menerima berita duka mengenai sahabat yang dikenali sebagai Hadi itu.

Malah kata Zaim, dia juga sehingga kini tidak mengetahui dengan jelas punca kematian mengejut rakannya yang sudah lama dikenali itu.

"Saya pun tak tahu punca. Arwah meninggal pada tahun 2018. Dia ditemui dalam sebuah ladang. Saya pun terkejut dan memang tak sangka.

Banyak kenangan, tapi saya paling ingat sebab dia rajin tolong orang.

ZAIM

"Masa tu saya tengah main futsal. Kemudian perasan dia tak ada. Tak lama kemudian ada orang datang maklumkan yang dia ditemui meninggal dunia.

"Memang kami semua berhenti main futsal masa tu, menangis sebab terkejut. Biasanya arwah pun selalu main futsal dan akan menjadi penjaga gol," imbas remaja itu lagi.

Mereka turut bergotong-royong membersihkan pusara Allahyarham.

Menurut Zaim yang sudah tiga minggu bekerja sambilan di sebuah kedai cendol, arwah sering diingati kerana sikapnya yang ringan tulang.

"Dulu masa sekolah rendah saya sama kelas dengan arwah. Sekolah menangah kami belajar di kelas berbeza.

"Banyak kenangan, tapi saya paling ingat sebab dia rajin tolong orang. Dia banyak tolong kawan-kawan.

Zaim dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan Subjek Landskap Dan Nurseri yang berakhir 10.30 pagi Isnin.

"Sampai tahap dia pernah tolong cuci motor," imbasnya.

Menurut Zaim, idea untuk ke kubur itu sama-sama tercetus hasil perbincangan dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelajar dua kelas berbeza iaitu kelas Landskap dan Seni Reka Tanda

Malah, mereka sempat membersihkan kubur allahyarham dalam kunjungan itu.

Jelas Zaim lagi, dia juga tidak memiliki gambar kenangan bersama kerana tidak menyangka rakannya itu akan pergi secepat ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain